Impian yang belum tertunai : Kuala Perlis to Langkawi

4:00 PM Sue Izza 11 Comments



Sapa pernah pergi Perlis? Mesti la ramai yang pernahkan,Cik Sue ni banyak-banyak negeri dalam Malaysia , Perlis,Kedah dan  Sarawak je la belum sampai lagi,sedihkan? Tolongla sedih hehehe.Teringin nak jelajah Perlis negeri terkecil tu pastu teringin nak pergi Langkawi,serius tau Cik Sue seumur hidup tak pernah sampai Langkawi huwaaaa teringinnya.

Sebelum pergi CikSue kena la buat kajian atau cari maklumat dulu mana tempat yang best dan menarik kat Perlis dan Langkawi tu.Ye lah,dah ada anak dan keluarga ni kena la buat persediaan sebelum pergi bercuti,kena tahu mana tempat makan,penginapan dan pengangkutan untuk perjalanan nanti.Kos pun nak kena kira juga kan,berapa nak kena sediakan.Barulah boleh bercuti dengan tenang dan gembira.Lepas google dan buat carian Cik Sue jumpa satu web ni yang memaparkan tempat-tempat menarik dan baru di Malaysia yang boleh di kunjungi, korang boleh klik sini ye UNSEENMALAYSIA .Banyak juga info kat situ korang boleh godek sendiri ye.

Apa yang menarik di Perlis? 

Sebelum singgah Langkawi Cik Sue teringin la nak pusing-pusing Perlis dulu ,dah dekatkan apa salahnya.Dah habis pusing Perlis bolehlah ke Langkawi pulak dan terus balik.Rupanya banyak juga tempat menarik dan unik di Perlis ni ye walaupun negeri yang kecil.

1.  Pasar Wang Kelian.
Pastinya tempat pilihan utama Cik Sue la heheh dah jadi mak-mak sekarang tempat shopping pasti jadi pilihan tambahan bawa kereta sendiri boleh la beli apa-apa yang menarik dan murah kan,bukan selalu pun datangnya,entah-entah kali ni je sampainya,jauh tau.Wang Kelian ni pulak sempadan dengan Thailand ,sediakan dokumen perjalanan siap-siap ye kot termasuk ke negara jiran.Barang murah-murah katanya,yang nak bisnes tu bolehlah memborongkan.


2. Padang Besar
Satu lagi tempat shopping yang Cik Sue teringin nak terjah,tambahan pulak bebas cukai kan,mesti lagi murah.Katanya macam-macam ada jual kat sini dari barang rumah,pakaian ,pinggan mangkuk periuk belanga sampailah makanan-makanan tradisi negeri Perlis.Fuhhh Cik Sue ni kalau part makanan unik ,tradisi memang teruja la,dasar Ciksuesukamakan heheheh.


3. Gua Kelam
Selain tempat shopping Cik Sue ni juga suka menikmati keindahan alam semulajadi,Negeri Perlis ni memang kaya dengan alam yang indah macam gua kelam ni antara gua yang unik di Malaysia ,gua batu kapur sepanjang 370meter,siap ada jambatan kayu jadi mudah la kalau bawa family dan anak-anak.Katanya siap ada sungai bawah tanah dan taman di hujung perjalanan jambatan tu,terujanya nak tengok sendiri.


4. Ladang Tebu Chuping.
Haaa rare tak tempat yang Cik Sue nak pergi hehehe biarlah orang nak kata apa pun tapi nak pergi jugak sebab rasa macam menarik tempat ni permandangannya tu,tambah-tambah wat photoshoot gambar dengan familykan hahahha berangan sangat,eh biarlah,bukan melawat laaing je,boleh melawat juga kilang gula tau, tengok macam mana ia di hasilkan,yang kita dok guna hari-hari tu kan,haaaa jalan-jalan dapat ilmu gitu,Kikiki.


5. Taman Anggur Perlis
Yang ini pun Cik Sue teruja nak pergi tapi nak kena tahu bila musim buahnya dulu la kalau tak, tengok pokok je la pulak kan? Ye la susah tau nak jumpa orang tanam anggur kat Malaysia,biasa negara yang ada bermusim-musim cuaca tu je kan.Haruslah kita melawat dan tengok macam mana di tanam dan kena la rasa macam mana buahnya hehehe.


6. Taman Rimba Herba Perlis
Yang ini pulak kalau bawa ma abah ni memang suka la diorang,hobi diorang memang mengumpul dan tanam serta biakkan pokok-pokok herba kat rumah.Mesti diorang teruja kan.Taman herba ni seluas 12 hektar terletak bersebelahan Hutan Lipur Bukit Ayer dan Taman Ular dan Reptilia.Ha lepas pusing taman herba boleh la lepak berkelah hutan lipur lak,errr taman ular tu sorry la ye,Cik Sue fobia ular huhuuu,kalau family nak masuk Cik Sue tunggu kat luar je la hehehe.Khabarnya taman herba ni ada 1200 jenis tumbuhan herba,wahhhh menarik tu,boleh belajar juga tentang perubatan dan penggunaan herba tradisional ni,memang Cik Sue suka juga.Nanti bolehlah beli benih tuk bawa balik tanamkan dan guna untuk petua-petua seharian.



7. Galeri Di Raja Perlis
Bagi yang nak melawat tempat dalam bangunan dan menambah ilmu tentang sejarah atau info bolehlah melawat tempat macam ni ye,muzium dan galeri,sesuai bawa anak-anak yang sekolah ni,mak pak pun.Menghayati sejarah kata orang baru la kenal jati diri,gitu. Bila masuk galeri di raja ni kita boleh melihat pameran salasilah serta sejarah keturunan Diraja Perlis, alat kebesaran Diraja, senapang antik, pedang, duit lama, basikal antik, bunga emas dan banyak lagilah.Dan ada kain kiswah dari kaabah yang di beri kepada kesultanan perlis juga,istimewa tu.



8. Masjid Terapung Kuala Perlis 
Cantik permandangan kat sini tepi laut pula tu,berhenti rehat singgah solat sambal menikmati keindahan alam pun ok jugakkan.Dengan senibina yang cantic pasti tenang. Kedudukannya yang mengadap Selat Melaka menjadikan ia 100 kali lebih indah terutama sekali apabila tibanya waktu senja, matahari terbenam menaikkan lagi seri bangunan masjid yang tidak bercat ini.Masjid ini menggunakan bahan seperti marmar, kuartz, batu granit, pebbles dan coral sahaja dalam pembinaannya. Unik dan menakjubkan, lihat di depan mata sendiri mesti lagi puas hati.


Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik di Perlis ni ,nanti Cik Sue nak kena buat catatan la ,tentatif  perjalanan,nak kena plan betul-betul la nak terjah mana dulu kan.Contohnya Empangan Timah Tasoh yang cantic tu,Pusat Ekuin boleh naik kuda hehehe.Masjid Alwi,Kampung Hujung Bukit yang cantik dan banyak lagilah.Tapi yang paling utama sekali nak terjah lepas pusing-pusing Perlis mestilah ke Kuala Perlis,wajiblah kalau nak ke Langkawikan? Sini ada jeti Kuala Perlis to Langkawi dengan feri kan? Lagipun katanya permandangan kat sini waktu senja pun cantik,tepi laut.Nak tidur kat kuala Perlis pun boleh banyak je hotel murah-murah cantik-cantik  dan selesa kat sini.Itu kalau nak balik hari la untuk jelajah Langkawi tu.

Tapi kalau nak bermalam kat Langkawi pun boleh je tinggalkan kereta kat jeti Kuala Perlis tu,Insya Allah selamat ,pastikan parking berbayar dan ada system keselamatanla kan.Eh tapi hari tu tengok kawan pergi boleh je nak bawa kereta naik feri tapi ada caj lain la dan ada syarat serta prosedurnya,kena bawa geran kereta kalau tak silap dan menginap at Langkawi lebih 3 hari rasanya,nanti kena cari info semula ni.Tapi Cik Sue mesti la nak bermalam di Langkawi,bila lagi nak rasa,dapat hotel atau resort tepi pantai pun best juga kan?.

Tak sabarnya nak jalan-jalan naik kereta kabel Gunung Mat Chincang tu kan yang tinggi sangat tu,dan keliling pulau yang katanya sangat cantic pemandangannya.Tambah-tambah dapat memborong coklat dan pinggan mangkuk bebas cukai,syok tuuuu.



Bestnya berangan kan? Insya Allahhhh kena menabung la kalau nak jalan-jalan dan perancangan yang terbaik.Sekarang mudah macam-macam web ada untuk dapatkan diskaun,macam Cik Sue suka guna Traveloka,lebih mudah dan harga lebih murah nak cari penginapan.Malah memudahkan Cik Sue membuat perancangan perjalanan nanti.


Okeylah,doakan wishlist Cik Sue yang satu ni tercapai ye,Humaira pun dah besar dah boleh bawa jalan jauh dah tak banyak kerenah.Yang pasti apa salahnya bercuti dalam Malaysia pun,banyak lagi sebenarnya tempat menarik yang kita tak tahu,masih tersembunyi kata orang kecantikan dan keunikannya.

11 comments:

  1. Dah lama tak ke Langkawi. tapi ronda2 Perlis tak pernah lagi..dulu pun singgah Perlis semata nak naik keretapi balik ke KL. InshaALLAH ada rezeki Sue ke sana nanti.

    ReplyDelete
  2. tunggu lisa kawen la kak sue nti kita poi sama2 dekat jeee :P
    hahaha.. eh rasanya anggur tu dah tak buka lagi . siddiq ckp mcm tu ritu

    ReplyDelete
  3. Kuala Perlis dan Langkawi pernah pergi tapi seluruh negeri Perlis tak pernah jelajah lagi.

    ReplyDelete
  4. SEmoga tercapai hasrat ke Perlis..aminn

    ReplyDelete
  5. semoga ada rezeki ke sana.. mama pun x penah pergi lagi tau

    ReplyDelete
  6. kin pulak satu je negeri tak sempat pergi lagi : sarawak. hihi
    btw, selamat bercuti!

    ReplyDelete
  7. Kilang Gula Perlis atau ladang tebu hanya tinggal nama shj..dan juga Taman Anggur dah lenyap ..Manakala di Padang Besar gerai2 di monopoli warga Thailand..Harus berhati2 dgn gerai2 yg menjual makanan..Harga gila2 mahal sekali..

    ReplyDelete
  8. Walaupun kampung Dura terletak di sempadan Kedah-Perlis, tapi banyak lagi tempat Dura belum terjah di Perlis tu huhu

    ReplyDelete
  9. lamanya tak ke wang kelian dan pasar besar

    ReplyDelete
  10. menarik gua kelam tuu. bila agaknya boleh jejak yee. after raya nak jejak kaki ke langkawi utk kali ke 3 . hehe. taksabar

    ReplyDelete
  11. Ok noted , nanti nak ajak mummy jejalan boleh pau dia hahaa

    ReplyDelete