31
Januari lepas,Cik Ngah berpeluang ke Perasmian Senawang Food Festival bertempat
di Dataran Tempat Letak Kereta KIP MART Senawang yang di anjurkan oleh My Media
Event & Management dengan kerjasama Kmenterian Kesenian,Pelancongan dan
Kebudayaan Malaysia,KIP MART,Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri
Sembilan.Terima kasih banyak pihak MyMedia yang sudi menjemput Cik Ngah dan
rakan-rakan.
Kami di
beri penginapan di hotel Seri Senawang yang berdekatan dengan lokasi majlis perasmian
ini.Hotel yang agak selesa,dan kakitangan yang baik hati.
Majlis
telah di rasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali,Pengurus Besar Lembaga
Pelancongan Negeri Sembilan di samping sambutan Tahun Baru Cina.
 |
ucapan perasmian oleh Encik Baharudin Bin Jali |
 |
menandatangani banner perasmian |
 |
barisan tetamu vip bergambar bersama maskot KIPMART dan Tahun Melawat Malaysia 2014 |
 |
persembahan kebudayaan oleh penari kementerian kebudayaan
|
 |
Jamuan makan di Nasi Ayam Gemas |
Festival
ini di meriahkan lagi dengan gerai-gerai makanan Halal Food dan hasil IKS
penduduk sekitar,usahawan-usahawan kecil di beri peluang memperomosikan produk
mereka.Terdapat juga produk makanan sunah dari luar,memang pemakanan yang baik
la untuk kesihatan,tak rugi cuba,makanan untuk kesihatan.
 |
gerai makanan |
 |
barisan gerai yang mengambil bahagian |
 |
antara produk yang di pamerkan |
 |
antara makanan sunnah yang di pamer dan di jual |
 |
sabun dari pati minyak zaitun |
 |
produk kraftangan dan hasil kreatif |
 |
produk d'qaseh |
Selain
gerai-gerai yang ada,Tourism Negeri Sembilan juga mempromosikan brochure dam
pamphlet Negeri Sembilan Food Trail,yang mengandungi senarai masakan popular
Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Lado Api,Sambal Tempoyak Daun Kayu,Rendang Pucuk Ubi dan banyak lagi.Selain itu terdapat juga senarai Restoran di seluruh
Negeri Sembilan yang menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan.So,sesiapa
yang nak merasa makanan tradisional ini bolehlah berkunjung ke restoran
tersebut.Risalah tersebut boleh di dapati di pejabat atau kiosk-kiosk
perlancongan Negeri Sembilan atau hubungi :
Tourism
Malaysia Negeri Sermbilan,
Tingkat
1,Seremban Plaza,Jalan Dato’ Muda Linggi,
70100
Seremban Negeri Sembilan
Tel/Fax:
06-7624488/06-7638428
FB
: Tourism Malaysia Negeri Sembilan
 |
2 ekor singa membuat persembahan
|
 |
kanak-kanak yang berebut limau |
 |
gubahan sayur yang di buat oleh singa sambil menari
|
 |
pertandingan melukis untuk kanak-kanak |
Selain
pameran dan gerai jualan,terdapat juga acara mewarna dan pertandingan karaoke
untuk pengunjung yang hadir,serta persembahan tarian singa sempena Tahun Baru
Cina,first time Cik Ngah tengok tarian singa depan mata dekat-dekat,siap boleh
pegang lagi.
 |
produk makanan dari IKS setempat |
 |
losyen dari olive oil |
Malamnya
pula kami di jemput untuk showcase artis-artis otai rock dan menghiburkan
anak-anak yatim dari PEYAKIN yang sangat sporting.Antara yang hadir menghiburkan
kami adalah Afee Utopia,Duan Olan dan Nizam Laksamana.
 |
afee utopia |
 |
crew mymedia dan bloggers bergambar bersama artis |
 |
barisan artis,crew dan anak yatim PEYAKIN |
Malam itu berakhir dengan meriah,terima kasih
kepada kak Hartina Arssid iaitu Pengurus Operasi dan Jualan MyMedia yang sudi
menjemput kami dan atas layanan baik yang di beri.
Insya
allah akan berkunjung lagi,tak puas dan tak habis lagi pusing Negeri Sembilan
Bisik-bisik:
Tapi
puas hati juga la wish list Cik Ngah nak pergi Istana Besar Seri Menanti
tercapai,
Itu
nanti cite tuk entry seterusnya ye….
2 Comments
meriah betul Cik Ngah....
ReplyDeletehttp://vitaminboutique.blogspot.com/
waahh..!!! festival makanan! memang la best kan...dapat rasa macam2 masakan..hihi
ReplyDelete