Siapa yang tak pernah naik keretapi? Siapa yang pernah buat backpackers dengan keretapi? haaaa...meh Cik Ngah nak cite...
Alhamdulillah,minggu lepas Cik Ngah berpeluang mengikuti
trip Railway Tourism ke Ipoh menggunakan
ETS(Electric Train System),jemputan
dari
Kementerian Pelancongan Malaysia dan
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) selama 3 hari (10-12 Januari
2014) sempena
Pelancaran Brosur Pelancongan Keretapi dengan kerjasama
Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Program bermula dengan berkumpul di KL Sentral untuk
Perasmian Railway Tourism Package Brochure oleh Menteri Pelancongan
Malaysia,dan Pn Khadijah Abd Rahman,pengerusi RTAM.
 |
kami ; dengan bagasi utk percutian railway tourism |
 |
Perasmian oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri B. Abd Aziz |
ETS dan Stesen
Keretapi Ipoh.
Selepas perasmian dan jamuan ringan,kami di arahkan ke Gate
B (Platform ETS) untuk pelepasan perjalanan ke Ipoh yang mengambil masa lebih
kurang 2 jam.
ETS adalah perkhidmatan rel berkelajuan tinggi yang boleh
mencapai lebih dari 140km/jam dan mampu membawa penumpang sekitar 350 orang di
sesuatu masa,
Perkhidmatan yang di tawarkan dari Kl Sentral ke Ipoh ini
dilengkapi dengan tandas yang bersih dan koc buffet yang selesa,plug point
untuk caj bateri handphone juga di sediakan di kawasan tempat duduk.Jadi,tak perlu risau bila lapar atau nak menunaikan hajat kan,tak perlu la tahan sampai ke destinasi..erkkkk...
 |
koc buffet,menjual makanan dan ada tempat duduk yang selesa |
 |
tandas yang luas dan selesa |
 |
koc yang bersih dan cantik |
 |
pramugari dan pramugara yang akan membantu anda dalam perjalanan...jangan
mintak dodoikan tidur sudaaa...mau makan tapak kasut..hahahah.. |
Setibanya di Ipoh,sidang media Menteri Pelancongan
diadakan,dan kami di sambut dengan paluan kompang serta silat,lalu di bawa ke
jamuan makan malam yang menghidangkan juadah yang sangat menyelerakan,setelah
masing-masing mengenyangkan perut,program di teruskan dengan acara perasmian
dan menandatangani brosur pelancongan keretapi di pentas utama ,di ikuti konsert
oleh artis-artis ternama seperti Sheeda Dangdut,Ronnie Hyperact,Najwa Latif dan
lain-lain.
 |
di sambut dengan paluan kompang ,rasa cam berarak pengantin lak..heheheh |
 |
juadah makan malam,memang sedap,tapi Cik Ngah just cuit2 tuk rasa,
selebihnya minum air,sebab perut dah masuk angin,takut termuntah..huhuu... |
 |
persembahan dari penari kebudayaan |
 |
tarian kebudayaan melayu |
 |
upacara mendatangani brosur pelancongan keretapi oleh menteri pelancongan |
 |
antara barisan artis dan penari bersam orang kenamaan |
Sementara itu,Cik Ngah sempat meninjau kawasan sekitar
stesen keretapi Ipoh,yang mana senibina bangunannya mempunya pengaruh Moor
Turki dan moden,di tambah dengan landskap serta lampu berbagai warna di malam
hari,keadaan di situ memang cantik dan menenangkan,di tambah lagi ada air
pancut seiring dengan lampu yang berkelip,sangat cantik.Menurut sejarah,Perak
adalah negeri Tanah Melayu pertama yang menggunakan pengangkutan keretapi untuk
mengangkut bijih timah dengan landasan pertama dari Taiping ke Port Weld (Kuala
Sepetang).Terdapat juga sebatang pokok ‘epu’ di
hadapan stesen keretapi ini,yang mana Ipoh adalah sempena nama pokok
ini.
 |
tinggalan senibina zaman penjajah |
 |
Stesen Keretapi Ipoh masih mengekalkan senibina asal,yang di ubah hanya ruangan dalaman. |
 |
permandangan pada waktu malam,lampu dan air pancut yang menyerikan suasana. |
Homestay Kg
Beng,Lenggong.
Kira-kira jam 12 malam,rombongan bloggers dan media di bawa
ke homestay untuk penginapan dengan bas yang di sediakan.Cik Ngah dan
kawan-kawan lain di beritahu kami akan ke Homestay Kg Beng,Lenggong dengan
perjalanan lebih kurang 2 jam lebih.
Dengan cuaca yang mula hujan renyai,kesejukan mula
terasa,pandang kiri kanan hanya gelap gelita,Cik Ngah tak dapat lelapkan mata
sedikit pun walau badan sudah penat.
Di khabarkan kami akan menaiki bot untuk sampai ke kampung
tersebut.Bas beberapa kali berhenti kerana kesukaran melalui jalan yang
sempit,kemudian kami di turunkan di tebing sungai untuk menaiki bot,dalam hujan
renyai dan gelap malam,kami mengangkat bagasi masing-masing dan turun ke dalam
bot yang di sediakan,memang pengalaman yang tak dapat di lupakan,meredah sungai
dengan bot dan cahaya yang sangat minimum,gelap gelita sepanjang perjalanan,di
sertakan hujan renyai,fuhhhh dalam kepala Cik Ngah terbayang Filem The
Fog…heheheh…(imaginasi terover)
Kira-kira jam lebih 3 pagi kami sampai di Balai Raya
Homestay Kg Batu Ring,Beng,Lenggong,selepas pembahagian keluarga angkat,kami
berpecah mengikut ayah dan ibu angkat ke rumah masing-masing.Jam 5 pagi barulah
kami dapat merebahkan badan dan berehat untuk acara esok hari pula.
 |
di jeti kg Batu Ring,Beng,Lenggong |
 |
Pak Lias,ketua kampung Batu Ring |
 |
pembahagian keluarga angkat |
Selesai untuk Part 1 ,ikuti sambungan perjalanan Cik Ngah
dan kawan-kawan mengikuti trip ini di
Part 2.
Bisik-bisik:
Pendapat Cik Ngah setakat perjalanan ini adalah:
-Kemudahan dalam train ETS mungkin boleh di tambah dengan
bilik kecil untuk Surau,walau
perjalanan hanya 2 jam,mungkin ada yang ingin menjamakkan solat kerana ada
jadual yang lebih ketat bila tiba di destinasi,begitu juga dengan bilik menyusu untuk bayi,memandangkan
tempat duduk di dalam koc yang terbuka,agak sukar untuk ibu-ibu menyusukan
bayi.
-sekadar cadangan untuk keselesaan pengguna.
-Untuk maklumat lanjut berkenaan RTAM serta pakej homestay,anda boleh ke web mereka di sini :
RTAM
Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com
nota hujung kaki :
sumber gambar :
12 Comments
Cerita yang menarik sbb sy x penah nek keretapi. hehe.
ReplyDeleteJika ada kelapangan, jemput ke doknganga.blogspot.com
dah boleh try tu...heeehee...
Deletenice... cerita padat dan menarik...
ReplyDeletetq bro,sudi baca..heheheh
Deleteteringat sampai kul 4 pagi kat kg beng..mata rabak teruk.. hahaa.. pastu jerit2 lam bilik mandi..sejuk giless air.. ekekeke
ReplyDeletehttp://yusmanorain.blogspot.com/2014/01/railway-tourism-2014-bersama-sahabat.html
kan ain...kebas badan kena mandi ngan air sejuk..huuhuuu
DeleteProgram yang unik. Saya pasti ia adala trip yang best.
ReplyDeletesangat best,pengalaman bermakna
Deletebestnya, ingatkn ari tu nak pegi tapi sama tarikh saya pegi gua.
ReplyDeletedone follow,
http://www.iuzira.com/2014/01/gua-damai-at-batu-cave.html
can eleh dapat invitation dr tourism? keje travel agency ke?
ReplyDeleteweh gambo engkorang dlm bot time sampan tak de ke? hahahaa
ReplyDeleteEhhh. Bestnyaaa homestay! Dapat pengalaman naik ETS tu kak. best2. hihi
ReplyDelete