Kek Sedap di My Own Bakes by Sinfood

Amaran : entry ini akan membuatkan air liur anda meleleh,risiko atas tanggungan sendiri hahahhaaha.....

Ni cerita cuti Thaipusam hari tu,keboringan di rumah,apa lagi pujuk-pujuk gosok-gosok la en suami ajak keluar.Tepu tau kepala otak terperap kat rumah,kena la keluar hirup udara segar,tengok orang eh tengok gelagat orang,baru terbuka minda sikit.Biasa la surirumah kan,masa banyak kat rumah,sesekali kena la keluar,me time katanya tapi tak me time sangat la sebab akan heret anak laki jugak.

Kali ni nak cuba kek sedap di My Own Bakes by Sinfood Cafe di Kinrara 8,lokasinya berdekatan dengan stesen LRT berhadapan Old Town.Mula-mula masuk ingat kedai Chinese sebab ramai pelanggan Cina kat dalam,sekali tengok staf semua melayu.Buka pintu masuk Cik Sue dah teruja,cantiknya kedai.



Kawasan kedai sini baru buka,banyak lagi lot kedai yang tak berpenghuni,kiranya cafe ni antara yang terawal la.Selesa je masuk,hiasan cantik,kemas dan bersih,nyaman juga tak de bau-bau yang tak menyenangkan,ok lulus hehhhee.Humaira pulak terus excited nampak sudut mainan sebelah kanan pintu masuk,terpaksa la lepaskan dia kat situ,ayahnya jaga sementara ibu menjelajah cafe best ni hhehhee.


Cik Sue apa lagi terus menjenguk apa menu yang ada,alahaiii terus berbunyi perut,macam-macam pastri,cupcake dan kek ada,nampak sedapppp betul,kejap lagi rasa tengok macam mana pergi dia.Cik Sue ni bukan la penggemar kek yang ada icing-icing tu tapi kek-kek yang kering sikit tu ha Cik Sue suka.Kat cafe ni selain dessert atau pencuci mulut,kek dan pastri ada juga menu pasta dan makanan berat lain,jadi kalau ada yang lapar belum lunch ke boleh la order sementara kawan yang lain menikmati minum petang atau pencuci mulut lain.







Sementara tunggu makanan sampai sempat la Cik Sue posing-posing layan dak kecik tu dulu,tq en suami sudi melayan ambil gambar,harus la kan kedai cantik kena posing la.Selesa sangat kat cafe ni,memang santai,untuk pelajar nak lepak buat homework atau assignment pun ok,kalau yang nak bincang bisnes juta-juta tu pun memang sesuai sebab agak privacy juga cafe ni,ada ruangan khas tuk santai dan berbual macam ruang tamu rumah pun ada.





Cantik kan? kemas dan selesa,luas juga ruangnya,seronok Humaira pusing-pusing.Bersantai macam kat rumah pulak sib baik tak buka kasut je kikiki.Oh ya,cafe ni juga menawarkan kepada pelanggan yang nak buat majlis hari lahir atau reunion,boleh buat tempahan ye,nak buat majlis perpisahan ke kan.sesuai sangat-sangat.Eh jom tengok apa yang di hidangkan kepada kami.

Itu bukan beer ye ,jgn kecam hahahhaa itu air Iced Tropical Shaken Tea memang ada buih hehhe
sedap,refreshing sangat.

Haaaa ni la hidangan berat yang ada di cafe ni semua sedap-sedap,Cik Sue rasa semua  tau,kongsi-kongsi.

Bolognese Pasta
Dalam 3 jenis hidangan pasta yang di hidangkan Cik Sue suka sangat yang bolognese ni,sosnya bukan pakai yang dalam tin tau,tomato pun blend sendiri,padu je rasa tomatonya tu,Ya Allahhhh sedap yang amat,ownernya sendiri cerita sos tomatonya buat sendiri ,rebus dan blend tomato tu,letak herb dengan resepi sendiri.Rasa sos pun sedang-sedang tak masin dan masam sangat,just nice orang kata.Cik Sue rekemen korang cuba yang ni bila datang tau.

Carbonara Pasta
Carbonara Pasta ni pun sedap,ni bukan kegemaran Cik Sue tapi sosnya tetap sedap,dan Mr D suka sangat yang ini.Katanya tak muak pun,berkrim tapi tak cepat muak,makan banyak pun ok.Oh ya ada beef tau dia masukkan,sedap giler beef tu,Cik Sue dok kutip je hahhaa,ala-ala daging salai rasa daging tu.

Aglio Olio Pasta
Cik Sue kurang sikit yang ini sebab tak de kuah,hahahha dasar tekak sempit,tapiiiiii sedap juga tak de la kering sangat masih ok,Yang pasti terasa herba-herba yang di masukkan tu,dan tak terlalu berminyak.

MOB Special Waffle
Ini katanya signature dish cafe ni,tak tipu memang sedap,tak manis melenting pun hehehe,sedang-sedang je,psttt Cik Sue suka pretzel tu hehhehe ranggup dan sedap,sib baik ada sikit kalau banyak memang ku kutip je la.wafelnya lembut je,sdap kunyah.Di hidang dengan aiskrim dan topping coklat tu aishhhh dah terliur balik ni.

Tuna Sandwich
Okeh yang ini kalau korang datang belum lunch atau agak lapar perut tu,sila order,fuhhh sedap croisant dia tu lembut dan tuna tu memang kenaaaaa sangat,satu pinggan ni kenyang wehhhh makan sorang,boleh kongsi berdua kalau korang tak kedekut hehehe.


Amacam,menarikkan menu-menunya,eh tungguuu belum habis lagi.Apa barang datang cafe ni kalau tak pekena kek sedap diorang yang menjadi tarikan utama dan laris bak goreng pisang panas kan haaa harus la Cik Sue kena cuba, baru la lengkap datang lepak kat cafe ni.

kek-kek yang menjadi tarikan utama di sini.
Cik Sue kan,pasal kek ni tak tau nak jelaskan rasanya macam mana kat korang tapi tekak CikSue ni rasa kali ni memang makan kek ni memang first class la orang kata,berbaloi dengan harganya.Tak menyesal la orang kata kalau kuarkan duit untuk makanan macam ni.
Red Velvet tau panggilannya kat sini Red Kebaya, sedappp,first time CikSue jadi suka ngan red velvet,selalunya tak beria makan.


Kek Pandan Gula Melaka atau Baba Nyonya,kalau namanya ada rasa pandan bagi CikSue memang sedap la
dengan kepingan kelapa kat atas tu,mak aihhh 

Carrot Cake tapi bukan carrot semata kaya dengan kekacang,psttt CikSue suka yang ini tapi segan nak makan
banyak sebab yang lain kureng yang ni hehhehe.
Kebanyakan keknya tak terlalu manis dan perisanya memang menyerlah macam kek pandan tu,terasa pandannya dan gula melaka.Red velvet tu terbaik setakat ni yang CikSue pernah makan.Mengikut ownernya tiga jenis kek ni memang paling laris setiap hari memang akan habis la.Ada juga di buat dalam versi supcake tapi bagi CikSue sedap lagi  beli yang slice macam ni,puas makan.

Keselurhannya menu cafe ni memang sedap-sedap,korang kena cuba sekali lepak sini,sambil buat kerja ke,try kek-kek diorang berbaloi.Buktinya Cik Sue siap tapau bawa balik hehehhe,terkejut Mr D jarang Cik Sue nak tapau benda gini tau,selalu lauk pauk je kikiki.



Nak cuba korang boleh berkunjung ke cafe My Own Bakes by Sinfood ni di  :

My Own Bakes by Sinfood Cafe
Eight Kinrara
B-LG-11 ,Jalan 5A/3B
Bandar Kinrara 5,
Sebelah Giant berdepan dengan Old Town

di buka jan 11 pagi 10 malam kecuali Selasa
Oh ya cafe ni ada cawangan juga di Subang Parade boleh klik link facebook page ni ye
My Own Bake Cafe


7 comments:

  1. ya allah, tergodanya tgk semua makanan tu..

    ReplyDelete
  2. menu2 nmpk menarik...suka dessert..tgk kek2 tu...yummmmyyy

    ReplyDelete
  3. mek sue wat ore lapar pagi2 ni..haha

    jemput baca & komen..:https://norminieza.blogspot.my/2018/02/petua-atasi-kulit-bermasalah-glow.html

    ReplyDelete
  4. Banyaknya order..mentang-mentanglah sedap yer...tak aci betul..hehehe.

    ReplyDelete
  5. Once a month je sis leh fikir mkn gini

    ReplyDelete
  6. Wah kak suhaiza ke ni?sy igt kan sape😄

    ReplyDelete