Buffet Ramadhan 2018 di Bangi Golf Resort,Bangi : Pilihan Ramai.

Bangi Golf Resort setiap tahun pasti menjadi pilihan Cik Sue untuk Buffet Ramadhan.Nak tahu kenapa? jom baca apa yang Cik Sue nak share dengan korang.



Menu terbaik berbaloi dengan harga.

Tahun ini buffet ramadhan mereka bermula dari 19 Mei hingga 13 Jun 2018,menghidangkan lebih 200 menu setanding hotel mewah terdiri dari pelbagai menu hidangan Melayu,Barat dan Timur.Dengan harga sekitar RM59 sahaja memang berbaloi dengan apa yang korang bayar tau,tak menyesal la bila lihat menu-menunya.Malah BGR telah di sahkan HALAL dan di iktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor pada 2017.Jadi jangan ragu-ragu datang dan makan hidangan terbaik dari chef-chef hebat.

menu wajib buffet Ramadhan -kambing golek
Sup Kambing Mamak



Kambing golek yang lembut dan juicy.

Stesen menu kambing golek pastinya menjadi tumpuan di setiap buffet Ramadhan kan? di BGR ni yang special adalah sup kambing mamaknya,memang sedap,Cik Sue pun akan pilih makan cicah dengan roti,kambing golek di sini juga sedap perapannya,daging yang masih berjus.Selain itu terdapat juga sate,ikan bakar,daging bakar serta ayam panggang.

Hidangan barat yang menjadi trademark dari dulu sampai sekarang pastinya Sous Vide Eggs dengan Espuma Mushroom yang Cik Sue dapati hanya di hidangkan di sini.Ia telur separuh masak dengan sos tersendiri,unik.Selain itu lasagnanya memang tak rugi untuk di cuba tau,ada juga pasta-pasta lain dengan sos bolognese dan carbonara.

Antara menu lain ialah hidangan melayu tradisi dengan pelbagai pilihan nasi seperti nasi kerabu,lauk pauk tradisional yang terbaik.Ayam masak merah,gulai dan pelbagai lagi yang tak larat Cik Sue nak sebut hehee korang kena datang ye.Hidangan ala Chinese Food juga tidak ketinggalan,seperti Nasi Ayam Hainan,yang sedap dan lembut ayamnya,Daging  Blackpepper,Fillet Ayam Goreng dengan sos mentega,sayur sos tiram dan banyak lagi.







Pening nak pilih hidangan pencuci mulut.


Mabuk rasa tengok hidangan pencuci mulut kat sini,banyakkkkkk sangat.korang nak apa ,sebut je Insya Allah ada.Dari barat sampai ke timur,dari tradisional sampai ke moden,semua menggoda tekak tau.Ada Churros sdap dengan soso coklat pekat bagaikan di Sepanyol gitu hehehe.Gelato bungan kantan yang unik,pelbagai agar-agar dan puding semua ada.Malah rambang mata nak pilih Salted Caramel Brownies,Bandung Lychee Cheese Cake,Pina Colada Cheese Cake,Blueberry Creme Brulee Cake.Talas Salted Corn,Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol Mousse. Haaaaa nama pun dah macam-macam tak tersebut kan.Makan la sepuas hati ye.Kuih-muih tradisional pun apa kurangnya dengan bubur,goreng-gorengan,kuih-kuih basah semua tersedia untuk korang nikmati.


Oh ya,lupa lak nak bagitau,BGR juga sediakan durian dari dusun mereka sendiri tau kalau nak buat tempahan pun boleh ,Musang King RM110/kotak dan D24 dengan harga RM55/kotak,kalau nak tempah boleh ke link www.bgrrest.com/product/durian/








Pilihan Cik Sue kali ini.

Kali ni Cik Sue terpikat dengan kiosk hidangan Nasi Kerabu kat sini,Memang cukup lengkap setnya,ada bermacam kerabu,ada ikan kering goreng,keropok dan rencah nasi kerabunya cukup lengkap dengan sambal tumis yang menjadi kegemaran Cik Sue dan Mr D.setengah nasi kerabu tak de kuah tumis tu hanya gaul dengan kelapa dan sambal ikan je,tapi bagi CikSue nasi kerabu ada sambal tumis baru la lengkap,jenis pulak tak makan nasi yang kering tak berkuah haruslah ada tau.Katanya ulam-ulaman dan bunga telang untuk birukan nasi tu semuanya di tanam sendiri oleh pengurusan BGR,segar dari kebun.Makan nasi kerabu bila setnya lengkap baru la ngam,kena ada solok lada,teur masin,keropok ikan,asam limau,sambal kelapa,sambal ikan,budu,kuah tumis,sambal cili,barula namanya nasi kerabu.Yangbestnya kat sini di hidangkan juga dengan pelbagai kerabu seperti kerabu perut lembu,kerabu kacang botol,kerabu mangga,wahhhh memang menambah selera la.






Hidangan lain yang menjadi pilihan Cik Sue juga Laksa Sarawak dan Mix Fruit Triffle.Laksa Sarawak tu bagi Cik Sue ok dah cuma kalau kuah pekat lagi memang cun,tapi dah ok untuk tekak,tahun-tahun lepas takde rasanya.Mix Fruit Triffle tu pulak kawan semeja yang ambil dan Cik Sue tumpang rasa,wahhh memang sedappppp,Cik Sue ni payah sikit nak suka manisan-manisan macam ni,kurengg sikit,tapi yang ni sangat sedap,korang cuba tau.

Mix Fruit Triffle

Laksa Sarawak.

my nasi kerabu plate.


Lokasi dan Kemudahan yang sesuai untuk keluarga.


Cik Sue suka datang sini yang paling penting parking senang,luas dan banyak,lebih 800 lot parking tersedia,dari parking pula tak jauh pun nak jalan ke dewan tempat makan.Mudah juga untuk bawa stroller anak sebab ada laluan yang di sediakan , dewan tempat makan dan ambil makanan pun luas,mudah untuk lalu-lalang.Lokasi BGR yang jauh sikit dari laluan utama Bandar Baru Bangi membuatkan mudah untuk masuk ke kawasan ini,tak sesak sangat la tambah-tambah waktu puncak untuk berbuka puasa.

Surau dan tandas juga mudah di akses serta bersih.Satu lagi Cik Sue suka ada kawasan drop off di depan pintu masuk,mudah suami atau ayah-ayah nak bawa kereta dan ambil keluarga terutama waktu hujan yang bawa anak kecil payah sikit nak ke parking,jadi tunggu je depan lobinya.

Bagi Cik Sue berbaloi sangat bawa keluarga dan kawan-kawan berbuka puasa kat sini,kemudahan yang lengkap dan ruang makan yang selesa, hidangan menu pelbagai dan banyak,sesuai dengan harga dan nilai yang korang bayar.


Harga : 
RM59 nett -Dewasa
RM29.50 nett - Kanak-kanak

No Tel (Tempahan/Pertanyaan) : 1700818557


Bangi Golf Resort Restaurant 
No 1,Persiaran Bandar,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor.

Email : sales@bgrrest.com
Web : www.bgrrest.com
Facebook : www.facebook.com/bangigolfresort/
Instagram : www.instagram.com/bangigolfresortofficial

3 comments

  1. sdak nyo la..cik sue blanjo la cik nor..hihi

    ReplyDelete
  2. tahun ini yanie xdapat join mana2 food review utk ramadhan huhu.. mampu baca entry kekawan jew.. sedap lak tgk tu gambar2 makanan yg kaksue amik ni...

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan kan Sue, sampai rambang mata. Harga pun berbaloi sangat..

    ReplyDelete