Uppercase Bistro,Amerin Mall : Lepak Santai Menu Sedap

Beberapa minggu lepas Cik Sue sempat habiskan hari minggu bersama keluarga sambil cari barang di mall baru berdekatan Balakong,Seri Kembangan.Cik Sue pun baru tahu wujudnya mall ni,jadi meh la terjah tengok apa yang menarik,masih banyak kedai belum buka,Jadi dah jalan-jalan haruslah lapar,kami singgah makan lepak santai di Restoran Western Uppercase ni,terletak di Ground Floor Amerin Mall,memang strategik dan senang cari. 

lapang

Ruang makan yang kemas dan bersih,juga sesuai untuk majlis hari jadi atau reunion atau perjumpaan untuk apa-apa perbincangan santai.Hiasan dan dekorasi pun gaya terkini dan ala-ala hipster gitu.Siap ada tempat makan di bahagian atas,naik tangga jadi privacy la sikit kot nak dating ke,nak bincang planning kawin ke ehhhh hahahhaa.

sibuk usung beg kamera ibu




Kami naik lepak kat atas,suka la dak kecik tu,dengan lampu lip lap lip lap pastu sibuk dok tengok orang lalu-lalang kat bawah,sib baik tak main turun naik tangga.



Jom tengok apa yang kami makan,oh ya bukan family Cik Sue je,ada kawan-kawan juga,sambil lepak dan  borak-borak kenyangkan perut.

Margarita Vegetarian Pizza RM15
Seafood Aglio Olio RM18


Pan Seared Salmon with Mediterranean Sauce RM35
Australian Sirlion Steak RM48 


Overall makanan semua sedap,steak pun lembut sangat,cuma pizza tu crunchy ye,Cik Sue suka pizza gebu-gebu heheheh,yang lain sauce semua sedap,korang kena cuba,yang salmon dan steak tu memang sedap.Jom tengok minuman yang kami order pulak.

Orea Milkshake RM11

Ice Mocha RM8.90

Hot Milk Tea RM4

Coffee Latte RM7.90


Lemongrass Mojito RM11

Lemongrass tu sedap,menyegarkan tekak lepas makan macam-macam rasa makanan tu,macam detox pun ye,tapi memang ngam la air tu.Coffee Latte nya pun sedap,kena dengan tekak ketagih kopi CikSue ni,Dan sebelum balik kami di hidangkan dengan pencuci mulut ala-ala banana split gitu,okeh yang ni sedap,cukup rasa.

Banana Fritters with Vanilla Ice Cream RM10.50

Jadi kalau korang nak lepak,bersembang atau buat kerja yang perlukan take time lepak lama-lama boleh datang sini,agak tenang dan privacy,boleh bawa laptop korang order makanan sedap-sedap i

Info lebih tentang Uppercase , boleh diketahui melalui : 


G5,AMERIN MALL,JALAN IMPIAN INDAH,
43200 Seri Kembangan,Selangor
Tel : +60 18-369 6528

3 comments