Farm In The City : Kenalkan Anak Dengan Haiwan.

Aktiviti pilihan yang biasa bagi  ibubapa bersama anak-anak waktu cuti adalah ke zoo,memang pilihan bijak sebab kebanyakan kanak-kanak memang teruja melihat binatang depan mata kan? Tapi kalau zoo biasa hanya dapat lihat binatang dalam sangkar je,melalui jaring dan cermin.Tapi berbeza dengan Farm In The City di Seri Kembangan,yang berkonsepkan petting zoo,anak-anak dan pengunjung boleh bagi makan,boleh pegang buat main,binatang-binatang ni,menarikkan.Pasti jadi pengalaman baru buat anak-anak.


Cuti Hari Malaysia yang lepas Cik Sue sempat bawa Humaira ikut geng KBBA ke sini,dulu 2015 pernah datang tapi masa tu bujang lagi dan tak de anak,boleh baca SINI ye.Tempat sama pengalaman berbeza,dulu jalan laju sebab badan tengah kurus stamina banyak,sekarang tak sampai separuh pusing dah pancit,sapa suruh gemuk hahahahah,bawa anak pulak haaaa semput nak kejar.Dan meriah kali ni sebab pergi ramai-ramai,seronok tengok gelagat anak-anak dan mereka boleh berkawan,Ni belum sampai separuh ahli lagi ni.


Tapiiiiii tips paling penting pastikan anak cukup tidur dan mood tengah baik,bagi makan kenyang-kenyang,kalau tak jadilah macam Humaira,dah nak balik baru aktif.Masa jalan-jalan dalam tu dia lemau,tak tantrum dan nangis tapi dia mengantuk,malamnya dia tidur lewat jugak dari biasa,bangun pula awal pagi,dalam kul 9 10 pagi pulak waktu tidur dia,haaa jadinya tak de perasaan de layan binatang-binatang kat situ.Dia boleh jalan ,jeling sekali lalu je hahahha adoiiii la anak.DEkat nak habis dan balik baru dia macam teruja dan aktif sikit.Cuma bila sampai kat haiwan yang dia suka baru dia ceria sikit.

Tips penting bawa anak ke Farm In The City 

1. Pastikan pakai pakaian yang sesuai,lebih baik pakai kasut gelap dan jangan pakaian berwarna putih ye,sebab ada sesi beri makan kat binatang,keberangkalian binatang pijak kasut dan kena pakaian korang tu tinggi.Dalam ni juga anak-anak boleh pegang binatang serta bermain dengan mereka memang akan kotor.

2. Datang awal,boleh parking dekat dengan pintu masuk,sebab tengahari kang panas nak berjalan dari parking luar tepi jalan sana,dengan anak-anak lagi.Tapi bila masuk dalam tu redup je.

3. Awasi anak-anak,ada haiwan yang boleh di beri makan tapi tak kenal mana makanan mana jari anak anda,jari jangan leka ye mak-mak bapak-bapak.

4. Sapu apa-apa krim tuk anak-anak yang sensitif kulitnya kang kena serangga la,nyamuk la berbirat pulak,macam Humaira tak pe,kulit kebal hahahaha paling-paling dia garu kejap je,dua tga hari hilang la.

5. Bagi anak tidur secukupnya sebelum pergi,dan bagi makan kenyang-kenyang supaya moodnya elok ye.Baru seronok tengok binatang,kalau tak rugi je masuk.

6. Masuk tak boleh bawa makanan ,jadi bawa duit siap-siap kot-kot dahaga dan lapar nanti,tapi setakat air masak tuk anak tu boleh la bawa.

7. Bawa stroller tuk anak kecil,sian nanti meragam nak tidur kang susah pulak berdukung bagai.


Di depan pintu masuk ada di jual makanan binatang untuk pengunjung beri makan kat dalam dengan harga RM10 sebakul,tapi bila masuk dan jalan-jalan kat dalam ada je lagi jual macam ni ye kat kiosk-kiosknya.Bolehlah beli dan bagi anak-anak suap binatang-binatang tu.

Aktiviti Dan Tarikan Menarik 

Beri makan haiwan,haaa anak-anak memang suka la ni.Boleh sentuh dan berinteraksi dengan haiwan hidup,live depan mata.Macam-macam spesis ada,yang tak pernah jumpa dan tak ada kat Malaysia pun ada kat sini ye anak-anak.Makanan boleh beli atau ambil dari petugas yang menjaga untuk di beri makan kepada haiwan ini,tapi tak boleh bawa sendiri dari luar ye.Dan mak ayah jangan main lepas je anak-anak ,kena pantau juga la,kang terpijak la,tergigit hari la,haru jadinya.


Yang ni tak silap namanya raccon,dia bukan nampak orang pun,main gagau je amik makanan hehehhe

Tortoise gergasi yang dah berumur 35++,Humaira nak naik atas belaang dia weh hahahah suh bagi makan takut apa laaa..

Yang ni memang dia suka la,spesis beburung,itik ayam burung-burung terbang,itu feveret dia

spesis kambing boleh masuk bagi makan,kami tak masuk sebab agresif nau diorg ni pantang nampak
bekas makanan,risau Humaira terlenyek dah la cenonet je dia hehehe...

ralit dia dok tengok ikan siap jerit-jerit bila ikan makan makanan dia tabur heheh tak pernah tengok ikan begini

bagi makan rusa

Antara aktiviti lain,korang boleh bawa anak naik kuda atau pony ride yang di sediakan,tapi ada waktu-waktu dia la.Selain tu ada Longkang Fishing di mana anak-anak boleh sauk ikan sendiri dalam longkang macam  kita kecil-kecil kat kampung.Ada juga persembahan burung kakak tua,siap ada show dan lakonan lagi tau,jangan terlepas memang menghiburkan.









Ada juga Alpaca yang di datangkan khas dari Eropah,haaa foreigner ni hehehee...Bulu dia cantik weh,hensem juga,boleh sentuh secara live ye dan haiwan ni dok dalam aircond tau maklumlah tempat asalnya sejuk tak macam Malaysia yang panas sejuk panas sejuk ni kikiki.



Harga Tiket dan Waktu Operasi 

Harga Biasa
Dewasa - RM55
Kanak-kanak - RM45
Warga Emas - RM45


Pemegang MyKad
Dewasa - RM37
Kanak-kanak - RM30
Warga Emas - RM30

Kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 90cm adalah percuma.

Waktu Operasi

Isnin - 10.00am hingga 6.00pm
Selasa - TUTUP kecuali cuti sekolah dan cuti am
Rabu - Jumaat - 10.00am hingga 6.00pm
Sabtu & Ahad - 9.30am hingga 6.00pm
Cuti Sekolah & Cuti Am - 9.30am hingga 6.00pm

Untuk maklumat lanjut boleh ke :

Farm In The City
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Sri Kembangan,
Selangor.
Tel : 03 – 8941 2099/3099
Facebook : Farm In The City
Instagram : @FarmInTheCityMalaysia

Jom layan gambar-gambar kami  ye,Humaira yang teruja dalam mamai mengantuk heheheh.





















Nanti nak bawa lagi sekali la minah dia time dia besar sikit dan boleh enjoy dengan aktviti kat sini,tuk anak- anak sekilah rendah memang berbaloi bawa sini sebagai sesi pembelajaran secara langsung selain tengok dalam buku,

3 comments

  1. syookk naaaaumairah tengok haiwan tuu. boleh bawak anak buah min ni jenjalan sini

    ReplyDelete
  2. dekat sangat dengan rumah, tapi tak pernah lagi pergi.

    ReplyDelete