Tema Studio Jalan Ampas di Buffet Ramadhan Puri Pujangga,UKM Bangi.

Kali pertama sebenarnya Cik Sue jejak kaki masuk dalam UKM ni,luas rupanya dan ada macam-macam kemudahan.Dan salah satunya Hotel Puri Pujangga,dekat je dengan pintu masuk di simpang empat besar tu.Nak senang masuk pintu gerbang UKM tu ambil simpang kekiri yang pertama dan tanya pengawal kat situ,mesti jumpa.



Buffet Ramadhan 2018 Hotel Puri Pujangga di Begonia Coffee House kali ni berkonsepkan kegemilangan industri filem melayu era Studio Jalan Ampas.Masuk je ruangan makan dah terasa mengimbau kenangan dengan halwa telinga lagu-lagu filem Tan Sri P.Ramlee,sesuai dengan susun atur hiasan di dalamnya.





Ruang makan yang luas,susun atur meja kerusi yang kemas dengan jarak yang sesuai sangat menyenangkan hati Cik Sue,tak de la bila nak ambil makanan berlaga-laga dengan orang lain.Oh ya, surau dan bilik air juga selesa untuk pengunjung.Suraunya kena naik tangga di tingkat atas ye.Parking juga mudah, di hadapan bangunan hotel ini.

Hidangan Tradisi Memikat Selera



Tahun ini Hotel Puri Pujangga mengketangahkan Asam Pedas Claypot yang di hidangkan panas-panas apabila kita nak makan,maknanya nak makan baru dia masakkan untuk kita,haaaa barulah sedapkan.Antara menu lain yang menarik selera Cik Sue adalah pajeri terung yang di hidangkan,rasanya 3 kali juga Cik Sue ulang ambil,ratah pun dah sedap,cukup rasa kuah pajerinya.Dan Ikan Bakar Palembang yang di hidangkan juga sangat memikat selera tekak Cik Sue ni,cicah pula dengan sambal kicap atau kicap cili,memang menambah Cik Sue makan hari tu.Tak kira malu dah,bawa je pinggan tambah nasi dan lauk.

Ayam Percik
Asam Pedas Daging
Ikan Bakar Palembang



Pajeri Terung
(Korang kena cuba yang ini!)

Kuey Tiaw Goreng Daging
Yang ni pun antara yang sedap di buffet ramadhan Cik Sue pergi.

Sup Tulang


Pilihan Ikan Bakar dan Sambal Pencicah
Set sate ayam dan daging




Ni pula menu wajib buffet ramadhan la kan,kambing golek tapi di sini di hidangkan dengan nasi arab siap dalca dan kuah blackpeppernya.Oh ya,Cik Sue ni memang peminat dalca,samada beli atau buat sendiri memang suka,dan dalca kat sini memang sedap,cukup rasa.Hidangan barat seperti pasta dan lain-lain pun ada kalau tak mahu makan nasi ye.




Untuk pengetahuan korang hidangan bufet di Begonia Coffee House menghidangkan menu yang berbeza setiap hari dalam seminggu ,jadi tak sama ye setiap hari menu-menunya. Antara menu-menu yang dihidangkan adalah Nasi Minyak, Nasi Jagung, Nasi Arab, Ayam Kerutup, Daging Rendang Minang, Daging Dendeng,Udang Butter,Kambing Masala, Ayam Percik Jalan Ampas, Udang Sambal Petai, Kambing Masak Briyani dan bermacam-macam lagi.

Konsep gerai di gunakan untuk memudahkan korang memilih makanan dan menepati tema mereka yang mana  terdiri daripada gerai sup, bubur lambuk, gerai nasi briani, gerai satay, gerai ikan bakar, gerai roti dengan pilihan roti canai, murtabak, roti john, gerai pelbagai jenis makanan bergoreng seperti keropok lekor, goreng pisang, cucur bilis, gerai ais kacang. Turut serta adalah hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang, Ais Krim Goyang dan bermacam-macam lagi!



Pemanis mulut memikat selera



Hidangan pemanis mulut yang di hidangkan di sini menggabungkan menu tradisi kuih-kuih tradisional dan manisan moden.Macam-macam ada untuk di nikmati pelanggan.Yang Cik Sue terkam dulu mestilah serawa durian hehehehe,kegemaran selamanya. turut dihidangkan juadah manisan seperti buah-buahan tempatan, Kuih Bingka Ubi, Pulut Panggang, Kuih Lopes, Lepat Pisang, Sagu Gula Melaka, Kuih Koci, Apam Gula Hangus, Puteri Ayu, Kuih Lompang, Kuih Lapis, Kuih Talam Keladi, Kuih Ketayap, Agar–Agar Cendol, Agar–Agar Sirap, Cream Caramel, Strawberry Jelly, Puding Kastard, Fruit Tartlet, Tiramisu in Cup dan Bread Butter Puding.Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah Air Kurma, Air Bandung, Air Soya, Air Jagung, Air Tebu, Iced Lemon Tea, Nescafe Tarik & Teh Tarik.














Jom layan video ni : 





Begonia Coffee House menawarkan Pakej Berbuka Puasa dengan harga :

RM70.00 nett seorang untuk dewasa
RM35.00 nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun.
Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma.

Makanan dihidangkan secara buffet mula dibuka daripada jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam. Pakej berbuka sempena bulan Ramadhan ini akan bermula pada 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Khaila Khalid
Pengurus Operasi
HOTEL PURI PUJANGGA
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor DarulEhsan
Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443
Mobile: +6017 699 2437 Faks : +603 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my Website: www.puripujangga.com.my

6 comments

  1. bakpo la g tayang pagi2 ni..tgk gambar sero nak jilat monitor pc..hihi

    ReplyDelete
  2. adehhh berbunyi perut tengok makanan ni.

    ReplyDelete
  3. Tema pun dah memarik. Apatah lg tgk menu2 dia... laparnya perut ni

    ReplyDelete
  4. nasi jagung..apa rasa..aduh malam-malam tengok makanan..lapar..haha

    ReplyDelete