Serawa Durian Terbaik Tarikan Iftar di Hotel Bangi-Putrajaya 2018

Dah 3 Ramadhan,ada yang masih mencari buffet-buffet untuk berbuka dengan kawan-kawan atau bos suruh korang cari tempat untuk majlis berbuka syarikat.Meh Cik Sue cadangkan,datang sini Hotel Bangi-Putrajaya,Bandar Baru Bangi Insya Allah puas hati tau.Buffet Ramadhan di Restoran Funtasia,Hotel Bangi-Putrajaya berlangsung dari  17 Mei -14 June 2018.


Awal-awal sampai di kiri kanan pintu masuk dah tersedia hidangan bakar-grill dan sup,berkonsepkan " street food" buffet ini menghidangkan pelbagai pilihan menu untuk berbuka.Menu wajib mana-mana buffet adalah kambing golek kan.di sini Cik Sue rekemen korang wajib cuba,sedap sangat daging kambingnya,lembutttt je,tak liat dan tak hamis.ada sate dan Mongolia BBQ juga.Menu sup pula di sediakan Sup Tulang dan Sup Kambing di samping Nasi Ayam dan mee,mihun dan kueytiaw sup dengan campuran daging,paru atau perut,pilih ikut selera korang.










Tarikan Serawa Durian Sedap.

Menu yang paling memikat hati Cik Sue kat sini dan nak suruh korang semua cuba pula.Memang sedap,cukup rasa,sampai Humaira pun habis semangkuk makan dia sorang,biasa payah dia tu nak masuk makanan dalam mulut tau.Cik Sue sampai menambah 2 kali,tak makan dengan pulut pun tak pe,makan serawa saja pun dah perghhhhh rasa nak tapau hehehehe.



Selain tu ada juga kudapan untuk yang dah kenyang tu nak lepak sambil berborak bolehlah layan popcorn ni,sedap jugak humaira dok kunyah sementara ibu menternak lemak ahahaha.




Pelbagai pilihan kuih-muih dan pencuci mulut.

Memang meriah sangat kuih-muih dan pencuci mulut kat sini,macam-macam ada,dari kuih tradisional,kek,puding,air batu campur dan macam-macam lagi la.Rambang mata nak pilih tau,rasa nak kaut je semua.Kuih tradisionalnya sedap-sedap belaka dan macam dok kat kampung pulak,original resepi,memang memikat selera.Buah-buahan dan gerai pasembor juga ada,pasembornya sedap Cik Sue dah cuba.Pilihan pasta dan gyoza goreng juga ada untuk korang cuba ye.Yang sukakan manisan,ABC dan Cendol pun ada juga.











Lauk pauk memikat selera


Bagi yang nak makan nasi pula,jangan risau banyak pilihan lauk-pauk yang pastinya memikat selera korang kat buffet ni.Malah lauk pauk sentiasa panas bila di hidangkan dari atas dapur.






Berbaloikan? Restoran ni di tingkat bawah tau dan surau ada di sediakan di tingkat 2, kat sini parking pun mudah dan banyak, tak perlu risau.Jom la ajak kawan-kawan dan bos korang tu suh belanja heheheh sempena bulan puasa ni kan.

Untuk yang berminat detail seperti di baah dan boleh hubungi pihak hotel ye :

Harga

Dewasa : RM120nett
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM60nett

Tempahan dengan bayaran dalam tempoh 24 jam sebelum akan di beri harga diskaun :
Dewasa : RM 90nett
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM45nett

Untuk tempahan boleh hubungi :
Tel 03-8210222
emel fb_reservations@hotelbangi-putrajaya.com
Web www.hotelbangi-putrajaya.com

FB www.facebook.com/hotelbangiputrajaya
IG www.instagram.com/hotelbangiputrajaya

Hotel Bangi-Putrajaya
Off Persiaran Bandar,43650 Bandar Baru Bangi,Selangor,Malaysia.

4 comments

  1. Sedap semua menu kat sini kan Sue, serawa durian tu memamg sedap..

    ReplyDelete
  2. Huishhh.... Pekat likat kuah serawa dia. Asyikkkkk ni kalau dpt makan cecah roti. Huhuuu

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa ni. dengan roti jala o dengan roti biasa pun da trangkat2..

    ReplyDelete