Shatavari terus jadi teman setia penyusuanku.

Alhamdulillahhhh,Humaira dah setahun 5 bulan dan masih menyusu susu ibu.Orang kata bukan mudah perjalanan menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya tambahan nak cukupkan tempoh 2 tahun seperti sunnah.Dan bukan semua yang di kurniakan rezeki susu badan untuk anak mereka,rezeki masing-masing.Syukurlah bagi yang berpeluang,ada yang terlebih sampai 4 tahun,ada yang 6 bulan sahaja.Tak pe,bukan wajib pun,buat ikut kemampuan sendiri.Tak mampu ,tak de rezeki kita ikhtiar cara lain.


Cik Sue pun bukan goyang kaki je,usaha macam-macam juga nak banyakkan susu,tambahan humaira tak mahu langsung susu formula,dia boleh minu guna botol tapi kalau buh susu formula memang dia campak je la jawabnya.Nak tak nak Cik Sue kena usaha la,kekalkan susu supaya cukup.Banyak aspek kena jaga,antara tips yang Cik Sue dapat dari kawan-kawan dan jururawat:

1. Minum air banyak.
Tips ni la yang selalu Cik Sue kena tegur,payah betul nak minum air masak sekurangnya 3 liter sehari.Selalu juga kena bebel dengan jururawat bila checkup bulanan.Air kena banyak sebab nak bagi susu banyak la,lagi satu nak bagi elok buah pinggang.

2. Waktu makan kena jaga dan makan makanan seimbang.
Ni pun Cik Sue masalah juga,yang selalu skip sarapan la,bangun subuh selalu tidur balik bila susukan anak hehehhe malam-malam berjaga buat kerja.Tapi part makan seimbang tu Insya Allah boleh usahakan sebab sayur memang wajib la,tak de sayur kurang selera makan hehehhe.

3. Cari milkbooster sendiri.
Yang ni terpulang kepada diri masing-masing,ada orang ada makanan tertentu yang akan jadi milkbooster masing-masing cthnya kopi,milo,lobak putih.Korang boleh cari di internet apa makanan yang menggalakkan susu jadi banyak.Mcam Cik Sue,kalau makan jantung pisang,lobak putih,peria haaaa ada rasa pertambahan kuantiti susu.Pernah juga la kena masanya sampai bengkak susu.

Selain itu Cik Sue amalkan juga makanan tambahan atau supplement salah satunya Shatavari ni.Mula amalkan dari Humaira umur 9 bulan bila dah cuba macam-macam susu formula dan dia tetap tak mahu.Mula dari situ Cik Sue dah mula risau takut tak cukup stok susu badan tuk dia,dah la berat naik perlahan.Masa tu agak stress juga la fikir,oh ya ibu menyusukan tak boleh stress-stress tau.Alhamdulillah ada kawan kenalkan Shatavari dari Rangkaian Produk Himalaya ni,serasi pulak dengan Cik Sue,jadi terus la amalkan sampai sekarang.


Apa yang Cik Sue suka produk ni ia 100% Vegetable Capsule dan tiada bahan campuran lain ,semata-mata asparagus racemosus (shatavari) sahaja.Jadi ini adalah herba dan tiada bahan kimia,kiranya selamat untuk ibu dan anak serta tubuh badan ye.Cuma tu la tak boleh simpan lama,kalau dah buka kena makan a dan habiskan,produk herba gini mudah rosak kalau simpan lama,sebab tiada bahan pengawet tapi ok la kan baik untuk kesihatan.


Produk herba Shatavari ni kalau korang nak tahu dah di gunakan beribu tahun dalam perubatan Ayurveda di India.Khasiat lainnya ia menyeimbangkan hormon badan wanita selepas bersalin,ye la kan perubahan hormon lepas bersalin bukan sikit-sikit tau untuk wanita.Banyak perubahannya,nak pulihkan kesakitan dan luka lagi.Shatavari ni sangat membantu.Bagi Cik Sue bila makan produk ni kurang sikit sakit badan tambah-tambah waktu susukan anak,boleh krem kaki betis kalau dah berjam-jam si kecik menyusu tau.Jangan ingat baring susukan anak boleh rileks rehat tau,badan dalaman tetap bekerja.


Insya Allah ,Cik Sue akan terus amalkan selagi tak memudaratkan.Produk ni banyak membantu Cik Sue lepas bersalin,korang kalau nak dapatkan boleh kunjungi farmasi berdekatan atau outlet Himalaya Wellness di pasaraya berdekatan ye atau pun dapatkan info di link kat bawah ni.Jangan risau produk Himalaya halal ye.

Fb Page Himalaya : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia

Instagram Himalaya : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

p/s Produk Himalaya memang kebanyakan 100% herba ,memang terbaik,tak de bahan kimia.

4 comments

  1. Memang bagus Shatavari ni, sangat membantu meriahkan susu badan.

    ReplyDelete
  2. nanti boleh war-warkan kat anak saudara yg stress sbb susu badan kurang..

    salam dari umifuzy.com

    ReplyDelete
  3. Bagus produk mesra organik, tiada campuran bahan kimia terlarang...bagus milkbooster ni bantu ibu2 utk kekal maintain susu badan.

    ReplyDelete