Bila Mental dan Fizikal Sakit

Izinkan aku lena,bersama mimpi-mimpi indah seketika,agar mampu melegakan rawan di hati....

Salam Jumaat penghulu segala hari,semoga hari kawan-kawan di limpahi rahmat Allah dan di mudahkan segala urusan dunia dan akhirat.Dah lama tak menulis entry personal,maklumlah sibuknya seorang Cik Sue,sibuk dengan apa pun tak tahu la,sibuk melayan hati lara agaknya,lara kenapa? entah lah sendiri tak de jawapan.Sebab banyak sangat perkara bermain dalam kepala,hurmmmm...


Banyak sangat berfikir pun kadangkala menyakitkan juga kan? Sampai tak ketahuan hala apa yang di cari sehari-hari.Mood yang naik turun,emosi yang tak stabil,di tambah pula kesakitan fizikal yang kadangkala menambah baran yang sedia ada terus menjadikan diri malas nak melayan sesiapa jua.Sampai tahap suami dan anak jadi mangsa melepaskan kemarahan,Allahuakbarrr,syukur Allah masih memberi hidayah supaya tidak lupa diri.


Dengan ragam anak yang makin membesar penuh peel perangai bijaknya,naik hantu juga la,tambah-tambah buat perangai waktu ibunya menahan kesakitan tu yang jadi lupa diri kejap tu,pastu lepas marah anak,sendiri yang nangis hahahhah sapa geng macam ni? Itulah ibu kan....Marah untuk kebaikan dan inginkan yang terbaik.Si kecil ni pula dalam fasa belajar dan explore dunia sekeliling lagiiiiii la banyak peel dia,kadangkala tergelak sendiri,sampai masa penat,ibu yang makan hati,gerammmm je.Di sini lah perlunya kesabaran,penawar Cik Sue ni pastinya la ma dan mak mertua jadi tempat mengadu dan dapatkan nasihat mendidik anak,Alhamdulillahhh syukur sangat mereka banyak membantu dari segi nasihat dan tips,syukur juga punya suami yang memahami dan tak pernah jemu beri semangat.



Betullah orang kata jangan biar stress dan tertekan sendiri,luahkan.Bahayanya kemurungan ni boleh membawa kematian tau,tambahan surirumah.Eh ingat surirumah tak tension ke,kami bukan ada banyak masa boleh lepak-lepak waktu lunch sama kawan-kawan pejabat.Kekadang Cik Sue jeles pulak tengok mak-mak bekerja boleh lunch date dengan kawan-kawan ,bercerita dan bersosial.Surirumah ni dunianya rumah,anak-anak,dapur dan apa-apa kat rumah je la.Sebab tu perlu keluar jugak,macam Cik Sue suami memang izinkan kalau boring,stress ,drive la keluar bawa anak jalan-jalan tengok orang,,kalau ada kawan yang available .ajak la.selalunya adik bongsu yang tinggal berdekatan selalu teman,bila dia cuti la.

Tapiiiiii sebenarnya sama je ibu bekerja atau surirumah,masing-masing ada tekanan dan stress tersendiri,hanya yang mengalami je yang tahukan.Bahagian masing-masing sebenarnya dan terpulang macam mana kita uruskan.Macm Cik Sue Alhamdulillah di kelilingi orang-orang yang sangat menyokong dan selalu menasihati,ada mak mertua yang baik (Alhamdulillah rezeki) ma yang selalu spotcheck hehehhe,Bibik (mak angkat aka mak saudara suami) yang selalu bebel dan bagi ayat-ayat pedas dalam lembutnya.

Tips tenangkan diri dari kemarahan dan tekanan.

Ni apa yang Cik Sue amalkan la ye,orang lain mesti la ada cara masing-masingkan.

1. Istighfar
Bila rasa kepala dah panas berasap,cepat-cepat istighfar,bagi Cik Sue ia seolah-olah penukul yang ketuk kepala supaya cepat-cepat sedar syaitan tengah cucuk tu supaya kita hilang kawalan.Istighfar banyak-banyak kali sampai berjaya tenangkan diri.

2. Mind Set 
Tekankan pada diri sendiri kita takkan mampu puaskan hati semua orang.Buat apapun pilih apapun,buat setakat kemampuan kita,jangan buat sebab nak puaskan hati orang sampai benda yang kita tak nak tak mampu tak suka pun kita paksa tu yang jadi tertekan la stress la.

3. Jaga hidup sendiri.
Kekadang kita ni sibuk ambil tahu hal orang pastu sakit hati sendiri kan,haaa tu sebab syaitan dok cucuk la tu,jeles orang ada macam-macam,jeles orang dapat macam-macam.Cik Sue dah mula belajar dan didik diri fokus dengan hidup sendiri sahaja dan didik diri mencari redha Allah,sibukkan dir dengan perbaiki kehidupan dan kualiti ibadat serta hubungan dengan tuhan,bukan la kata berlagak alim,tapi sebab jahil la nak baiki ni.Dengan itu kita takkan sibuk dengan kehidupan orang lain.

4. Lepaskan kemarahan dengan cara positif.
Banyak benda boleh buat untuk alirkan tenaga negatif hasil kemarahan tu,salah satu Cik Sue selalu buat adalah KEMAS RUMAH,haaaaa sangatlah berbaloi dan berfaedah.Bersih berkilat bila di sental dengan kuat hasil rasa nak marah tu kan hehehhe,lepas setel semua mesti senyum dan hilang marah sebab rumah bersinar-sinar hehhhee.Ataupun bla tengah marah dan serba tak kena,ambil tuala pergi mandi,sejukkan badan,duduk lama-lama bawah shower tu sampai gigil pun ok.Tapi Cik Sue jarang buat ,budak kecik tu masalah betul kalau ibu lama dalam bilik air hahhahah.

5. Solat.
Mesti ada kata clichenya tips ni,tapi percayalah dan buatlah.Insya Allah korang tenang.Cik Sue selalu buat malam-malam je bila semua dah tidur,masa ni la nak mengadu nak lepaskan,anggap je kita sedang luahkan pada Allah secara berdepan,luahkan je macam kita luahkan kat orang tersayang ke,lepas tu mesti lega,nak nangis ke teresak ke lepaskan je semua,Insya Allah lega.

Itu je la antara yang Cik Sue buat,kena ingat tau,didik diri dan hati jangan lepaskan kemarahan sembarangan,tak terkawal,kelak jadi apa-apa lepas tu baru la kita menyesal.Kalau rasa depress,tension ,tertekan cepat-cepat cari jalan keluar,cari orang yang boleh di percayai tuk bercerita dan meluahkan.

Ehhhh panjang pulak membebel,ok lah nak sambung tugas surirumah yang berjaya dan berdedikasi ni hahahha,moga baik-baik aje tuk semua ye.

-Seiring bertambah usia,semakin ku mengerti apa yang harus " diambil " dan harus ku " tinggalkan " pergi-




1 comment

  1. semoga cik sue sentiasa kuat..apa jua masalah hadapi dengan sebaiknya. Betul..dah hala ke tua ni..kita makin matang..kita nak fokus dengan kehidupan kita je.

    ReplyDelete