Beli dan Menang 4 Hari 3 Malam ke Manchester bersama Dashing.

Sapa peminat bolasepak? Angkat tangannnn.... Sapa peminat Kelab Manchester City dan Manchester United? Angkat tangannnnn...haaa meh nak war-warkan berita baik dan peluang keemasan ni,sila la rebut peluang ni ye,mana tahu rezeki korang.Tuah ayam nampak kat kaki,tuah korang sapalah yang tahu ecehhh.Tambahan lagi dapat lihat pasukan kegemaran anda beraksi di depan matakan,impian peminat tu.



Beli Dashing dan menang percutian ke Manchester,UK.

Dashing satu jenama yang tak asing lagi untuk lelaki-lelaki maskulin menawarkan perjalanan pergi balik 4 hari 3 malam percuma lengkap bersama penginapan dan tiket VIP menonton perlawanan bola antara Manchester City dan Manchester United secara langsung di depan mata anda.Anda berpeluang duduk menontonnya di stadium terkemuka di Eropah tau.Jangan lepaskan peluang ini.Ini adalah hadiah utama untuk 6 pemenang yang akan di terbangkan ke sana.


Choppp...bukan itu je tau,selain menonton perlawanan di Etihad Stadium,pemenang akan di bawa melawat National Football Museum dan stadium-stadium lain seperti Old Trafford,Etihad dan Anfield ,juga berpeluang beramah mesra dengan pemain-pemain lagenda MCFC.Ada juga lawatan seperti Magical Mystery Tour dan di bawa melawat ke kawasan yang yang berkaitan dengan kumpulan muzik popular The Beatles.Wahhhhh puas hati tauuuu,bestnyaaaa.


Dah teruja baca hadiah,habis macam mana nak sertai ni? Ha mudah je,apa korang kena buat hanya :

-Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit tunggal
-Whatsapp gambar penuh resit (pastikan jelas),
-hantarkan juga 
  nama penuh seperti dalam NRIC atau Passport,
  nombor NRIC atau passport, dan
  nama outlet pembelian produk tersebut, dan
-hantarkan ke +6016-9972373.

Mudah je kan,pi je cari produk yang di kehendaki tu kat pasaraya dan shopping mall terdekat ye.Usaha tau mana yang berminat tau,usaha tangga kejayaan gituuu,cepat-cepat okeh ,semua ni tamat 31 Januari 2018 ni dah tau,jangan berlengah lagi.

Untuk maklumat lanjut:


Facebook : Dashing.My

No tel : 03 8023 8311




Pek Limited Edition Dashing Manchester City 

Rezeki Mr D la kali ni,dalam pek ni mengandungi Hattrik Limited Edition EDT (perfume) dan Ultimate Kick Deodorant Body Spray.Ok ke baunya? Bagi Cik Sue wangi,tapi tak terlalu keras,segar je baunya.Abah memang peminat dashing ni,tapi nak bagi dia pun masa hari lahir dia yang lepas adik dah bagi full set barang dashing dah,banyak pulak tu pakai 2 tahun tak habis tu hehehhee.Jadi yang ni bagi Mr D je la pakai,minyak wangi dia pun dah tinggal sikit.Mr D pun kata baunya agak fresh tak keras atau terlalu kuat.Boleh juga mana-mana yang nak hadiahkan kat pasangan tu,bolehlah dapatkan pastu masuk peraduan tu ye hehehhe.

p/s :
Hurmmm minyak wangi Cik Sue pun dah nak habis ni,tak de yang nak sponsor ke hahahhaha...
tapi ai pakai yang pelik sikit payah nak dapat kat Malaysia ni,tapi dah lama tak beli tak tau la ada lagi ke tak hahahhaha...nak tau minyak wangi apa? 
Salvatore Ferragamo Bloom haaa cer tolong cari and hadiahkan hahahha

9 comments:

  1. senang jer nak join contest dia yer...nanti nak ajak abam dd gi beli barang dashing pastu join contest..manalah tahu rezeki....aminnn

    ReplyDelete
  2. best kan contest dashing ni,mudah jer nak join. Good luck!

    ReplyDelete
  3. Mudahnya...nak kene bagi kat suami ni..mesti dia suka

    ReplyDelete
  4. go manchester!! jom mewangi sekali. nk menang juga..

    ReplyDelete
  5. wow.. betsnya kalu menang ni.. percutian percuma ni..

    ReplyDelete
  6. best tu kalo dapat pegi tengok match live hehehe..

    ada GA sedang berlangsung di blog CT. kalo sudi jemput join =)
    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/01/giveaway-souvenirs-pulau-jeju-by.html

    ReplyDelete
  7. ala..dah tak sempat join contest ni..

    ReplyDelete