Odyssey " Dari Lembah Ke Puncak" : Menyuntik Inspirasi.

Sejak-sejak ada si kecik ni,bukan mudah Cik Sue nak mengadap membelek buku-buku macam zaman bujang dulu huhuuu,sapa yang kenal Cik Sue tau la berapa banyak koleksi buku-buku yang ada,sekarang tersimpan je semua dalam almari,sayang wooo.Ada anak kecik ni nak habiskan sebiji buku yang nipis pun berhari-hari,tapi kalau best gagah juga baca sambil-sambil susukan anak tu.
Dan sejak-sejak berganjak umur makin bertambah ni,dah tak minat novel-novel fiksyen cinta khayalan berbunga-bunga terawang-awangan tu.Cik Sue banyak memilih buku-buku yang memberi inspirasi, motivasi, keibubapaan, rumahtangga dan kewanitaan.Selari la dengan usia kan,mencari bahan bacaan yang lebih bermanfaat daripada sekadar hiburan , tambah-tambah yang menaikkan semangat bila macam-macam masalah muncul dalam hidup.

Jangan tak tahu,dengan membaca kita boleh menaikkan kembali semangat yang merudum dalam hidup , mencari panduan dalam menyelesaikan masalah seharian, melalui pembacaan kisah hidup mereka-mereka yang berjaya boleh kita jadikan inspirasi dan tauladan.

 Odyssey "Dari Lembah Ke Puncak "

Mula-mula buku ni sampai di tangan,Cik Sue tak terus membacanya,letak je "tersebekkk" atas meja je.Melayan sibuk dengan kerja seharian dan layan anak lepas 2 hari baru tergerak nak belek.Mula-mula sekali pastinya Cik Sue akan baca senarai isi kandungan, kemudian terus terpaku dan melekat buku tu kat tangan.Yeee ini jenis buku yang Cik Sue suka, kisah hidup orang berjaya, penulisan berbentuk  penceritaan kisah dari kecil, pahit maung susah senang kehidupan, kenangan memang membuatkan Cik Sue teruskan pembacaan.



Buku yang mengisahkan perjalan menuju puncak kejayaan dalam hidup dan perniagaan pasangan Zaidi Yusoff dan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly iaitu pemilik ZY PHYTO TECH INDUSTRIES. Empayar perniagaan yan di usahakan bermula dengan hanya RM3000 kini bernilai hampir RM30juta. Dan kejayaan ini tak datang bergolek semudah itu sahaja,ia memerlukan satu keazaman yang tinggi untuk mencapainya.

Banyak pengajaran, tauladan dan panduan yang boleh kita ambil dan gunakan dari pasangan ini ,buku setebal lebih kurang 180 muka surat ini sarat dengan perkongsian kisah hidup mereka membina empayar perniagan yang kini terus berkembang pesat.Bukan mudah ye perjalanan mereka,banyak halangan dan ujian sebelum beroleh apa yang ada hari ini.

 Rezeki Allah bagi bukan semua hak kita

Benarlah sedekah itu pembuka pintu rezeki, apa yang di amalkan oleh pasangan ini seharusnya di jadikan contoh.Mereka tidak melupakan orang lain yang memerlukan lalu berkongsi apa yang mereka ada.Lebih banyak yang di beri,Allah pasti membalas dengan lebih lagi.Ganjaran untuk mereka bila tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik , apa yang mereka perolehi di kongsi dengan tertubuhnya Yayasan Qaseh ZY Phyto yang banyak menjalankan aktiviti amal dan kebajikan.

" Apabila kita di jemput oleh Allah,bukan bisnes yang akan di bawa tetapi amal jariah dan amalan kita.Itu yang sedang kami lakukan dan ia cita-cita akhir kami" -Zaidi Yusoff.


Sememangnya Cik Sue kagum dengan tokoh sebegini yang sesekali tidak lupa tanggungjawab kepada agama dan anak bangsa,malah bila membaca perancangan mereka untuk membantu usahawan-usahawan baru yang tiada modal dan membimbing hingga berjaya,Cik Sue rasa susah nak jumpa orang sebegini hari ini.Malah staf juga di ajak beramal dalam kerja-kerja kebajikan,tak banyak syarikat yang mahu memberi perhatian perkara sebegini,hanya keuntungan yang di fikirkan.Semoga mereka terus istiqamah dalam kerja-kerja amal dan dakwah mereka ini.Bangga juga Cik Sue bila ada anak melayu berjaya sebegini.

 Buku motivasi yang berbaloi untuk miliki

Insya Allah kalau korang baca buku ni,memang banyak benda yang boleh korang ambil untuk jalani hidup,jadikan panduan serta motivasi untuk terus bangkit dan berjaya.Cik Sue sebagai wanita pun jad terinspirasi dengan cerita dan kisah Puan Sharifah Ameelia Akma ni,jadi bersemangat untuk lebh positif dalam hidup walau hanya suri rumah.

" Berjaya atau tidak adalah pilhan kita dan bukan semata-mata ketentuan nasib.Sikap, kepercayaan, komitmen dan keazaman, kita mampu mengubah nasib dan ketentuan kita " 


 Untuk korang yang ingin dapatkan buku ni boleh hubungi :

http://www.wasap.my/601128868898

Berbaloi untuk korang miliki dan bacanya.Hanya RM49.90 sahaja.

korang boleh layari www.zyphyto.com untuk maklumat lanjut syarikat mereka dan apa yang mereka usahakan ye.

8 comments

  1. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

    ReplyDelete
  2. bagus sangat buku ni..pemberi semangat untuk berjaya..nak kena cari ni

    ReplyDelete
  3. jadi sumber inpirasi untuk berjaya seperti mereka.

    ReplyDelete
  4. fiza pun suka baca kisah kejayaan orang berjaya. Rasa bersemangat

    ReplyDelete
  5. kita sama la.
    tidak kpd buku novel, dsbg nyer.
    more to buku cenggini.

    ReplyDelete