Resepi Homemade Sardin : Tak perlu beli sardin tin dah.

Ada penggemar sardin tak sini? Cik Sue la salah sorang tapi bukan hari-hari la makan menu sardin.Teringat masa praktikal dulu ada abang officemate sorang ni suka betul sardin tin tu,tiap-tiap hari pun tak pe,Tapi dia kreatif buat macam-macam masakan,contohnya,asam pedas sardin,masak tempoyak sardin,tomyam sardin,masak kari,masak lemak cili api haaaaa kreatif kan.Cik Sue menumpang makan je la kikiki.

Ni bila dah kahwin,Mr D pun suka sebab dia tak gemar ikan bertulang banyak,ikan sardin kan tulangnya lembut boleh kunyah je heheheh.Selalu rajin gak masa beli stok barang dapur mesti amik setin dua sardin wat stok terutama masamood malas nak memasak,itu la pilihan paling senang.Tapi akhir-akhir ni banyak pulak tengok orang post kat media sosial ada cacing la,kotor la,tak halal la.Kebetulan terjumpa ada yang post resepi buat sediri sardin ni,tak de la 100% sebijik rasanya,tapi hampir la dan kalau pandai ejas boleh jadi lebih sedap tau.



Resepi ni kalau nak sedap dan tulangnya lembut kena guna presure cooker baru boleh makan sekali ngan tulang,tapi kalau takde periuk tu,rebus je ikan ni dulu,so kuah dia rasa sardin gak.Cik Sue buat banyak dalam 15 ekor ikan sederhana.Dapat banyak dan buat stok ,frozenkan dalam bekas untuk sekali makan,bila nak masak amik satu bekas je,senang.Malah tak nak masak balik pun ok,cairkan,makan macam tu je dah ok pun.


Jom tengok resepinya ,ni Cik Sue ambil kat internet dah lupa fb ke page tapi dah minta la nga tuannya :

Bahan :
30 ekor ikan sederhana saiz di buang kepala (boleh guna ikan sardin.mackeral,selayang)
2 sudu kecil sos tiram
4 sudu besar pes cili kering atau cili boh (tak nak pedas boleh kurangkan)
2 sudu besar sos cili
1 tin tomato puri atau boleh di gantikan dengan sos prego bolognese
1/2 cawan air (kalau nak kuah pekat,kurangkan lagi ye)
garam dan gula 

Bahan tumis: (blend halus)
-1 biji bawang besar/bawang holland
-1 inci halis
-5 ulas bawang putih 

Cara :

A)Jika guna pressure cooker
-pilih mode BAKE,masukkan minyak masak sikit,tumis bahan blend.
-Masukkan semua bahan lain kecuali ikan ,gaul rata ,biar mendidih seketika.
-Masukkan ikan,garam dan gula.
-tekan OFF,tutup penutup.
-Letak KNOB di SEAL,tekan menu BEAN/TENDON,tekan start.
-Tunggu sampai masak (bunyi) biarkan sampai sejuk.

B) Jika guna dapur biasa
-Rebuskan dulu ikan dengan garam dan asam keping.
-Toskan.
-Tumis bahan blend sampai naik bau,masukkan sos tiram,sos cili dan cili kering.
-Goreng sampai pecah minyak,masukkan tomato puri,bila dah pekat masukkan ikan dan air.
-Perasakan dengan garam dan gula.



Mudah je kan? SEnang buat banyak-banyak,buat stok,jimat pun jimat tak payah nak beli yang dalam tin dah.Bebas dari bahan pengawet dan bahan kimia lain.Ni boleh juga nanti kalau nak buat masak lemak ke apa ke sama je dengan sardin dalam tin tu,nak lenyek-lenyek buat inti sandwich pun boleh.

Selamat mencuba dan berjimat.
p/s Sardin tin mahal sekarang oiiii lebih dari ayam sekilo hehehheh.

7 comments

  1. Nampak sedap tu sue..malanganya akak takde pressure cooker..kena ada satu ni kan..baru best buat sendiri...

    ReplyDelete
  2. masak sendiri cam ni lagi puas ati kan sis...tp tulang dia lembut la ekkk..? nak jgk try kalo rajin pasni..hehehe

    ReplyDelete
  3. guna ike selaye ko ike tambe..hihi..sdapnya wat sendiri..:)

    ReplyDelete
  4. Bagus buat sendiri sardin mana tahu boleh buat bisnes hantar sampai depan rumah.

    ReplyDelete
  5. wah..buat sendiri lagi best kan

    ReplyDelete
  6. jauh lagi sihat dari beli dalam tin.. ni puas pun puas makan kan brapa ekor nak pun boleh..

    ReplyDelete
  7. Buat sendirilah lepas ni.. nangis tengok senarai sardin ade cacing tu 😭😭😭

    ReplyDelete