McDonald's Malaysia meraikan anak yatim dan asnaf berbuka puasa.

Alhamdulillah dan tahniah kepada McDonald's Malaysia semalam berjaya meraikan lebih 500 anak-anak yatim dan asnaf dari 12 rumah kebajikan dalam Majlis Berbuka Puasa di Masjid Kampung Raja Uda,Klang.Pertama kali juga Cik Sue terlibat dan hadiri majlis semeriah dan seramai ini.Majlis yang di anjurkan oleh McDonalds Malaysia sebagai aktiviti dalam Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Slangor (MAIS),Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berlangsung meriah dan lancar walaupun dalam hujan lebat sebelum waktu berbuka tu.


Selain meraikan anak-anak yatim dan asnaf berbuka puasa,majlis ini juga untuk menyampaikan sumbangan kepada rumah-rumah dan persatuan anak yatim yang di jemput.Setiap rumah atau persatuan menerima RM10,000 dari RHMC manakala anak-anak menerima RM20 seorang menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130,000 semuanya.

Bagi Cik Sue bila menghadiri aktiviti sebegini memberi peluang untuk mendekati dan bertanya khabar anak-anak ini,kadang-kala bukan makanan mewah dan pakaian cantik yang mereka dambakan tapi orang-orang yang sudi bertanya khabar dan bercerita dengan mereka,ambil tahu keadaan mereka.Cik Sue sempat juga berbual dengan beberapa anak-anak ini,mereka datang dari pelbagai latar belakang dan tempat,dan pelbagai cerita bagaimana mereka boleh tinggal di rumah-rumah anak yatim,sangat menyentuh hati Cik Sue.Tapi mereka sangat baik dan peramah malah sangat menghormati orang lain.Sesekali kena juga lembutkan hati dan bersihkan hati kita dengan aktiviti gini kan,sekurangnya belajar bersyukur atas apa yang kita ada berbanding mereka yang kekurangan.



Majlis di hadiri tetamu kehormat Setiausaha MAIS YBhg Dato' Bakhtiar Bin Hussin dan Pengarah Urusan dan rakan kongsi tempatan McDonalds Malaysia,Azmir Jaafar.Dimana Dato Bakhtiar semasa berucap gembira dapat bersama para penganjur meraikan dan menggembirakan anak-anak yatim ini di bulan Ramadhan.


Sebelum para hadirin dan anak yatim serta asnaf di jamu dengan jamuan berbuka,majlis menyerahkan sumbangan berlangsung dengan penyerahan replika cek kepada 12 buah rumah yang terlibat.Tergambar kegembiraan di wajah mereka yang menerima dan anak-anak yang di raikan itu.








McDonald's Malaysia Milik Syarikat Tempatan.



Untuk makluman semua McDonalds Malaysia di miliki oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB) yang mengendalikan rangkaian restoran ini di seluruh Malaysia dan di kendalikan oleh individu Islam yang merupakan pemegang saham terbesar.Mereka juga telah melaksanakan kewajiapan membayar zakat bagi membantu golongan yang memerlukan dan tahun lepas nilai zakat mereka mencecah RM1 Juta.Korang juga boleh membaca kenyataan status Halal mereka di SINI

Mereka komited dalam aktiviti kebajikan seperti menyumbangkan tajaan moreh untuk surau-surau dan masjid,hampir 26 IPT dan agihan kurma dan air di stesen-stesen LRT terpilih.Teringat Cik Sue zaman bujang-bujang dulu tinggal di Shah Alam,lepas terawih memang ada je sumbangan makanan dari mereka untuk moreh kadangkala hampir setiap malam.




Selepas majlis penyerahan sumbangan kami sama-sama menunggu waktu berbuka dan dijamu dengan kuih-muih serta bubur lambuk.Kemudian solat maghrib berjemaah ,barulah kami menikmati hidangan dari katering yang di sediakan.Makanan yang di hidangkan memang terbaik,menu semua sedap-sedap,bertambah-tambah kami makan.Lauk-pauk tempatan memang memikat selera.




Pertama kali cuba Nasi McD.


Selain hidangan menu tempatan kami juga di jamu Nasi McD yang baru di lancarkan pada 10 Mei lepas.Sesuai untuk yang mahukan nasi untuk berbuka puasa dan nak cepat,korang boleh dapatkan di restoran-restoran mereka.Hidangan nasi yang di sajikan dengan sambal isimewa dan pilihan samada telur rebus,ayam goreng McD atau dua-dua sekali,menu ni jugak korang boleh tambah Teh Ais Limau dengan harga istimewa.Bagi Cik Sue sedap juga menu baru ni tambah-tambah makan dengan ayam goreng yang pedas-pedas sikit tu,ngam pula dengan sambalnya.Dan portionnya agak mengenyangkan untuk perut biasa-biasa macam Cik Sue ni.Korang jangan lupa cuba ye.








































Terima kasih sekali lagi Cik Sue ucapkan kepada penganjur atas jemputan ini,sangat memberi pengisian dalam bulan Ramadhan dan ini pertama kali berbuka di masjid lepas berkeluarga heheh.Insya Allah selepas ni akan terapkan aktiviti begini kat Humaira pula,ini pun satu nilai murni juga kan.

Untuk korang yang nak tahu aktiviti Persatuan Ronald Mcdonald's Malaysia boleh klik link di bawah ye,aktif sangat diorang ni,macam-macam aktiviti yang di jalankan untuk kanak-kanak.

Ronald Mcdonald's Malaysia 

5 comments

  1. Terbaik McD !! Ramadan .. bulan yang penuh keberkatan dan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi rezeki . Syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. rezeki di kongsi bersama.

    ReplyDelete
  3. Bagus diadakan program camni, moga diteruskan.

    ReplyDelete
  4. terbaik McD. Semoga teruskan amalan mulia di bulan ramadan ni

    ReplyDelete