Jalan-jalan Menara Condong Teluk Intan,Perak.

6:56 AM Sue Izza 9 Comments

Cerita hujung tahun lepas tapi nak up jugak sebagai kenangan,heheehhe senang nak baca bila dah tua :P .Hari tu masa ke Hot Spring Sungkai,sempat Cik Sue curi masa jalan-jalan ke sini,dah dekatkan,bila lagi nak sampai.Mr D tak tahu pun plan Cik Sue masa tu,konon nak jalan-jalan ke pekan yang terdekat la,dekat-dekat pun 45 minit juga la ngeeee.Apa salahnya kan,bila lagi nak habiskan masa dengan anak bini bawa berjalan,segarkan otak baru la bahagia tak gitu.

Sampai-sampai dah dekat waktu orang nak balik kerja dah pun,eh tapi ramai juga pelancong dalam dan luar negara,kiranya glamer gak la tempat ni.Kawasan lapang sekeliling menara pun ramai orang dan penuh jugak parking.Pusing punya pusing kawasan parking pekan Teluk Intan ni pakai kupon gores tu,kami pun cari la kedai yang jual kupon,sekali dia jual satu buku betul tak leh beli satu-satu hahahhaa sabo je la dalam rm2 lebih la,dah dapat parking dok gores-gores sekali terbaca papan tanda parking kena bayar sampai pukul 5 petang je,lepas jam 5 petang percuma,haaaa tepuk dahi jap Mr D hahahhaha sebab jam dah pukul 5 pun masa dapat parking tu kahkahkah.menyirapppp je driver tu,last-last dia gores jugak n letak kat dashboard.

gores dengan bengangnya hahahhahaa
Kami turun dan jalan-jalan sekitar menara,luas juga kawasan dataran menara Teluk Intan ni,menara tu tak lah tinggi mana,3 tingkat je kat dalam walau kat luar macam nampak 8 tingkat.Senibinanya sekali tengok macam pagoda cina berlapis-lapis gitu.Alhamdulillah cuaca elok hari tu,redup je,lepas kitaorang gerak balik baru la hujan.Oh ya,masuk dalam menara dan naik atas tak perlu bayar,percuma je.


Dah masuk dan naik sampai atas ok la tak de apapun ,ada gambar-gambar dan catatan sejarah menara dan sekitar Teluk Intan je,tapi Cik Sue suka sebab masih kekalkan seperti asal,suis lampu pun masih yang lama,yang bulat tu.Ukiran kayu dan detail balkoni setiap tingkap masih kukuh.Terima kasih kerana mengekalkan dan memulihara untuk generasi muda ecewahhhh eh ai memang menghargai sejarah tau.Dan memang terjaga kebersihan kat dalam ni,ada orang menjaga duduk lepak kat luar tu dan dalam tu kat bawah ada gerai jual cenderamata.





Petikan sejaran Menara Teluk Intan dari Wikipedia.

Menara Condong Condong Teluk Intan ialah sebuah menara tangki air yang kemudian dijadikan menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.

Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini, menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.


Masuk je pintu menara kat tingkat bawah belah dalam ,korang nampak lubang berjeriji macam telaga ni,ada duit dan syiling kat bawah tu,mungkin ada pelancong yang baling dan buat niat tapi bagi kita orang Islam jangan buat ye,syirik jadinya kang,apa jua dalam kehidupan dan pergantungan hidup minta kepada Allah,segalanya Allah yang tentukan.Oh ya Cik Sue tak pasti pulak kalau menara ni buka atau tutup di malam hari.



Kat dinding dalam menara di gantung gambar-ganbar berkenaan menara ni,kejadian banjir besar,siapa yang membina,fungsi bangunan,korang boleh baca dan dapatkan maklumat kat situ.Memang banyak penuh dinding.Cik Sue naik ke atas tapi hati-hati tangganya agak curam dan sempit,muat 1 orang je lalu jadi yang nak naik atau turun kena bagi laluan orang lain lepas dulu ye dan jangan berebut.Jatuh tergolek apa pun tak dapat,tinggi juga la tangganya.


Bila sampai atas Humaira yang excited sebab banyak burung dok hinggap tepi-tepi pagar balkoni menara tu hehhehe,besar mulutnya haaa nampak burung dekat-dekat.Cantik juga pemandangan dari atas ni,nampak bangunan-bangunan sekitar pekan Teluk Intan ni.


siling belah dalam,kalau tak silap itu tangki air rasanya.Dah tak berfungsi dah sekarang.
ladung jam besar menara


Dulu menara ni sebagai tempat letak tangki air katanya,dan jadi senget sebab beban berat tangki air tu la dan tanah tapak menara ni lembut.Kalau korang masuk dalam naik tingkat 2 baru korang rasa memang senget,tryletak benda bulat bola or guli kat lantai hehehhe.Sekarang menara ni berfungsi sebagai menara jam.



Dalam pukul 6 lebih kami dah bergerak cari tempat makan,berdepan dengan menara jam tu ada medan selera,macam-macam ada dan murah harganya,nak cuba rojak dan sate sedap bolehlah singgah.Kami lepak makan pastu terus gerak balik sebab hari dah mula gelap nak hujan.


Pandangan Cik Sue :
Tempat ni santai macam tempat lepak-lepak petang-petang bawa family sambil ajar anak-anak tentang sejarah,kawasan dataran tu kalau setiap minggu ada aktiviti pun bagus.Tapi kalau ibu bapa nak bawa anak-anak main kereta mainan kontrol tu pun ok je,luas gak.Gerai makan dan orang jual-jual pun banyak sekeliling.Insya Allah lepas ni kalau menghala ke sana nak ajak Mr D jelajah Ipoh pulak katanya banyak tempat makan best.Makannnnnn je la ko ye Mek Sue hahahhaha.

9 comments:

  1. kat teluk,dengar cita..makan sedap dan murah-murah.betul ke sue?ehehehe

    ReplyDelete
  2. ada rezeki nak singgah gak sini bila balik kedah .. tapi sampai sekarang tak singgah...hahahaaa.. lalu jerrr

    ReplyDelete
  3. IQ pernah sampai sini masa bujang dulu, best tempatnya. Syok lagi kalau ada photographer tlg ambikkan gambar. hehehe

    ReplyDelete
  4. Teringin sangat nak pergi sini... baru tahu bole masuk sampai ke dalam.. nnt nk gi la ...

    ReplyDelete
  5. Seronoknya Humairah jalan- jalan tu ha...akak x pernah sampai sini lagi..one fine day insyaallah

    ReplyDelete
  6. Tak pernah sampai lagi menara condong. Teringin jugak nak jejak dekat sini.

    ReplyDelete
  7. Duk tengok je Menara condong ni tapi belum sempat nak menyinggah tengok apa ada didalamnya

    ReplyDelete
  8. tak pernah sampai menara condong teluk intan

    ReplyDelete