07 December 2017

Zaman-zaman sekarang ni semua dah ada kesedaran untuk menjaga kesihatan kan? Terutama dati penyakit yang berpunca dari pengambilan gula dan garam berlebihan.Dah banyak perkongsian tentang makanan-makanan sihat dan pemakanan yang lebih baik untuk mengelak penyakit-penyakit merbahaya ni.Salah satunya adalah mengamalkan stevia yang menggantikan gula sebagai pemanis dalam makanan dan minuman.

daun-stevia


Apa itu Stevia?

Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana adalah tumbuhan yang di proses sebgai pemanis,samada dalam bentuk cecair atau serbuk,di percayai berasal dari benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah tapi boleh dan sesuai di tanam di iklim Tropika contohnya di Indonesia.Daunnya seakan-akan daun pudina dan telah di gunakan sebagai herba perubatan di Brazil selama beratus tahun.

Antara khasiat stevia :

1) Pemanis Semulajadi
2) Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah.
3) Melawaskan Kencing
4) Menurunkan Tekanan Darah.
5) Membunuh Bakteria
6) Membunuh Kulat
7) Membunuh Virus
8) Mengurangkan Keradangan
9) Alat Bantu Untuk Menurunkan Berat Badan.

Stevia Sweet Royale ganti gula.

Memandangkan masa mengandungkan Humaira Cik Sue kena GDM atau kencing manis peringkat awal dan lepas bersalin hari tu ada buat checkup lagi dan masih dalam bacaan berjaga-jaga ,doktor dah nasihatkan kurangkan makanan dan minuman manis.Jadi Cik Sue dah mula ambil stevia jenama Sweet Royale ni.Murah dan mampu milik dalam kotak ada 40 sachet dengan harga : 

Harga sekotak SweetRoyale Stevia  :
RM17.00 - di outlet ( harga bergantung pada sale atau promosi)
RM15.90 pembelian online ( tak termasuk postage )


Kenapa Cik Sue suka dan gunakan Sweet Royale Stevia ni :

1. Murah dan mampu beli-harganya boleh di katakan berbaloi la dengan jumlah sachet tu.
2. Halal - SweetRoyale telah disahkan halal oleh JAKIM, nombor HALAL: MS1500:2009, 1071-02/2017.
3. Serbuk dalam sachet-mudah di bawa kemana-mana-melancong ,kerja atau balik kampung malah kalau keluar ke kedai makan pun mudah bawa masuk je dalam beg.
4. Menggunakan stevia tulen bukan tiruan.




Setelah 2 minggu lebih menggunakan stevia ni,apa yang Cik Sue boleh katakan adalah Cik Sue dah kurang nak guna gula putih masa buat minuman,dah selesa dengan kemanisan stevia Sweet Royale yang unik ni.Sesuai dengan slogannya "Rasa Manis Unik Sejati" manisnya seperti gula tapi rendah kalori,kalau yang tak kuat manis 1 sachet dah cukup untuk secawan air samada panas atau sejuk.Haaa ini pun Cik Sue buat air sejuk pun tak yah sibuk nak bancuh ngan air panas dulu stevianya ,boleh koyak sachet dan tuang je dalam cawan,ia akan larut dengan mudah.Oh ya bukan boleh guna dalam minuman sahaja ,nak guna untuk makanan pun boleh.Dan pastinya yang Cik Sue suka ia ada khasiat menurunkan berat badan,haaaaa sapa tak nak kurus oiiii...hehehhehhe.

Jom tonton video kat bawah ni hehehe...
(jangan lupa subscribe naa) :



Mana nak dapat Sweet Royale Stevia ni ye? Ok meh nak bagitau,korang boleh beli kat cawangan faramasi RoyalePharma atau pun online,mana-mana pun boleh : 

Senarai antara Farmasi yang korang boleh terjah :

- Farmasi RoyalePharma Seksyen 7, Shah Alam

- Farmasi RoyalePharma Quill City Mall

- Farmasi RoyalePharma My Town

- Farmasi RoyalePharma Vista Alam

- Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok

- Farmasi RoyalePharma Bangi


Ada juga dijual secara online di :

Lazada : https://goo.gl/8LgaVv

11street : https://goo.gl/wwNrac

Shopee : https://goo.gl/n9edGM

Untuk maklumat promosi dan maklumat lain tentang produk ni korang boleh dapatkan di sini ye klik je link di bawah :

WEBSITE:: http://www.royalepharma.com

FACEBOOK: https://www.facebook.com/royalepharma

INSTAGRAM: https://www.instagram.com/royalepharma



p/s :
Cik Sue dah siap belikan untuk abah dah,dan abah bagitau bacaan kencing manis dia dah stabil.Alhamdulillahhhhh.Nanti nak beli lagi untuk stok abah kat kampung.


8 singgah dan taip sket..

kna cuba ni..xkencing manis kna kawal jgk gula kan cik sue..:)

REPLY

stevia sweetroyale ni memang best..satu sachet je dah manis..memg sekrg kurangkan manis2 ni

REPLY

wah bagus juga ni tuk kurangkan gula. hehehe kak sue ada kencing manis ..sesuaiii sangat ni :) lisa pun tengah kurangkan

REPLY

Nak try laa... Memang tengah plan nak kurangkan gula putih.

REPLY

Ai pakai stevia jugak, tapi jenis yang titis...

REPLY

katakan tidak pada kencing manis .. cara yang bagus bagi peminat tegar gula

REPLY

Bagus juga ada produk camni kan Sue...kurang2 kita beringat jugak tak makan gula lelebih ..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates