Resepi Kepak Ayam Pedas ala Korea

Kebetulan adik ada kat rumah,ajak keluar jalan-jalan pi DPulze Cyberjaya,masuk Jaya Grocer cari bahan pavlova ,nampak je kepak ayam terus tanya adik,masak kepak ayam nak balik kang,tapi tak tau nak masak apa,sekali adik kata buat la macam kepak ayam Korea tu yang ada bijan tu.Errrr kakak mu ni tak layan kpop wehhh gue tau kimchi je hahahahha.Terus google tengok rupa macam mana bentuknya,sekali tengok bahan,hurmmm boleh kot try buat kat rumah ikut apa bahan yang ada je la eh.

Resepi Korean Sticky Chicken Wings

Nak ke Korea macam Kembara Kbba9 ke Korea tak di lepas lagi,jadi kita buat la menu ala-ala Korea kan pastu makan sambil feeling-feeling hahahah.Jom tengok resepi Cik Sue yang ala-ala ni hehehhe.

Bahan :
6 ketul kepak ayam
3 sudu madu
3 ulas bawang putih cincang
garam
lada hitam
1 sudu cuka apple
2 sudu gula
2 sudu air
2 sudu serbuk cili Baba's (sepatutnya gula serbuk cili korea Gochujang tapi mana mau cariiiii? hahahha)
bijan yang di sangai

Caranya:
1. Lap ayam dengan tisu dapur,gaulkan dengan lada hitam dan garam, letakkan atas baking paper dan dulang pembakar,bakar pada suhu 250 dc selama 40 min.
2. Sementara tu guna kuali,masukkan semua bahan dalam kuali,guna api perlahan dan kacau semua bahan sampai pekat dan jadi sos,adamkan api.
3. Bila kepak ayam dah masak,gaulkan sebati dalam sos sampai menyaluti semua bahagian ayam.
4. Hidangkan dalam pinggan dan taburkan bijan.

Mudah je kan? En somi suka sebab tak de la pedas sangat agaknya kalau guna cili Korea tu mesti pedas lagi agaknya ye,mana la Cik Sue tahu tak pernah lagi makan heheheh.
Ok la untuk cuba di rumah,mudah dan senang je caranya.Cubalah korang eh.Sedappppp....


2 comments

  1. Fuyoooo takyah nak g kedai makan yang ada kepak ayam koya dah pahni .. kita buat kat umah jer laaa hehhee..nampak sodap tuuu.. jom makan kepak ayam koya.. aum aummmm..

    ReplyDelete
  2. Perghhh... menjilat jari ni. Belum try dah rasa nak jilat jari lak. Hahahaha..

    ReplyDelete