Perlancaran GT Dollar oleh GT Group di Malaysia.

2:01 AM Sue Izza 10 Comments



16 Januari 2017  yang lepas telah berlangsung majlis perlancaran platform E-Dagang terbesar iaitu GT Dollar Malaysia sempena Persidangan Fin Tech Ekosistem Malaysia bertempat di Sime Darby Convention Centre,Bukit Kiara ,Kuala Lumpur.Majlis telah di rasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin,Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan.

Majlis ini disaksikan Pegawai-pegawai kerajaan serta hampir 3,000 peneraju industri IT dan E-Dagang yang menyokong pembangunan Ekosistem DynamicFin Tech dan memberi laluan untuk SMART inovasi seperti GT Dollar yang menjadikan Malaysia salah satu yang berpengaruh dalam sektor Fin Tech.

Kerjasama ini antara Kerajaan Malaysia dan Dolar GT diharap membantu untuk memudahkan kehidupan rakyat melalui pelancaran aplikasi mudah alih Dolar GT, bertindak sebagai satu platform mudah alih E-Dagang yang membolehkan pengguna dan penjual berinteraksi yang lebih mudah dan teratur.

GT Robot
Bagi melengkapkan usaha sama ini,GT Robot iaitu sebuah inovasi berteknologi tinggi telah di perkenalkan oleh GT Group yang mana mempunyai kepakaran dalam penyelesaian robot humanoid.

Kerajaan Malaysia sedang merancang untuk memperuntukkan suatu kawasan di sepanjang sempadan Sembilan Melaka-Negeri untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot, yang bernilai hampir RM300 juta.Di mana bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan untuk warga tempatan malah kilang GT Robot ini adalah yang pertama di Asia dengan pembuatan mesra alam serta peralatan teknologi tinggi selepas China.


GT Robot yang di perkenalkan di namakan GT Wonder Boy pelbagai fungsi dan lengkap dengan kepintaran emosi.Satu gajet bijak yang boleh di gunakan dalam pelbagai perkara contohnya pembatu peribadi,jurugambar peribadi,boleh berbual dua hala dan banyak lagi.Anda boleh dapatkan maklumat tentang robot ini di www.gtrobots.com


GT Dolar




Fokus utama GT Dollar pula  ialah membina sebuah  kemudahan setempat dalam talian untuk membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran melalui sistem e-wallet di samping  memberi carian yang luas untuk produk atau perkhidmatan dalam pasaran

GT Dollar pula memberi peluang peniaga dan pembeli bertemu secara dalam talian dan komunikasi antara peniaga dan pengguna dipermudahkan melalui lancar GPS-lokasi dan platform tempahan mesra pengguna.

Aplikasi ini berfungsi  melengkapkan dan memudahkan gaya hidup yang semakin sibuk dengan menyediakan pengguna dengan akses ke pangkalan data yang besar lebih 80,000 peniaga di seluruh dunia sehingga  di internet atau mudah alih, malah  menawarkan  pelbagai produk. Peniaga dan pengguna boleh menikmati perkhidmatan  lain selain dari membeli-belah dalam talian seperti, pemindahan dana, pembayaran bil utiliti, prabayar masa udara up, social Network Chat (untuk sehingga 20 orang dalam setiap kumpulan), dan lain-lain

Seperti statistik, terdapat lebih daripada 18 juta pengguna digital yang aktif di Malaysia dan sehingga 2015, sebanyak 77.3% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai  akses kepada perkhidmatan jalur lebar.Aplikasi ini  adalah aktif sepanjang hari, yang membolehkan pengguna untuk membeli-belah dengan mudah di  telefon pintar mereka. "Kami melihat peluang ini sebagai  kesempatan daripada dunia digital dan membangunkan penyelesaian inovatif yang memberi manfaat kepada kedua-dua perniagaan dan pengguna." Kata Encik Patrick Chew, Negara CEO Dolar GT Malaysia.

Untuk maklumat mengenai GT Dollar anda boleh dapatkan maklumat di www.gtdollar.com


GT Mobile
Selain itu pada majlis ini juga di perkenalkan produk  keluaran GT Group iaitu telefon pintar dan jam di bawah GT Mobile.Bagi telefon pintar setakat ini terdapat 3 jenis model iaitu GT 888(Tunggukan review dari saya),GT886 dan GT 883  yang mana mempunyai keistimewaan tersendiri.GT Watch pula adalah jam yang menggabungkan fungsi jam.jam loceng,penentu lokasi (GPS) dan handphone dalam satu rekaan jam yang canggih,anda boleh layari http://www.gtmobile.sg/ untuk maklumat 2 produk ini.


Selain itu anda boleh dapatkan info GT Group Malaysia di www.instagram.com/gtgroupmalaysia
Tahniah kepada GT Group dengan majlis gilang gemilang ini dan semoga terus sukses di Malaysia dengan produk dan perkhidmatan yang berteknologi.


10 singgah dan taip sket..:

Sewa lampu biru untuk rawatan kuning/jaundice di rumah.

12:28 AM Sue Izza 11 Comments

Assalamualaikum semua.
Kali ni Cik Sue nak cerita tentang rawatan kuning/jaundis Humaira selepas kami di benarkan keluar wad pada hari ke 3 kelahiran dia.Sebelum keluar wad,ibu dan anak dah di periksa oleh doktor ada demam atau kuning,Alhamdulillah tak de,tapi doktor tetapkan temujanji dengan klinik selepas 2 hari baby balik rumah untuk periksa perkembangannya.

Masa check tu kat Klinik Kesihatan Salak Tinggi,bacaan kuning Humaira naik tapi tak sampai tahap kena dok bawah lampu dan masuk wad lagi,Cik Sue dah mula risau ,down dan stress.Nasib baik abah ma ada dok nasihat jangan stress nanti susu badan drop,Mr D pun dok pujuk dan bagi semangat.

Balik dari klinik macam-macam ubat dan petua kami cuba,selang 2 hari pergi klinik  semula check lagi,Cik Sue sebenarnya tak larat dah nak follow,tapi mengenangkan Humaira menyusu kang kalau tak ikut meraung lak kelaparan,menunggu nak buat pemeriksaan tu bukan sekejap.Kali ni doktor suruh refer hospital Serdang sebab naik melebihi 270 bacaannya dan perlu terapi lampu biru untuk kawal bacaan tu,Cik Sue terus teringat Abang Ben Ashaari ada post pasal rawatan  terapi tu di rumah,terus bagitahu doktor nak buat kat rumah je.

Yang peliknya doktor macam tahu je dan terus bersetuju tapi suruh pasang secepat mungkin,malam tu juga.Terus call Abang Ben dan tanya,dapat nombor telefon terus Cik Sue call dan order suruh hantar.Alhamdulillah malam tu juga Puan Asma datang dan tolong pasangkan.Dia juga ajar cara nak menjalankan rawatan tu,berapa lama dan macam mana nak letak baby dalam tu.




Syukur banyak-banyak Cik Sue rasa sebab kalau kena masuk wad memang tak larat ak uruskan baby sendiri,dengan luka czer yang belum baik,dengan rahim yang belum kecut .Memang agak terbatas nak turun naik katil ,nak susukan baby lagi.Kalau kat rumah sekurangnya ma abah ada,Mr D pun ada,perasaan tak stress sangat.Memang bagus yang menyediakan perkhidmatan sewaan lampu terapi ni,memudahkan ibu-ibu buat rawatan di rumah.Wad hospital pun tak penuh hehehehe.


Dan selepas 2 hari bacaan jaundis Humaira turun selepas check bacaannya di Klinik Presint 9.Gembiranya hati ni,lega rasa.Kepada korang yang nak sewa dan memerlukan perkhidmatan mereka boleh klik link di bawah ye :


Emel : therapybleu@gmail.com


p/s :
Rupanya Humaira kena Prolong Jaundice berlarutan hampir 30 hari,hampir 2 minggu kena juandice kami ke pakar kanak-kanak Serdang amik urin dan darah Humaira Alhamdulillah ,Jaundice di sebabkan susu ibu dan tak berbahaya,doktor kata akan beransur hilang dengan sendiri cuma kawal jangan sampai demam sahaja.Syukur Ya Allah.

11 singgah dan taip sket..:

Resepi Ayam Goreng Kuah Percik

5:51 PM Sue Izza 5 Comments


Sebenarnya kita teringin nak makan ayam percik yang bakar-bakar tu,tapi bila ada anak kecik ni tak sempat la nak panggang  bakar segala,masak jenis yang mudah-mudah je.Asalkan ada rasa dan rupa ok la tu.Memasak ni kreatif,tak boleh cara A kita cuba cara B,tak jadi sila sental sendiri jangan membazir hahahahha.Kita yang buat dia,olah je macam mana pun asal boleh telan,gittttuuuu.

Jom tengok resepi percik mudah Cik Sue ni:

Bahan ayam goreng :
500gm ayam -potong ikut suka korang
perapkan dengan :
garam
halia-tumbuk
bawang putih-tumbuk

Bahan kuah percik :

1 kotak santan segera-200 ml
5 ulas bawang merah
1 inci halia
4 tangkai cili kering (buang biji)-kalau nak pedas boleh tambah
2 keping asam keping
2 batang serai
1 helai daun pandan (tak de pun tak pe)
1 sudu tepung jagung-bancuhkan dengan air
gula dan garam

Cara :
1. Gorengkan ayam yang di perap hingga garing,ketepikan.
2. Untuk kuah : Blendkan bawang merah,halia,cili kering,1 batang serai.
3. Panaskan santan masukkan bahan blend tadi,biar mendidih sekejap masukkan 1 batang serai yang di ketuk,asam keping,daun pandan,air tepung jagung.perasakan dengan garam dan gula.
4. Sesuaikan kuah dengan kesukaan korang,samada nak pekat atau cair,tepung jagung tu bertindak tuk pekatkan kuah.
5. Perasakan kuah percik kelantan ada rasa manis masam masin yang seimbang,buang asam keping bila kuah dah masak,nanti bila panaskan terlebih masam pulak.
6.Ayam tu nak masukka dalam kuah dan didihkan sekejap pun boleh,kalau kuah pekat siram je atas ayam goreng dalam pinggan.

Selamat menjamu selera.

5 singgah dan taip sket..:

Resepi Tenggiri Masak Asam : Menu Berpantang

4:22 PM Sue Izza 2 Comments



Resepi ni Cik Sue masak sendiri selepas ma abah dah balik kampung ,tinggallah Cik Sue berpantang sendiri dengan di pantau Mr D hasil dari pesanan panjang lebar ma abah sebelum balik.Kalau senaraikan mesti berjela pesanannya apa yang boleh apa yang tak boleh hahahaha.Ni pun Cik Sue masak selepas hari ke 40 dah.Dah jemu asyik makan ikan bakar je hehhehe.

Resepi ni senang je,bahan pun mudah-mudah je :

Bahan :
3 keping ikan tenggiri
1 sudu serbuk lada hitam
2 biji bawang merah -tumbuk kasar
3 ulas bawang puth-tumbuk kasar
1 inci halia-tumbuk kasar
1 biji bawang besar-hiris
2 biji cili merah-belah dua buang biji
segenggam daun kesum
100 ml air asam jawa
garam dan perasa.

Cara:
1. Goreng ikan tenggiri sampai garing dan ketepikan
2. Tumis bahan tumbuk,masukkan air asam jawa,masukkan cili merah,daun kesum,dan serbuk lada hitam.
3.Biarkan mendidih masukkan bahan perasa,dan ikan,balik-balikkan agar sebati kuah dengan ikan.
4.Masukkan hirisan bawang besar,biar mendidih sekejao dan boleh hidangkan.

Mudahkan? sesuai untuk orang berpantang,Guna minyak sikit je untuk menumis.Makan nasi panas-panas tambah ulam dengan sambal lada hitam ikan bilis,perghhhh sapa kata menu pantang tak sedap hehehheh.

2 singgah dan taip sket..:

Tips menjaga kulit dari jerawat : Asuka Acne Gel

1:19 PM Sue Izza 9 Comments

Assalamualaikum,hai korang.
Hari ni Cik Sue nak cerita masalah jerawat,ye la jerawat yang tumbuh-tumbuh kat muka ,yang boleh buat para gadis,para mak-mak gadis emo je sepanjang hari,tambah-tambah tumbuh masa ada majlis la,nak photoshot la,nak gi bertandang rumah bakal mertua la eh hehehhe.

Tak semestinya anak dara je tau naik jerawat kat muka,yang dah kahwin pun kekadang masih naik jerawatnya,bagi Cik Sue sebenarnya pemakanan dan kebersihan tu yang penting di jaga.Eceh ye la tu padahal dulu Cik Sue pun siap ada jerawat batu lagi,ala masa tu tak reti nak jaga kulit muka lagi,dok kat kampung lasak bebenor,main panas,tolong tok nenek buat keje kan.Jom Cik Sue kongsikan tips penjagaan muka dari jerawat tumbuh :


TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA DARI JERAWAT

1. Pastikan wajah sentiasa dalam keadaan BERSIH.

2. Jangan terlalu kerap menggunakan mekap yang TEBAL di wajah.

3. Bersihkan wajah dengan SEMPURNA setiap kali selepas mengunakan mekap.


4. CUCI wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dengan air suam dan gunakan pembersih yang sesuai untuk kulit wajah yang berminyak dan berjerawat. Lakukan dalam urutan berputar.

5. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang BERLEBIHAN kerana ia akan menyebabkan iritasi.

6. Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku! MEMICIT jerawat akan menyebabkan kulit menjadi bengkak, merah dan berparut.

7. Jagalah kebersihan rambut dan tangan kamu. Jangan menyentuh wajah dalam keadaan jari yang KOTOR. Sebaiknya bersihkan tangan sebelum menyentuh wajah.

8. Hentikan menggunakan MEKAP ketika wajah masih berjerawat.

9. Sering berganti TUALA pengelap wajah, pastikan tuala tersebut lembut dan bersih

10.Lindungi kulit dari SINAR matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.

11. Jika jerawat tumbuh di bahagian belakang, pakailah pakaian yang LONGGAR, ringan dan dapat menyerap peluh.

12. Kurangkan memakai SKARF dan topi kerana ia sering menjadi tempat terkumpulnya minyak dan debu.

13. Dapatkan NASIHAT doktor sekiranya jerawat tidak berkurangan.

14. Kurangkan MAKANAN yang pedas, berminyak dan berkalori.

Ha,satu lagi ada petua nenek Cik Sue dari dulu,kalau rasa kulit muka naik jerawat atau ada bintik-biktik hitam ,amik daun aloe vera atau orang kampung panggil lidah buaya,amik lendir kat dalamnya dan sapukan kat muka,tapi cam lecehkan? tu yang malas nak buat tu,tu yang muka cam apa je hahhaha,jangan risau sekarang bahan yang sama korang boleh pakai dengan mudah iaitu Asuka Acne Gel.



Gel apa ni? alaaa aloe vera tuk masalah jerawat juga tapi lebih moden la,dalam botol gitu tapi khasiat masih sama dan bahan tetap semulajadi gituuu.

Gel ini berfungsi untuk :

1. Hilangkan jerawat dan mencegah jerawat untuk tumbuh.
2. Jerawat Baru HILANG dlm masa 24 Jam
3. Mencegah Jerawat Baru tumbuh
4. Pudarkan parut jerawat
5. Muka tak berminyak
6. Hilangkan black head
7. Kecutkan pori pori
8. Mengurangkan dark circle dan eye bag
9. Meningkatkan penghidratan dan mengurangkan sensitivi kulit.
10. Pudarkan bintik merah pada wajah.




Kandungan utama dalam gel ini adalah Aloe Vera yang di formulasikan oleh pakar dari Jepun serta mendapat kelulusan KKM Malaysia,Jadi boleh guna tanpa ragu-ragu sebab bahan dia memang semulajadi Aloe Vera.


 Gel ni juga berbau wangi dan lembut pada kulit muka,sama macam kita pakai jelly dari daunnya rasa sejukkk je kat muka kan,ha cam tu la.Nak tahu cara memakainya :

Cara guna :

1. Basuh muka dengan pencuci seperti biasa.
2. Bilas muka dan keringkan dengan tuala bersih.
3. Sapu Asuka Acne Gel dekat kawasan yang berjerawat.Guna 2 kali sehari,pagi dan malam sebelum tidur.






Asuka Acne Gel ni datang dalam 2 jenis botol dan harga,sangat berpatutan dan mampu milik.

60 ml = RM120
20ml = RM 60

murah je kan,jadi kalau korang nak beli segala maklumat boleh klik link kat bawah ni ye :

Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail di :

Facebook : Asuka HQ
Instagram : www.instagram.com/asukahq

Untuk pembelian boleh ke FB : GOOD For You Onestop

p/s :
Kalau kat kampung,abis pokok Aloe Vera ma ,Cik Sue ngan adik kerjakan tapi masa rajin je la nak spa-spa muka kononnya hehehhe.

9 singgah dan taip sket..:

Resepi Ayam Panggang Madu

11:30 AM Sue Izza 5 Comments


Ayam panggang ni Cik Sue buat seminggu lepas,kebetulan nak masak lunch tapi tak tau nak masak apa,dengan dak kecik yang asyik dok merengek tu kena la fikirkan sesuatu menu yang tak amik masa lama tuk penyediaannya kebetulan ada peha ayam lagi,jadi panggang je dalam oven ,senang tak payah nak risau hangit sambil terkejar-kejar anak meraung hehehee.

Bahan :
1 ketul peha ayam
5 ulas bawamg putih
1 inci halia
sedikit garam dan serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk lada hitam
3 sudu sos bbq kimball
3 sudu madu

Cara-cara :
1. tumbuk kasar bawang putih dan halia.
2. Dalam mangkuk gaulkan sekali semua bahan termasuk bahan tumbuk.
3. Gaulkan dengan ayam,perap dalam 30 minit.
4. Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 40 minit.

Kalau nak bakar dengan dapur arang pun lagi sedap tapi Cik Sue malas nak jaga lagi2 dak kecik dok merengek,dengan oven tinggal je tau-tau dah masak.

Mudahkan,ni kalau tak nak makan nga nasi pun ok,buat salad atau rebus sayur makan je ala-ala ayam nandos gitu hehehe.Selamat mencuba.

5 singgah dan taip sket..:

Sakit yang indah.

3:51 AM Sue Izza 11 Comments

Assalamualaikum,

Rasa janggal pula bila nak menulis sesuatu yang terlalu personal ni hehhee tapi nak juga coretkan sebagai kenangan hari tua.Mesti ada yang kata macam dia sorang je beranak,riak la tu dapat baby,kesian kat orang lain,huishhhh demi Allah sikit pun tak de terfikir macam tu.Jangan risau Cik Sue memahami sangat apa perasaan bila setiap kali di tanya,bila nak kawin,bila nak mengandung,sebab Cik Sue juga melaluinya,paham peritnya macam mana,cuma mungkin Allah dah dengar doa Cik Sue dan suami,Insya Allah,doa korang juga akan di makbulkan,lambat atau cepat je.
Coretan ini hanya sekadar kenangan tuk si kecik bila Cik Sue dah tua nanti.

Tanggal 14 November 2016,lahirlah sebuah nyawa yang Cik Sue kandung 37 minggu dalam rahim ini,setelah mengharungi kesakitan 11 jam di dewan bersalin dengan di temani Mr D hampir sepanjang masa dari awal sehingga akhir,yang akhirnya membuatkan doktor memutuskan untuk jalankan pembedahan emergency.Ini kerana Cik Sue sendiri sudah tak berdaya menahan kesakitan sedangkan laluan untuk melahirkan masih tidak terbuka,bimbang si kecik itu kelemasan.Alhamdulillah proses pembedahan berjalan lancar.Sedar-sedar si kecik itu dah di hulurkan kepada Cik Sue,masa tu hanya Allah tahu perasaan ini.Aku dah jadi ibu ke? Allahhhhhhh besarnya kekuasaanMu.


Pertama kali melihat,pertama kali memangku,berderai jua air mata,darah daging akukah ini? pewaris akukah ini? Rasa macam baru semalam habis sekolah,bekerja dan berkahwin.Termenung seketika melihat wajah mulus,tangan kecil yang menggapai-gapai itu.Sebak,sayu semua bercampur.Tak terkata apa yang di rasa,malah mula terasa berat juga bahu memikirkan selepas ini besar tanggungjawab yang akan di galas untuk si kecil ini,putihkah dia hitamkah dia,ibu bapa yang akan mencorakkannya,salah langkah,kami yang akan di persoalkan di akhirat kelak.Allahhhh bimbinglah kami ke jalanMu.


Terima kasaih juga Cik Sue ucapkan kepada kakitangan Hospital Serdang,dari petugas,jaga,cleaner,nurse hinggalah ke doktor,Alhamdulillah doa Cik Sue dari awal masuk wad di makbulkan untuk di keliling nurse dan doktor wanita,serta mereka yang prihatin,lemahlembut melayan Cik Sue yang kesakitan.Semua sangat baik,memberi kerjasama dan sokongan,malah sangat membantu.Tahniah dan terima kasih atas layanan anda.

Humaira sayang,
Suatu hari andai terbaca catatan ini,ingatlah kamu anugera terindah untuk ibu dan ayah selepas mengharung kesakitan itu,ye sakit yang indah.Semoga Allah pelihara kamu dari segalanya di dunia ini.Kamu yang pertama dan kamu buah cinta dan kasih kami,Insya Allah kami berusaha menjadi ibu dan ayah terbaik buatmu nak.

Doakan kami ye semua.

11 singgah dan taip sket..:

Tips Mengawal Kencing Manis Ketika Mengandung (GDM)

1:15 AM Sue Izza 5 Comments


Assalamualaikum semua,

Lama tak bersiaran,maklumlah cuti panjang heheh tu nanti la cite lebih-lebih eh.Rasanya belum terlambat nak kongsi pengalaman waktu mengandung hari tu.Alhamdulillah sepanjang mengandung tak de masalah yang kritikal pun cuma masa minum air gula sangkut pula GDM atau Kencing Manis yang di hidapi semasa mengandung sahaja sedangkan waktu tak mengandung normal je.Bacaan tak tinggi mana pun sebenarnya 8.0 lebih-lebih sikit je,tapi sebab faktor umur mungkin sebab tu doktor beri perhatian lebih sikit maklumlahhhh 3 series dah hahhahaa.

Definisi GDM : 
"Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada wanita hamil yang sebelum ini tidak mengetahui ada menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal"



Apa sebenarnya punca GDM ni? 

1. Rintangan Insulin.
Kesan insulin terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon (seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen) dihasilkan oleh uri atau plasenta. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi.

2. Kandungan glukosa yang berlebihan dalam darah.
Proses pencernaan glukosa di dalam aliran darah dikawal atur oleh insulin. Kekurangan insulin menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

Sebenarnya agak bahaya ibu-ibu mengandung kalau menghidapi GDM ni,yang paling ketara terjadinya pendarahan,pitam dan risiko anak bersaiz besar.Antara risiko lain adalah :

1.Makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).Bayi berkemungkinan akan menghadapi kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

2.Bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah(hipoglisemia)

3.Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan.

4.Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.

5.Ibu berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit.

6.Mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

7.Ibu berisiko tinggi mendapat praeklampsia (darah tinggi) dan tumpah darah.


Tapi ibu-ibu jangan risau GDM atau paras gula ni masih boleh di kawal dengan menjaga pemakanan,tapi kalau bacaan terlalu tinggi dan pantauan doktor pun bacaan tak turun kemungkinan doktor akan suruh cucuk insulin untuk mengawal paras gula dalam badan.


Cara Untuk Mengawal Paras Gula Semasa Hamil

1. Elakkan mengambil susu ibu mengandung kerana ia mengandungi kandungan gula yang tinggi contohnya Anmum. Jika memerlukan kalsium boleh dapat dari susu segar,cheese atau supplement.Cik Sue amalkan susu kambing dengan cheesedale yang keping-keping tu.

2. Kawal pengambilan makanan berkanji dan mempunya Glisemic Index yang tinggi seperti nasi putih,kentang,roti putih.Bahagian ni Cik Sue makan roti Wholemeal yang warna coklat tu,sebab roti putih ada gula,tak pe la tak sedap sikit,tambah la sayur ke buat sandwich ke.

3. Lebihkan makan sayur-sayuran ,buah-buahan dan lain-lain makanan yang kaya serat.Yang ini memang penting tuk ibu mengandung terutama bayam,sawi,kangkung,lobak putih,peria.Kalau buah pula doktor nasihatkan Cik Sue makan epal hijau ,belimbing dan jambu batu.


4. Mengamalkan diet yang rendah lemak dengan elakkan lemak tepu seperti mentega,daging berlemak, ayam dengan kulit.Errrr yang ni tak dapek la nak ikut,sebab semua pun Cik Sue belasah je hehhehe.Tapi selalu time nak check bacaan Cik Sue selalu amik oat campur dalam milo tanpa gula.Hari ada checkup Cik Sue tak ambil nasi,gantikan dengan oat atau telur rebus dengan salad campur kan sedikit serbuk kulit kayu manis,Alhamdulillah bacaan stabil hehehhee.



5. Elakkan ambil makan yang bergoreng ,pilih menu yang panggang atau stim atau rebus.

6. Jangan minum minuman 3 in 1, biasakan minum air yang di bancuh sendiri dam di kurangkan kandungan gulanya.

7. PAstikan appoinment klinik sentiasa on time untuk memeriksa keadaan kesihatan keseluruhan ibu.

8. Supplement yang di bekalkan oleh klinik terutamanya Vitamin C ,Asid Folik dan Bcomplex
perlulah di ambil seperti yang diatur.


Apapun yang penting jaga pemakanan,Alhamdulillah Cik Sue berjaya mengawal paras gula setiap kali bacaan di ambil sepanjang mengandung,syukur juga Cik Sue jenis yang boleh telan semua sayur.
Tapi ada satu kesan yang Cik Sue perasan dari GDM semasa mengandung ni,baby lahir ada Prolong Jaundis,dekat 25 hari juga,jenuh ulang alik klinik amik dan pantau bacaan jaundis baby.
Kepada yang tengah mengandung jaga makan jaga kesihatan jangan stress-stress ye.

p/s :

Gdm punya pasal ,sampai sekarang dah boleh minum milo tanpa gula heheheee kalau tak jangan harap la hehhe.


5 singgah dan taip sket..: