Set Berbuka Puasa Serendah RM25 di Ramada KLCC, Kuala Lumpur.

Hujung minggu lepas Cik Sue dan keluarga kecil kami sempat berbuka bersama di luar,memandangkan Mr D tak keje hari Ahad je,bolehlah luangkan masa dengan keluarga,tambahan waktu-waktu puncak kesibukan dia dengan kerja sekarang,jarang berbuka dan sahur bersama huhuuu.
Di manakah kami berbuka dengan bajet yang rendah tapi makanan yang sedap? Meh Cik Sue share dengan korang,Cik Sue pun pertama kali sampai kawasan ni.




Ya,kami berbuka di Hotel Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre,yang terletak di Bukit Ceylon.Kalau korang waze boleh taip,Ramada Suites Insya Allah  sampai.Walaupun kawasan ni banyak bar dan pub ,jangan risau berbuka di Restoran Hugo's di hotel ni Halal dan di masak oleh chef melayu beragama Islam.Boleh makan tanpa was-was ye.

Suasana Santai dan Selesa.


Suasana kat sini juga tenang dan santai,sesuai untuk habiskan masa dengan keluarga dan kawan-kawan.Cik Sue suka susun atur dan ruang makannya yang selesa,surau pula di tingkat 10 tapi kena mintak pass atau pekerja hantarkan la sebab private sikit hotelnya.






Menu dalam bentuk set yang sedap 



Konsep makan kat sini tiada buffet ye,ada menu set dan korang order je nak set apa.Setiap set air dan kuih boleh pilih mana yang suka.Boleh telefon untuk tempahan tempat dan order terus nak makan apa,nanti datang dekat nak berbuka pun okey,makanan dah terhidang.Cik Sue juga sebab kawasan ni tak jem dan sesak pada waktu berbuka,dan ada parking luar percuma sebelah hotel ni,kalau parking kat dalam selepas jam 6 petang ada flat rate RM5.Jom tengok menunya.


Ada 5 set yang boleh di pilih :

1. Nasi Beriyani Ayam dengan Sup ayam herba,


2. Nasi Tomato Ayam Merah.


3. Nasi dengan Sambal Udang dan Sayur.


4. Nasi Kerabu Ayam Percik.


5. Nasi dengan Ikan Merah Asam Pedas Sayur Bendi.


Setiap set ni korang boleh pilih nak air apa ye antara Sirap Bandung dan Teh Tarik,begitu juga dengan kuih ,boleh pilih antara Samosa dan Murtabak Daging.Kurma dan Buah potong di beri percuma.



Pilihan Cik Sue ? semua sedap-sedap sebab Cik Sue berkesempatan cuba semua,tapi yang paling memikat hati ni dan terlekat rasa kat tekak sampai balik pun teringat adalah sambal udang tu,korang patut cuba ye.Cik Sue sangat-sangat rekemen korang sambal udang,memang terbaik,rasa nak mintak tapau lak hehehhe.

Memang berbaloi dengan harga RM25 satu set/dulang tu,masakan memang tio top.Sesuai untuk korang yang suka makan simple macam ni dan tak suka bersesak di buffet yang ramai orang,kat sini nak dating laki bini pun best tau,romantik pulak rasa.Ataupun penat-penat balik shopping di pusat bandar Kuala Lumpur tu dan dan rileks sikit dari kesibukan manusia bolehlah berbuka kat sini,call dan tempah awal-awal ok.

Set ni di hidangkan bermula 17 Mei hingga 14 June 2018 dari pukul 6 petang hingga 8 malam,untuk tempahan dan maklumat lanjut seperti detail di bawah ye :


Harga 1 set : RM25
Tempahan : 03-23869288 xet 9218
Email : reservations@ramadaklcc.com
Alamat : No 1,Lorong Ceylon,Bukit Ceylon,50200 Kuala Lumpur,
Waze : Ramada Suites

5 comments

  1. sedapnya menu dia, bangkit selera

    ReplyDelete
  2. Salam kak sue😊
    Set no 5 tu cam best. Ssuai dgn yaya ni. Ikn pun fevret. Umpp dapnyeee 😍

    ReplyDelete
  3. Ayam masak merah tu memanggil-manggil.

    ReplyDelete
  4. uuish tengah2 hari kite scroll nampak makanan hehe..

    ReplyDelete
  5. menarik... tambah pulak area sna ssh nk jumpak harga yg mcm ni kan.. nice

    ReplyDelete