Berbuka puasa di Hotel Pullman,Putrajaya sambil nikmati ketenangan tasik.

Mencari tempat berbuka puasa yang tenang dan cantik? kot la nak celebrate apa-apa kan bulan puasa ni pun ok jugak,macam ata diri sendiri je ,ehhh?. Untuk korang yang berhampiran Putrajaya atau mencari tempat berbuka puasa syarikat atau pejabat,atau kena menjamu atau entertain klien sekitar Putrajaya,ni Cik Sue nak cadangkan korang ke Buffet Ramadhan di Hotel Pullman Lakeside ,Putrajaya.


Lokasi cantik dan menenangkan.



Lokasi di tepi tasik di Presint 5 memang cantik dan menenangkan,sementara tunggu waktu berbuka bolehlah bersantai anak beranak atau dengan kawan-kawan,mana yang nak terus berdidskusi dengan klien punboleh juga sementara tunggu waktu berbuka,lebih santai.Ruangan tempat makan yang selesa,luas dan banyak.Jangan risau,surau juga di sediakan ,boleh turun ikut menara jam di tengah-tengah kawasan berbuka puasa tu ye.Cik Sue suka dengan susun atur buffet ramadhan kali ini,lebih lapang dan ringkas.Kawasan parking juga mudah samada masuk parking di besment hotel atau kawasan terbuka depan pintu masuk hotel,dekat je jalan kaki.



Seperi biasa ada live band untuk menghiburkan para pelanggan yang datang berbuka di sini,Sementara tunggu waktu berbuka juga korang bolehlah lepak di tepi kolamnya,boleh nampak pemandangan tenang tasik Putrajaya macam dalam gambar Cik Sue ni.Daripada dok hadap makanan yang membuatkan perut berbunyi-bunyi dan tak sabar nak berbuka kan? hehehehe



Hotel Pullman juga bukan sahaja menyediakan makanan yang lazat malah pelbagai acara dan aktiviti yang sesuai untuk keluarga bila datang berbuka puasa di sini.Ada pertunjukan orang api,badut,photobooth,belon air dan macam-macam lagi.




Lebih 300 menu yang di hidangkan.


Okeh jom kita tengok apa pulak menu dan hidangan yang di sediakan.Kali ni hampir 300 jenis makanan akan di hidangkan kepada pelanggan.Antaranya bbq seafood yang segar,kambing golek,daging bakar,ayam bakar,pelbagai minuman yang biasa dan jarang-jarang jumpa,oh ya jus kurma kat sini sedap sangattttt.hidangan makanan India,Chinese dan macam-macam lagi.











Hidangan kambing golek,bbq seafood,daging bakar,ayam panggang memang menjadi menu utama setiap buffet ramadhan.Kambingnya ok,lembut je,Cik Sue suka sos blackpeppernya cukup rasa.Untuk seafood Cik Sue bagi A+ sebab semua segar-segar,terasa kemanisan isi ketam dan udang,korang kena cuba sebab Cik Sue sempat habiskan 4 ekor ketam hehehehhe.







Bahagian pemanis mulut atau dessert pun Cik Sue suka,sebab siap ada bilik khas,mungkin tak nak bagi kek-kek yang di hidangkan cair la agaknya kan hehehhe.Pilihan manisannya bukan sahaja ala barat tapi kuih-kuih tradisional pun ada macam-macam seperti serimuka,kuih lopes,kuih lapis dan banyak lagilah,cendol dan abc pun ada.Untuk bahagian ni Cik Sue sempat rasa pavlova strawberry,Subhanallahhhhhh sedapnyaaa,rasa nak ulang-ulang pergi amik tapi maluuuu.








Haaaa,yang ni pulak variasi menu makanan India,dah lama sebenarnya Cik Sue nak cuba menu-menu India ni tapi nak beli atau cari sendiri tak pandai,alang-alang ada di hidangkan ni apa lagi,cuba la.Ada tosei,idli,capati,roti canai,murtabak dan kuah kari,macam-macam kari,dari kari daging,ayam,ikan,kepala ikan haaa amik je mana nak rasa.Oh ya ini kali pertama Cik Sue makan idli,sedap rupanya heheehe,tapi kat luar mana nak cari yang halal ye huhuuu.





Makanan lain yang memikat hati Cik Sue juga adalah rojak Singapore,sotong kangkung,char kuey tiaw dan steamboatnya,sebenarnya banyakkkkkkk agi menu yang di hidangkan tapi masa tak mengizinkan Cik Sue nak berlama-lama lepak makan maklumlah dengan anak kecik kan.



Haaaa ni satu lagi yang menarik untuk korang penggemar durian,ada durian di sediakan,makanlah sampai kepanasan,pastu terjun dalam kolam ehhhh jangannnn heheheh tak boleh bawa balik makan je sepuas hati kat sini ye hehehehe.


Oh ya,tahun ni Cik Sue tertarik dengan menu Vietnam di sini ,ada spring rolls dari vietnam ni alaaa yang ada udang n mihun kat dalam tu,eh mihun ke suhun ntah,dah lama juga nak cuba makanan ni,akhirnya merasa juga,sedapppppp sosnya memang kena dengan rolls ni,inti pun dari bahan yang segar,puas hati sangat dapat rasa.

sate sedap,isi lembut kuah dan nasi impit yang ngam,humaira pun makan nasi impit ngan uah kacang.

haaaaa ini la bendanya Cik Sue dok meratah kikiki...

Okey kalau korang nak tempah atau beli vocer awal early bird kata orang sebelum 30 April tau,dapat potongan harga la.

Harga :
Dewasa Rm188
Kanak-kanak Rm 110

Harga Early Bird sebelum 30 April 2018
Dewasa Rm150
Kanak-kanak Rm100

Untuk tempahan boleh hubungi : 

Tel : 011-42142311 (En Nazri)
Emel : sales4@pullmanputrajaya.com


7 comments

  1. semua sedap2 kan.. teringat kambeng dia.. wahh nyum2..

    ReplyDelete
  2. Meriahnya..
    Best juga dapat lepak kat situ kan?

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa suasana dia kaksue. Pilihan makanan pun banyak

    ReplyDelete
  4. meriahnya menu!!! dan durian tu memang terbaikkkk!!

    ReplyDelete
  5. Teringin nak pergi Pullman ni.. dulu dok Putrajaya xde byk pilihan lg.

    ReplyDelete
  6. waaa..bestnya kalau berbuka puasa di pullman..ada durian tu. permandangan di situ pun cantik. ..

    ReplyDelete
  7. nampak menarik tempat dia..makan pun best je..layan

    ReplyDelete