Ke sini untuk baca
Part 1
Okeh,kali ni Cik Ngah nak sambung lagi
catatan perjalanan bersama RTAM dan Kementerian Pelancongan Malaysia
ke Ipoh melalui ETS tempoh hari.
Kami di hantar untuk tinggal bersama
keluarga angkat di Homestay Kg Beng,Lenggong.
Satu pengalaman berharga bila kami
menaiki bot di kala dinihari yang gelap dan sejuk serta sampai di
kampong tersebut kala embun mula menitik (boleh baca di
Part 1).
Homestay Kg Beng
Kami di letakkan di rumah keluarga
angkat milik Pak Karim dan Mak Cik Zaleha yang melayan
kami seperti anak sendiri.Memandangkan kami sampai di rumah keluarga
angkat sudah hampir Subuh,so tunggu la untuk solat terus,barulah kami
merebahkan badan untuk berehat.Masing-masing dah rimas
sebenarnya,maklumlah dari petang semalam tak kena air,rupa-rupanya
kena air je dah macam kena arus letrik…heheheh..sejuk yang
amat,bekalan air kampong ini di bekalkan dari sungai yang mengalir
dari bukit,dengan suasana pagi yang berkabus seolah-olah di puncak
bukit.Ya Allahhh,indahnya ciptaanMu.
 |
suasana sekitar Kampung Batu Ring |
Sementara menunggu yang lain
bersiap,Cik Ngah sempat termenung di beranda rumah menikmati dingin
pagi yang menyegarkan.Embun yang menitik di daun,kabus di
sekeliling,nyaman,tenang,hilang segala stress sekejap.Melihatkan
aktiviti penduduk di sini yang kebanyakannya menoreh getah,mencari
hasil hutan dan tasik,sememangnya alam sekitar di sini masih tidak
tercemar dengan aktiviti pembangunan.
 |
salah satu rumah di Kampung Batu Ring |
Melalui maklumat yang Cik Ngah
dapat,kampung ini di buka oleh anak Raja Patani yang di kenali
sebagai ‘Tok Beng’ yang melarikan diri melalui Sungai Perak.Dari
situlah kampung ini di kenali sebagai Kampung Beng.Kampung Beng
terdiri dari 6 buah kampung kecil seperti Kg. Durian Lubuk,Kg Beng
Dalam,Kg Dusun,Kg.Sekolah,Kg Durau dan Kg Batu Ring.Kebanyakan rumah
mempunyai sampan sendiri untuk urusan harian.
 |
pengalaman menaiki bot |
Selepas menikmati sarapan hidangan mee
goreng air tangan mak angkat, kami berjalan kaki ke Jeti dan
berkumpul untuk menaiki bot ke Jeti Tasik Raban.Hari ni kami akan ke
Lenggong untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong.
Perjalanan dengan bot ,sangat
menerujakan Cik Ngah,dah lama tak naik pengangkutan air,asyik naik
kereta je kan,satu bor boleh memuatkan lebih kurang 10 orang
penumpang,dengan cuaca yang dingin,alam sekitar yang segar,menikmati
pemandangan hijau di sekeliling,Subhanallah,hati terasa tenang,terasa
dekat dengan alam dan Penciptanya.
 |
suasana nyaman dan tenang bukit yang di liputi kabus |
 |
pokok mengkuang yang masih di cari oleh penduduk sekitar untuk membuat tikar |
 |
pengangkutan utama penduduk sekitar Tasik Raban dan Sungai Perak |
 |
aktiviti memancing di pesisir tasik |
 |
pemandangan indah sepanjang perjalanan |
Pesta Makanan Tradisional Lenggong
Pesta dan pameran makanan tradisional
Daerah Lenggong yang mempamekan dan menghidangkan lebih 19 jenis
makanan dari 19 kampung di daerah ini.Pesta yang di adakan setiap
tahun bermula 2010 ini,sememangnya mampu menarik pelancong dalam dan
luar negara.Makanan dan masakan yang bahannya berasakan hasil hutan
dan tasik di sekeliling kehidupan masyarakat di sini memang unik dan
tiada di tempat lain.Dengan kekayaan hasil hidupan sungai dan
tasik,di tambah rencah rempah serta herba dari hutan,keenakan
hidangannya memang umppppphhh…di tambah dengan cara masakan
tradisional seperti merebus,memerap,memanggang dan memais,pastinya
memberikan satu rasa yang jarang kita jumpa di Bandar.
 |
Ikan pekasam Lenggong yang sudah banyak di pasarkan ke luar |
 |
daging rusa dan produk roselle |
 |
Nasi daun lerek,masak dalam buluh,tetapi beras biasa dan tiada santan |
 |
hidangan makan tengahari di Pesta Makanan Tradisional Lenggong |
Kami sampai di pesta makanan ini menaiki
bas dari Jeti Tasik Raban.Turun sahaja dari bas,masing-masing dah
teruja dengan deretan gerai makanan dan aktiviti yang diadakan.Dengan
gerai buah yang menjadi tumpuan apa lagi kalau bukan durian…huhuuu
raja segala buah,tambah-tambah di Perak ni kan…hehehe…siap ada
kawan-kawan yang bawa balik sebiji sorang masuk beg
tau..hehehe…terdapat juga cempedak,rambutan dan buah-buahan lain.
 |
bahan-bahan untuk membuat kebebe |
 |
proses membuat kebebe |
Majlis perasmian telah diadakan,dan
dirasmikan oleh
YB
Dato' Seri Mohamed Nazri B Tan Sri Abd Aziz,di samping pelancaran
buku ‘Alam dan Budaya :Warisan Masakan Lenggong’.Kami juga di
beri senaskah buku seorang sebagai cenderahati untuk di bawa pulang
(ohhhh…Cik Ngah sangat la teruja untuk mencuba resepi yang
ada…hehehe)
 |
buku yang di bawa pulang sebagai cenderahati |
Antara
yang menarik hati Cik Ngah adalah berbagai jenis sambal yang di buat
dari ikan dan kelapa,ikan pekasam lenggong yang memang femes
itu,masakan rendang daging hitam (sayang tak sempat tanya resepinya)
pais ikan,pindang ikan,berbagai ulaman dan sayur kampung,air asam dan
pencicah bersantan yang tiada di tempat lain,nasi daun lerek yang di
masak dalam buluh,serta kebebe,sejenis makanan gabungan buah-buahan
kampung dan di makan sebagai makanan ringan.Sangat unik,nantikan
entry detail ye,Cik Ngah akan entrykan mana yang Cik Ngah dapat
resepi.
 |
ikan masak pindang,yang di kukus hampir 12 jam |
 |
bahan-bahan untuk memasak ikan pindang |
 |
resepi sambal kelapa yang di pamerkan |
 |
pelbagai variasi sambal yang di pamerkan oleh penduduk kampung |
Kemudian
kami di jemput untuk makan tengahari di khemah VIP dan di hidangkan
dengan lauk-pauk masakan tradisional,sempat juga berkenalan dengan
blogger otai Bro HasrulHassan yang duduk semeja,selama ni kenal dalam
blog dan fb je…heheheh…
Antara
lauk yang di hidangkan adalah,Gulai Batang Lambuk Pedas Dengan
Udang,Daging Masak Hitam,Gulai Daging dengan Umbut,Gulai Dengan
Labu,Masak Lemak Siput Sedut,Ikan Talapia Bakar cicah Air Asam
Bersantan dan banyak lagi sebenarnya.
Memang pesta yang Cik Ngah suka la
macam ni,ni kalau dekat tiap-tiap tahun pun sanggup datang tau
hehehe.Mana taknya,kami pulang lebih kurang pukul 3 petang dengan
perut kenyang,naik bas,masing-masing mata dah kuyu…naik pulak
bot,dengan angin sepoi-sepoi bahasa,cuaca nyaman,erm..sempat tau Cik
Ngah terlelap atas bot…haaaa…nyamannn je..heheh…
 |
kami melintasi jambatan Raja Nazrin Shah untuk sampai ke Kampung Batu Ring |
 |
Jeti Tasik Raban |
Lata Tok Muda dan Makan Malam
Balik ke rumah keluarga,kami di
hidangkan minum petang kuih-muih homemade ibu-ibu di Kampung Batu
Ring,juga buah-buahan tempatan yang memang enak hasil kebun
sendiri.Kebetulan durian di kebun ayah angkat baru luruh,musim ini
kami dulu yang merasmikan..hehehe..bertuah rasa.
Petangnya kami di bawa ke Lata Tok Muda
untuk menikmati kesejukan air sungai yang belum tercemar,kira-kira 30
minit perjalanan melalui denai,merentas sungai dan kabel elektrik
yang di pasang untuk mengelakkan gajah memasuki kawasan kampung
(seram wehhhh,terpegang boleh mati keras kat situ woooo)….
Memandangkan cuaca sejuk dan hujan
renyai sebelumnya,denai agak basah dan pacat sangat la
bermaharajalela,Cik Ngah kena juga la 4 ekor..hehehh..tapi ok lagi
la,pacat je,anak kampung jugak punnn….jangan lintah sudah..mau aku
melompat nanti….hehehehe….berbagai gelagat dapat di lihat
sepanjang perjalanan,ada yang tergolek,ada yang berkaki ayam bila
kasut tak sesuai…hehehe..
 |
hidangan minum petang di rumah keluarga angkat |
 |
perjalanan melalui denai dan lorong untuk sampai ke Lata Tok Muda |
 |
dah macam rombongan Cik Kiah dah...heheheh |
 |
mengharung sungai dan lalu di bawah kabel elektrik |
Akhirnya kami sampai di Lata Tok
Muda,kesejukan air dari gunung,batu-abatuan semulajadi yang
cantik,fauna yang sangat menenangkan,Cik Ngah tak main air
sangat,sibuk dok snap gambar diorg,tapi serius memang best sangat
kawasan tu,sejuk,nyaman dan tenang.Subhanallah,ciptaan Maha Pencipta
yang masih belum di usik tangan rakus.Lebih kurang 6.30 petang kami
mula berjalan pulang,dan bersiap untuk program malam nanti pula.
 |
jeram dan aliran air yang menenangkan |
 |
masing0masing macam tak pernah jumpa air,heeehee...sangat sejukk... |
Malamnya selepas isyak,kami
beramai-ramai ke acara makan malam ala kenduri dib alai raya Kg Batu
Ring.Hidangan yang di masak secara gotong-royong oleh penduduk
kampung memang membuatkan kami menambah nasi tanpa segan silu.
Antara hidangan yang di hidangkan
adalah Masak Asam Talapia Merah (
Resepi),Ayam dan Daging Bakar,Air Asam,Ikan
Pekasam Lenggong dan Ikan Talapia Bakar.Keseluruhannya adalah hasil
sungai dan tasik sekitar kampung ini.Sempat juga Cik Ngah mengorek
rahsia masakan dan resepi dari mak angkat,nanti Cik Ngah kongsikan
ye.
Sambil itu kami di hiburkan dengan live
band dari penduduk kampung,dan ada juga wakil media yang
menyumbangkan suara di malam itu antaranya artis yang di bawa khas
iaitu Najeeb dan Mawardi dengan lagu yang bias meruntun hati anak
gadis yang ada heheheheeh….
Setelah perut kenyang,hati di
hiburkan,mata mula layu dan mencari bantal,mak angkat pun dah ajak
pulang,memang best berjalan dalam kampung di kelilingi pokok-pokok
dengan gelap gelita,teringat zaman-zaman kecil dulu di kampung.
 |
live band gabungan penduduk kampung dan kawan0kawan media |
 |
antara lauk dan hidangan kami makan malam |
 |
bersama mak angkat Pn Zaleha yang turut melayan kami anak2 angkatnya makan |
 |
Artis di jemput khas dari Putrajaya ,Najeeb Abdullah |
Itulah berakhirnya aktiviti kami untuk
hari ini,nantikan
Part 3 untuk program di Kampung Seberang Karai
pulak ye….
Bisik-bisik:
-Terkilan pulak bila tak sempat
menemuramah mak cik-mak cik di pesta makanan tu tuk dapatkan
resepi,mana yg ada tulis je yang Cik Ngah dapat snap.
-Keseluruhannya Cik Ngah sangat teruja
dengan aktiviti hari kedua ini,biasa la kalau pasal makanan,I’oll
memang excited terlebih sikit..heheheh…
-kalau nak tengok pakej Homestay lain
yang kawan-kawan media lain menginap seperti Homestay Bukit
Gantang,Homestay Kampung Gopeng boleh la ke link berikut :
-kredit gambar kepada :
0 Comments