Jom Menang RM10,000 dengan Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold oleh Seraimas Herb.

Korang pernah dengar pasal Jus Hidayah Gold tak? glamer juga kan,selalu menjadi penaja rancangan-rancangan di televisyen.Cik Sue pernah la rasa jus ni sebab abah ma pernah beli dan cuba,sedap dan Alhamdulillah beri kesan positif juga kepada kesihatan ma abah,cuma Cik Sue tak pasti diorang masih amalkan ke tak? tak periksa pula balik hari tu heheheh.


Jus ini mengandungi kombinasi Raja Segala herba seperti Madu, Buah Tiín, Kismis, Kurma Merah, Apricot, Delima, Lada Pintal, Cengkih, Kunyit, Buah Pala, Senduduk Putih, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Mengkudu, Teja Lawang dan pelbagai lagi bahan semulajadi ini mempunyai kebaikan dan khasiat luar biasa untuk kesihatan tubuh badan dan mengatasi segala macam penyakit.
Jus ni dapat membantu pelbagai masalah kesihatan. Tidak terhad kepada penyakit ringan sahaja, Jus Hidayah Gold juga dapat mengatasi penyakit serius atau kronik seperti penyakit kanser, diabetes, darah tinggi, gout, SLE (systemic lupus erythematous), angin ahmar, migraine, buasir, denggi, masalah usus (gastik atau sembelit) dan sebagainya.

Duta Jus Hidayah Gold 



Haaa korang kenal tak duta jus ni? ni la Imam Muda Asyraf ,Juara muism pertama Program Imam Muda tu.Dia memang terkenal dah sekarang dengan kerja-kerja dakwah dan hos rancangan tv,salah satunya program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.
Dan Imam Muda Asyraf pun mengamalkan jus ni untuk kesihatan yang lebih baik katanya.

Peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold


Haaaa ni ada berita baik untuk korang yang nak cuba jus yang penuh dengan khasiat ni atau yang memang pengguna jus ni,ada peluang memenangi hadiah lumayan dengan wefie je,alaaa bergambar ramai-ramai tu ala-ala selfie tapi selfie tu sorang-sorang,ni nak ramai-ramai.




Mana la tahu rezeki bulan-bulan Syawal ni kan,tuah tak nampak tahu-tahu dah dapat eh hehehe.
Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018 ini. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018.

Macam mana nak sertainya,mudah je :

-Beli Jus Hidayah Gold

-Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti

-Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold

-Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my

-Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.

-Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan dan jangan lupa guna hashtag #WefieRayaJusHidayahGold tuk penyertaan ye.

Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)

Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.

Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.

Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.

Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam

Jom korang sertai ramai-ramai mana tahu tuah milik anda ,dan korang boleh dapatkan Jus Hidayah Gold di :

-Toko-toko Jamu berhampiran
-www.seraimas.my
-Facebook Seraimas HQ.






Seraimas Herb


Jus Hidayah Gold ni adalah salah satu produk keluaran Serai Mas Herbs Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2005 oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Syarikat, Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akhbar dan beroperasi dari Labis,Johor. Menyedari hakikat bahawa sektor makanan tambahan bagi tujuan kesihatan dan juga produk kosmetik serta kecantikan amat menggalakkan, maka syarikat ini mula beroperasi dengan menyediakan pelbagai rangkaian produk yang bermutu tinggi.

Syarikat ini mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Pertanyaan boleh hubungi talian: 
+6012-7848364

Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs


10 comments

  1. kna cuba ni..mana thu rezeki..:)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba, tak sangka ada 23 herba dalam dia..banyak khasiat ni..nak joinla contest dia..ehhee

    ReplyDelete
  3. haa... nie yang lagi semangat nak berwefie nie

    ReplyDelete
  4. Banyak rupanya produk Serai Mas ni. Best juga peraduan ni. Manalah tahu ada rezeki kan.

    ReplyDelete
  5. Dulu tiap kali buka tv selalu dengar lagu jus hidayah gold ni. Sampai melekat. Dan kenal produk ni

    ReplyDelete
  6. pehhh syok gila hadiah kan kak... boleh join sekaki wefie dgn yg lain..hehehe...jom wefie dan menang hadiah bernilai rm10k!

    ReplyDelete
  7. jomlah kita beli wefie sambil rasa sihat dan cantik and menang gold bar 20g !

    ReplyDelete
  8. nak try la contest ni..mana tau rezeki menyebelahi kan..

    ReplyDelete