Teaser
Baca
Part 1
Baca
Part 2
Hari terakhir perjalanan Cik Ngah dan
kawan-kawan mengikuti pakej homestay bersama Railways Tourism dengan
jemputan dari RTAM dan Kementerian Pelancongan Malaysia.Kami bangun
seawall subuh dan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur,tapi
sebelum pulang kami ada program lagi di Kampung Seberang
Karai,program apa? Tunggguuuu…
 |
bersama mak dan ayah angkat |
Sebelum melangkah keluar dari rumah
keluarga angkat kami di hidangkan nasi lemak air tangan mak angkat
kami,memang original nasi lemak kampung dengan nasi yang cukup
lemak,dengan sambal yang pedas-pedas manis ,memang kena sangat dengan
selera kami,kemudian berjalan bersama di hantar oleh keluarga angkat
ke jeti,dan di bekalkan lagi oleh-oleh cenderahati dan makanan ringan
orang kampung.Insya Allah kami tak akan lupakan jasa keluarga angkat
yang melayan kami dengan baik,semoga di beri peluang untuk datang
lagi nanti.
 |
gruop photo Homestay Kg Beng |
Kami meninggalkan Kampung Batu Ring
dengan seribu kenangan.Meneruskan perjalanan pulang dengan bot serta
lambaian keluarga angkat di jeti mengiringi kami.Bot terus menyusur
pesisiran sungai dan tasik menuju Jeti Tasik Raban,dengan pemandangan
gunung-ganang dan kabus yang memutih,air sungai Perak yang tenang,meriak
sebentar di landa bot yang lalu.Sangat menenangkan hati dan perasaan.
 |
pemandangan di Jeti Kampung Beng |
Victoria Bridge
Kami menaiki bas ke Kampung Seberang
Karai dan di sambut oleh orang kampung dan Menteri Pelancongan yang
menunggu ketibaan kami bagi acara perasmian ‘Voluntourism Victorua
Bridge Green Day 1Malaysia Clean,1Malaysia Green Program’.
Di mana Victoria Bridge di wartakan
sebagai satu bahan sejarah di Kampung Seberang Karai ini dan akan
menjadi salah satu tarikan pelancong di sini.
“Sebuah peninggalan sejarah di sini iaitu Jambatan Victoria (Victoria Bridge) mengingatkan kita bahawa pekan ini sudah wujud dari zaman pemerintahan British lagi. Mengikut sejarahnya jambatan keretapi ini dibina pada tahun 1897 dan hanya siap pada tahun 1900. Pembinaan jambatan ini mengambil masa yang agak lama disebabkan banjir. Namun dengan daya usaha jurutera yang terlibat pada waktu itu, G.W.Fryer dan C.R Hanson ia dapat disiapkan dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursidul Azam Shah dan Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral Negeri-negeri MelayuBersekutu pada waktu itu.”
“Sehingga ke hari ini jambatan keretapi ini masih kukuh merentangi Sungai Perak yang mengalir tenang dibawahnya. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi tertua dan menjadi saksi pelbagai peristiwa kerakusan 'orang luar' yang tamak dengan hasil perut bumi negara ini iaitu hasilan bijih timah. Dengan wujudnya jambatan keretapi ini telah membuka jalan kepada pertumbuhan bandar-bandar bijih timah di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu. Tentera British pernah meletupkan jambatan ini semasa Perang Dunia Kedua bagi menghalang kemaraan tentera Jepun dan membina kubu di sekitar kawasan ini. Mungkin hanya segelintir penduduk di sini yang masih mengingati sejarahnya berdasarkan daripada cerita-cerita datuk nenek mereka dahulu”
 |
rail keretapi lama |
Kami berjalan menyeberangi jambatan
tersebut dan di sambut dengan kompang serta di kalungkan selempang
dari kain batik dan pelikat sebagai simbol kebudayaan melayu yang
memuliakan tetamu.Kemudian duduk bersila di bawah khemah bersama
pelancong asing untuk menyaksikan gimik-gimik pelancaran oleh Menteri
Pelancongan.Antaranya adalah letupan meriam,perbarisan pengawal home
guard di atas jambatan,acara terjun dari atas jambatan,perarakan
matosikal berkuasa besar dan bot serta jet ski.
Menteri Pelancongan juga menandatangani
‘Plug Victoria Bridge’ yang di letakkan di tembok jambatan.
 |
tembakan meriam sebagai gimik |
 |
kawasan yang sangat cantik untuk photoshot |
 |
Victoria Bridge yang di wartakan sebagai kawasan pelancongan |
 |
plak perasmian |
 |
gimik dari homeguard yang suatu masa dulu bertugas mengawal keselamatan |
 |
di pakaikan selempang sebagai tanda di alukan sebgai tetamu |
Kemudian kami di jamu dengan hidangan
tradisi Perak yang di masak secara gotong-royong,serta di
hidangkan dan kami makan bersila bersama-sama pelancong asing.Satu
pengalaman yang menyeronokkan setelah lama tidak merasai kenduri ala
tradisional seperti ini.
 |
makan bersila beramai-ramai ala kenduri kampung |
Selepas selesai acara pelancaran dan
sebagainya kami di beri peluang untuk merakamkan gambar kenangan di
atas jambatan dan kemudian bergerak naik bas untuk City Tour sekitar
Ipoh dan Kuala Kangsar.Kami sempat singgah untuk solat di Masjid
Ubudiah,iaitu masjid di raja Kuala Kangsar.Kemudian sempat singgah
di Lembah Sayong di Kuala Kangsar untuk berjalan-jalan,sempat la
makan laksa dan rojak,lalu terjadi la satu peristiwa yang
errrmmm…untuk cerita lanjut sila klik
SINI ye..hehehe
Cik Ngah juga sempat membeli
cenderamata labu sayong sebagai kenangan (sayangnya sampai rumah dah
pecah..huwaaaa…)
 |
antara hasil kraftangan Negeri Perak |
 |
sempat singgah solat di Masjid Ubudiah |
Dalam pukul 4 petang kami bertolak ke
Stesen Keretapi Ipoh untuk menaiki train ETS dan kembali ke Kuala
Lumpur.Pukul 8.30 malam kami semua sudah sampai di KL
Sentral,Alhamdulillah,sebuah perjalanan yang menerujakan.
Bisik-bisik:
-Terima kasih banyak-banyak kepada Pn
Khadijah Abd Rahman,Presiden
RTAM yang sudi menjemput kami
bersama-sama dalam perjalanan ini.Cik Ngah sangat menghargai.
-Insya allah andai ada rezeki jemputlah
kami lagi..hehehe…
4 Comments
kenapa mesti ujang je. mencik huhuhu. kbai
ReplyDeleteolooo loo looo nanti nak cari gambar dik madi ye..hehehhe
DeletePerooooottttt....
ReplyDeletesibuk je mawardi dengki hahaha
ReplyDelete