Ube Banquet Hall & Catering-Pilihan Majlis Perkahwinan di Nilai

11:27 AM Sue Izza 18 Comments

Hai para pengantin semua,tengah survey atau buat persiapan perkahwinan hujung tahun ni ke? Mesti tengah cari Dewan,Katering,Pelamin dan macam-macam lagi kan? Nah pengantin kawasan Nilai,Sepang dan sekitar Cik Sue nak bagitau korang ada tempat best untuk langsungkan majlis nanti.Memang best,Cik Sue pun baru tahu ada dewan kawasan situ.

Lokasi UBE Banquet Hall




UBE Banquet Hall ni terletak di kawasan perindustrian Nilai 3,memang agak strategik sebab tak sibuk dengan trafik dan kawasan rumah orang,kalau buat majlis hari sabtu ahad dan cuti kawasan memang tak sibuk dengan kenderaan lain.Parking pun mudah di kawasan sekitarnya.Pendapat Cik Sue mudah juga buat kat kawasan ni dekat dengan bazar Nilai 3 tempat membeli-belah tu,jadi mudah la kalau nak tempah peralatan atau hiasan kahwin terus hantar ke dewan ni,jalan kaki je dah sampai,kos kurang la sikit untuk penghantaran.Kot tetiba bunga telur tak cukup ke kan hehehhee.


Menu Katering yang sangat sedap



Jujur Cik Sue bagitahu korang eh,makanan dan menu dari UBE Catering ni memang superb,Cik Sue berpeluang lunch dengan menu-menu ni.Memang sedap sangat,cukup rasa ,kena dengan tekak,original taste kata orang.Cik Sue baca review kat fb diorang ramai kata masak lemak daging salai diorang ni memang terbaik ,dan di tunggu-tunggu.Masa makan tengahari Cik Sue rasa nak tapau pula lauk daging rendangnya,Ya Allahhhhh sedapnya,teringat-ingat pula.Mr D pun kata sedap,payah pak cik ni nak puji kalau makan tau ngeeeee.













Perkhidmatan yang di sediakan



Okeh,meh nak cerita apa yang UBE Banquet Hall Nilai 3 ni sediakan ye.Untuk majlis perkahwinan,mereka sediakan dewan yang selesa siap dengan pelamin dan dekorasi yang sememangnya sangat cantik dan meriah.Susun atur yang menarik dengan rekabentuk terkini.





Apa yang Cik Sue suka dewannya luas boleh masuk lebih 2000 tetamu dalam satu masa,Yang penting lighting dan pengcahayan lampu dalam dewan pun cantik,jurugambar tak perlu risau la tuk ambil gambar nanti,eh pening tau .nanti gambar tak nampak hidung lak hehehehe.Susun atur dan dekorasi meja tetamu cantik dan ekslusif.Pelamin dan meja makan beradap pun diorang dah sediakan siap deco semua,mudahkan dah la cantik.Kemas je susun atur pemasangan dan rekabentuk hiasannya.





Antara kemudahan lain yang di sediakan Surau dan bilik persalinan pengantin serta bilik VIP ,jadi pengantin nak mekap kat sini pun boleh,keluarga pengantin pun ada bilik khas,bolehlah datang awal untuk menunggu majlis atau berehat sementara.Dewan dan bilik berpenghawa dingin serta selesa,parking kereta juga mudah di kawasan dalam pagar dewan atau di sisi jalan ada kawasan lapang untuk parking.Pengawal laulintas atau anggota rela juga di sediakan untuk kelancaran majlis yang berlangsung.





Oh ya ,bukan majlis kahwin je boleh buat kat sini macam-macam majlis boleh guna ,nak buat pertunangan ke majlis aqiqah ke,seminar ,majlis-majlis korporat atau dinner syarikat ataupun reunion pun boleh,nak buat majlis konvo pun boleh.Mudah sebab mereka ada pakej makanan sekali,senang la order je untuk berapa orang tetamu nanti.Susun atur dewan untuk majlis lain tu boleh request la dengan pihak UBE Banquet Hall ikut citarasa anda sama juga dengan makanan.

Promosi 



Antara pakej perkahwinan yang mereka tawarkan seperti berikut : 

Sri Tanjung 
- Nasi Minyak
- Nasi Putih
- Ayam Masak Merah Sri Rose / Ayam Madu Tiga
- Daging Masak Kari / Gulai Kawah
- Papedom Kashmir
- Buah Tembikai
- Air Sirap Kampung
- Air Mineral


Pakej Termasuk :
-Sewaann Dewan
- 25 Unit Meja Bulat + Alas (Top) Mengikut Tema
- 250 Unit Kerusi Chiavary
- 2 Set meja buffet + Alas + Skirting
- Set Meha Makanan Beradap / Makanan
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Makan Tetamu
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Beradap dan Sekuntum Bunga Di Setiap Satu Meja
- 2 Unit Dome Berhidang
- 12 Orang Pelayan Beruniform
- Peralatan Katering


1000/pax Harga Asal : RM25.50 , Harga Promo RM19.90


Sri Kekwa
- Nasi Briyani / Nasi Minyak
- Nasi Putih
- Ayam Goreng Serai / Berempah
- Daging Masak Hitam / Masak Briyani
- Papedom Tah Mahal
- Dalca Sayuran
- Acar Jelatah
- Buah Tembikai + Oren
- 2 Jenis Kuih Muih ( Manis + Pedas )
- Bubur Kacang Hijau / Pulut Hitam
-Teh Tarik & Kopi O
- Air Punch
- Air Mineral


Pakej Termasuk :
-Sewaann Dewan
- 30 Unit Meja Bulat + Alas (Top) Mengikut Tema
- 300 Unit Kerusi Chiavary
- 2 Set meja buffet + Alas + Skirting
- 1 Set MejaTea Corner + Alas + Skirting
- 1 Set Meja Hadiah + Alas + Skirting
Pelamin Dewan 18 kaki
- Set Meja Makanan Beradap / Makanan
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Makan Tetamu
- Gubahan Bunga Artificial Di Meja Beradap dan Sekuntum Bunga Di Setiap Satu Meja
- 3 Unit Dome Berhidang
- 13 Orang Pelayan Beruniform
- Peralatan Katering


1000/pax Harga Asal : RM30.50 , Harga Promo RM23.50

Untuk order katering majlis selain majlis perkahwinan boleh kontek mereka untuk berbincang ye,boleh request nak yang macam mana.

Sempena Ramadhan ni juga mereka ada buat buffet Ramadhan,jadi kalau nak rasa kesedapan makanan diorang boleh lah cuba di buffet Ramadhan ni,harga pun berbaloi :



Untuk maklumat lanjut boleh klik atau terjah mereka di :

Web : www.ubecatering.com
Emel : ubecatering@gmail.com
Customer Careline : 010-5870000
Fb : https://www.facebook.com/ubebanquethall/
Insta : www.instagram.com/ubebanquethall

UBE Catering Services
UBE Banquet Hall
Lot 16660,Jalan Delima 1,
Kawasan Perinsdustrian Nilai 3
71800 Nilai.Negeri Sembilan.
Tel : 06-7941209/06-7971204

p/s : Kalau Cik Sue bila buat majlis apa yang penting keselesaan tetamu dan tuan rumah serta makanan yang sedap,itu paling penting.Tetamu datang di sambut baik dan balik mesti kena kenyang baru lah hati senang kan.

18 comments:

  1. minimum kena ambek 1000 pax ye kak?

    ReplyDelete
  2. ini bukan sahaja untuk perkahwinan, kalu buat apa2 majlis pun boleh.. menarik tempatnya dan makanan pun nampak sedap..

    ReplyDelete
  3. Selama ni tak tau pun kat nilai ada tempat packege lengkap perkahwinan. Ingatkan barang-barang macam bunga telur and hiasan-hiasan je.

    ReplyDelete
  4. menu semuanya sedap ni..berbaloi la lengkap dalam satu pakej.

    ReplyDelete
  5. Nampak makanan semua sedap.. semua menarik laaa .. mmg berbaloi2 laaa ambik pakej lengkap camni kan ..

    ReplyDelete
  6. Not bad jugak setup dia .. bagus byk pilihan utk bakal pengantin

    ReplyDelete
  7. Pakej lengkap gini bagus..memudahkan untuk persiapan dan tak perlu nak pening kepala lagi..

    ReplyDelete
  8. Cantik deko , makanan pun nampak sedap .. huuu lapoww

    ReplyDelete
  9. Susunatur dewan memang cantik, nampak eksklusif. Harga katering pun berpatutan.

    ReplyDelete
  10. nampak selesa sangat dewan tu. tergoda tengok gambar buahan tu....

    ReplyDelete
  11. Besar dewan ni boleh tahan makanan dia pun..

    ReplyDelete
  12. Sedap-sedap nampak makanan dia. Deko pun cantikk. NApe la zaman fiza dulu takde eh yang ohsem mcm ni

    ReplyDelete
  13. Wah ada juga ye pakej macamni. Bagus sangat ni.. lepas pi kenduri, tetamu boleh pi shopping😄😄

    ReplyDelete
  14. hehe serius kat ube ni mmg uzu in love sesamgat ya allah. dewan cantik dan exclusive hehe

    ReplyDelete
  15. Bestnya sekali tempat disediakan. Mudah tau

    ReplyDelete
  16. Thanks di atas perkongsian. Boleh suggest kat kawan-kawan nanti.

    ReplyDelete