Resepi Kerabu Ayam Thai

10:05 PM Sue Izza 15 Comments

Jadi surirumah ni memikirkan menu nak masak adalah satu masalah besar tau,ye la takkan nak ulang-ulang lauk sama je ,naik jemu en suami nanti.Bak kata orang nak pikat suami cuba pikat perutnya dulu,gittewwww.Kalau Cik Sue bukan pikat tapi misi buncitkan perut laki hahahha.

Nak jadi cerita blur tak tahu nak masak menu apa dah stok ayam dalam peti ais,Cik Sue ni stok ayam memang sentiasa ada,kot-kot kawan-kawan sedara mara datang menyinggah ada yang tak makan ikan ke telur ke,so ada pilihan ayam.Dok termenung tiba-tiba terpandang sos ikan Thai terus dapat idea cuba buat kerabu ayam la,inspirasi dari sos ikan dan kerabu megi kita cuba buat dengan ayam pulak.


Kebetulan bahan-bahan ala-ala Thai macam semua ada je kat rumah ni,Cik Sue pun bereksperimen la,selalu pun tengok orang buat dengan sotong atau udang yang macam viral kat fb tu tapi kali ni cuba dengan ayam la pulak.Jom tengok resepinya :

Bahan :
300 gm ayam,campur isi dan tulang,rebus dengan serai yang di ketuk,toskan.
2 biji tomato potong dadu halus
1 biji tomato belah 6
sedikit daun bawang hiris halus
sedikit daun ketumbar hiris halus
5 biji cili padi ketuk (nak pedas boleh tambah)
4 sudu palm sugar (boleh ganti dengan gula melaka atau gula perang)
4 sudu sos ikan (yang ada gambar sotong tu Cik Sue guna)
2 biji bawang merah hiris nipis
3 biji bawang putih (tumbuk atau cincang halus)
1/2 inci halia (tumbuk atau cincang halus)
3 sudu pes tom yam Thai (tgk gambar ,bleh gantikan dengan pes tomyam biasa)
2 sudu air limau
1/2 sudu garam (boleh kurangkan)
1 sudu bijan yang di sangai

Cara :
-Gaulkan semua bahan kecuali bijan dan ayam.Kalau nak berkuah tambah kan air panas 3 4 sudu je.
-Sebatikan semua dan rasa kalau dah ok ,masukkan ayam yang di rebus tadi,gaul sebati ,biarkan sekejap dalam 10 minit bagi rasa menyerap,hidangkan tabur bijan di atasnya.

Cik Sue pakai pes ni.
Mudah je kan cara membuatnya,simple,kalau tak nak makan ngan nasi ratah saja pun ok.Tak pun celur megi pastu gaul haaaa jadi kerabu megi ayam hehehhe kreatifkan,haaaa memasak ni kena try and error je.Selamat mencuba.




p/s:
Alhamdulillahhhh Mr D makan siap menambah,senyum lebor puan isteri.Eh itu pun dah cukup gembirakan hati isteri tau,tambah-tambah kalau licin semua hahahhaha.

15 comments:

  1. Sedapnya �� nak Cuba juga!!

    Kalau suami puji alamatnya memang masakan tulahh setiap Hari hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Sue.. nak cuba juga nanti..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..kakya tak pernah cuba buat lagi.. macam sedap..

    ReplyDelete
  4. Okey sue..sila buatkan utk akak..akak lapar dah ni ha...

    ReplyDelete
  5. Selalu buat kerabu kaki ayam , lepas ni boleh cuba resepi ni

    ReplyDelete
  6. sedap ni.. rasa masam2 pedas mmg fav mama

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa! Senang je rupanya pakai pes tu. Terasa kecur je pulak dalam mulut ni.

    ReplyDelete
  8. 1st time GV dengar kerabu ayam Thai. Mmg unik dan nampak sedap. Terbaik la Cik Sue. :)

    ReplyDelete
  9. Dari dulu k.sal tak berapa pandai buat kerabu...tgk ciksue buat cam senang je ha...

    ReplyDelete
  10. Eh.. sedapnya.. macam boleh cuba ni.

    ReplyDelete