Jom sertai Dutch Lady Breakfast Challenge

Sapa yang selalu skip sarapan? sila angkat tangan,errr Cik Sue la tu huhuuuu,sejak dok rumah ni tak kerja ,waktu makan memang ikut suka hati je,tnggu perut berbunyi baru cari makanan huhuuu.Tak elok ye perangai gitu,patut la susah nak kurus,makan ikut suka,tak ikut waktu dan tak jaga nutrisi dan pengambilan makanan,padan muka.Bukan apa,banyak benda nak fikir dan selalu rasa alaa dok rumah bila-bila pi je la dapur makan atau minum apa-apa dan bila-bila masa lapar huhuuu,no nooooo salah ye adik kakok,jangan amalkan.Cik Sue selalu bangun tidur ,buat air panas je atau kopi panas,pastu lunch baru makan.So kira sarapan la tu kan kikiki



Tapiiiiiii tahu tak sarapan tu lah salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita.

Haaaa dah ada penyelesaian kan,jadi marilah kita minum susu setiap kali sarapan ye.
Susu bukan saja kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.


Cik Sue ni asalnya dari remaja memang payah nak minum susu huhuuu kecuali campur coklat,kopi atau teh atau minuman lain,kira yang berperisa la,tapi sejak mengandung hari tu,kena paksa dengan en suami dan doktor dan demi kesihatan terpaksa telan,dannnnn yeayyy sekarang dah boleh minum susu setiap hari,jadi pilihan Cik Sue susu Dutch Lady ni la tapi bukan yang bancuh yang tepung tu ye,tak mauuuu tak suka,yang dalam kotak dan sejuk saya sukaaaa heheh..

Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?

Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah4," katanya.


Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;

• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;

• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;

• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;

• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.

Jom sertai #Dutchladybreakfastchallenge ,hadiah lumayan menanti.



Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018! sempat lagi ni,jom korang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.

3 comments

  1. Jemput join Planner 2019 Giveaway hehe :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/planner-2019-giveaway-by-lullabyssz.html

    ReplyDelete