Cuti panjang.

4:49 PM Sue Izza 5 Comments

Assalamualaikum dan hai semua,apa khabar? Fuhhh rasa lama dan rindu pulak tak jenguk blog hampir 2 minggu.Kemana la Cik Sue ni ye,sampai blog terabai.Tak kemana pun,ada je dok berkurung dalam rumah huhuuu,balik dari PD hari tu masing-masing bergilir tak sihat.Dengan Mr D resdung teruk dia datang,sampai selsema bagai.Pastu balik rumah mak ,sibuk pulak uruskan keperluan kat sana.Balik rumah sendiri,minggu berikutnya Cik Sue pulak bergilir demam dengan Humaira,sorang ok sorang tak,sorang kebah sorang lak tintong huhuu.



MInggu kedua tu Cik Sue pulak kena migrain tahap hantuk kepala ke dinding la orang kata,sejak ada Humaira tak pernah lagi kena seteruk ini,paling-paling pun sakit kepala gi mandi basahkan rambut ok la pastu.Ni kena pukul 3 pagi sampai mengerang tarik-tarik rambut bagai,sian Mr D risau dia.Bila ibu sakit gini sian kat anak la,dah la Humaira kuat ngempeng dan menyusu badan lagi.Memang ibu stress la,dengan anak merengek lagi.Akhirnya Mr D terpaksa EL sebab tak de sapa nak tengokkan anak kat rumah dengan Cik Sue tak boleh nak angkat kepala,macam mana nak mandikan,basuh berak Humaira semua.Alhamdulillah pihak pejabat Mr D memahami,memang Cik Sue nak berjalan pun siap pegang dinding huhuu,teruk betul kali ni.

Sebelum ni ,dulu-dulu la Cik Sue bergantung dengan ubat tahan sakit ponstan sampai dah kalis kata orang,makan pun tak de kesan dah,Cik Sue ni migrain dari sekolah menengah lagi,sampai pengsan-pengsan kat sekolah,itu biasa dah.Sejak kahwin dah berkurang la sebab dok jaga,dok kena bebel sokmo dengan en suami.Tapi bila dok menyusukan anak ni ,cuak jugak nak makan ubat sembarangan,setakat makan sebiji memang tak de kesan la kalau dah migrain tahap macam ni.Last-last bagi anak kat en suami layan,masuk bilik air dok bawah shower dekat sejam,sejuk-sejuk balut kepala dengan tuala ,masuk bilik tutup langsir semua terus tidur.Alhamdulillah ,bangun tu lega la sikit walau pening-pening lalat lagi.

Terima kasih banyak la en suami,syukur dia boleh uruskan anak,walau tak lah sempurna dan hebat macam suami orang lain tapi effort atau usaha untuk membantu dah cukup menyentuh hati puan isteri tau hehehhe,tq Mr D.


Keesokannya,ibu dah ok sikit,boleh la ke dapur masak dan uruskan anak,eh Humaira lak tiba-tiba badan panas mendadak,cuak ibu dah la ayah dah kena kerja dah,tak boleh cuti banyak hari.Suhu hampir 40 dc ,turun naik turun naik.Cik Sue dalam kepala dah terfikir dah,ada start kereta pi klinik ni kang kalau tak turun suhu.Alhamdulillah dekat-dekat isyak suhunya turun ke 36 pastu tengok dia aktif balik dan nak makan dah,habis la anggur semangkuk hehehe.Good girl anak ibu ni.

Haaaa panjang lebor pulak ceritanya napa tak aktif blog,elok dah sihat Cik Sue pulak sakit pinggang dua tiga hari ni,kekadang sakit ngilu perit kekdang sengal-sengal,pernah pegi check tapi tak de apa-apa,pernah juga urut,lega la sekejap.Kata bidan mungkin kesan epidural,nurse pun kata gitu tapi bila check doktor tak de apa-apa masalah dalaman mungkin lenguh-lenguh kesan epidural dan kurang kalsium la agaknya,ye la susukan anakkan zat-zat semua pergi kat anak,so ibu kena makan makanan berkhasiat lebih la,itu lah pengorbanan ibu-ibu ye anak-anak,jangan di lupa.Cik Sue ni nampak je sihat tapi ada certain part yang masih tak mampu nak lasak-lasak lagi,maklumlah banyak injured dalaman sebelum-sebelum ni,orang tengok macam tak de apa-apa tapi Cik Sue bila sakit haaaa jenuh jugak la nak boleh ke bangun tu.

Insya Allah ,doakan Cik Sue kembali sihat walafiat ye semua,dapat jalani hidup dengan lebih aktif dan boleh buat banyak benda yang tertangguh (salah satu sebab juga hold projek-projek yang dah plan hehehhe)


5 comments:

  1. alahai..jaga kesihatan mek sue deh..jgn nakal2 supo humaira..moga sihat sokmo..:)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan cik sue.. semoga cik sue dan keluarga kembali sihat walafiat dan boleh meneruskan aktiviti sprt biasa

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...ciksue kena migrain teruk tu...ciksue...juju sarankan kalau kena teruk migrain pi remedi teknik pancuran air...x kisah tgh mlm pun pi bilik air...basahkan kepala sebanyak mana yg boleh...teknik ni bg relaxing segera...kdg2 kondisi badan kita ni nak keluarkan toksik...tp xd cara cepat...cuba ye.

    ReplyDelete
  4. Semoga Sue sekeluarga cepat sembuh..

    ReplyDelete