Meh meh,nak review makanan ala-ala arab skit nih...hehehe...Kisahnya hari tu Cik Ngah di jemput untuk review makanan original Iran di Persia Restaurant di Ampwalk.Restoran ni sebenarnya sudah hampir 12 tahun dah di Malaysia sejak 2002 lagi.Menu yang di hidangkan 100% original dari Iran dan resepi keluarga pemilik restoran ini.Ada yang di masak sendiri oeleh ibu pemilik restorannya,patutla kemain lagi sedapnya,masak penuh kasih sayang tu hehehe....
Melangkah je masuk restoran tu,wahhhh teruja Cik Ngah sebab dekorasinya memang mengikut tema dan tradisi negara asal mereka.Memang cantik dan tenang je.
Kami di persilakan duduk sementara hidangan di hidangkan,kami memilih meja di tepi dinding dengan kerusi empuk berbantal itu,agak-agak dah kekenyangan boleh golek-golek barik terus hahahahaa
Jadi,apa yang kami makan,ok jom kita tengok,haaaaa....jangan meleleh air liur plak tau heheheh....
 |
Homus (RM10) |
Hidangan pembuka selera roti nipis dengan pencicah kalau tak silap yogurt dengan olive oil,rotinya sedap sangat,cuma Cik Ngah tak gemar pencicahnya,Cik Ngah makan dengan salad je,tu pun dah cukup sedap.
 |
Kashak Badinjan & Bread (RM15) |
Hidangan yang ini memang Cik Ngah nak bolot sorang-sorang la,memang sedap,dengan roti yang gebu,lembut ishhh sedappp..kena pulak Kashak Badinjan tu rasanya memang kena la ngan tekak,cukup-cukup rasa,tak pedas sangat,tak berempah sangat,bahannya dari terung dan kalau tak silap susu segar.Tak rugi kalau cuba,memang berbaloi.
 |
Shirazi Salad (RM10) & Green Slad (RM12) |
Ini memang feveret la kalau Cik Ngah makan kat mana-mana kalau ada dalam menu.Salad sayuran segar,dengan kerangupan sayur hijau,perahan lemon dan sedikit parsley...rasa nak hadap sorang-sorang je...heheheheh
 |
Lamb Stew (RM15) |
Hidangan wajib cuba,memang menjilat jari,daging kambing dengan tulang ala-ala sup gear box tapi di masak stew,cicah dengan roti atau makan dengan saffron rice,mak mertua lalu pun tak sedar,Insya allah datang lain kali nak makan ni lagi,memang menjilat jarilah.
 |
Barberry Chicken Rice(RM25) |
Nasi ayam yang sangat enak,ayamnya cukup rasa dengan rempah dan nasi berkismis dan bersafron yang wangi,memang membuka selera sangat,ayamnya pulak lembut aihhhh dah macam tisu plak.
 |
Saffron Rice |
Lembut,wangi,panjang-panjang,aihhh makan saja pun sedap dah,tambah lauk lagi la sedap heheheh....
 |
Chicken with Extra Lamb Kebab (RM36) |
 |
Special Kebab (RM70) |
Okey,yang ini memang hidangan special kat sini,atau pun signature dish la,kebab dia memang sedap,semua daging lembut je.Ni pun wajib cuba ni,tak nak yang special yang biasa pun ada.
Kemudian kami order fruit jus yang special kat situ.
 |
Fruit Juice (RM10 satu) |
Jusnya memang tak di nafikan lagi memang pure jus,sedap,kami order jus mangga,carrot,tem,bikai dan mint atau pudina.Jus Pudina tu Cik Ngah tak pernah rasa,so kali ni nak rasa,dan memang sedap,walau rasa macam ubat gigi kaaannnn heheh..tapi banyak khasiat rupanya,boleh lancarkan pengaliran darah.Jus mangga pula sangat pekat dan sedap.
 |
Restoran ni pernah mendapat anugerah BEST MIDDLE EASTERN RESTAURANT pada 2013 |
 |
antara hiasan dan dekorasi dalam restoran ini
|
 |
sempat bermonopod sebelum makan |
Memang berbaloi untuk sebarang majlis sambutan harijadi,nak dating pun best gak,tenang and privacy la.Makanan memang enak dan berbaloi dengan harga.Kalau nak makan-makan ngan family pun best,mana-mana portion makanan yang banyak tu boleh kongsi je.
 |
bersama pengurus kedai Pn Nafiseh
|
 |
sempat bermonopod sebelum balik berlatarkan restoran |
Untuk sesiapa yang mahu ke sini boleh rujuk peta di bawah ye
 |
peta ke Restoran ini |
Ataupun boleh layari laman web restoran ini di
PERSIAN RESTAURANT
Terima kasih banyak yang sudi menjemput,Insya Allah nanti nak bawa orang tersayang pulak,heehehe...
8 Comments
ada org tu curi wt balik tulang kambing, eh allalala
ReplyDeleteheyyy...mana ada amik tulang,bawa balik sekor terus la..hehehe
DeleteCantiknya deko restoran tu,...food pun nampak tempting je semua...
ReplyDeletebest ni kalau dating .privacy heheheh
DeleteSuasan restoran yang menarik dengan suasana agak suram. Makanan pun kelihatan sedap.
ReplyDeletememang sedap,terutama lamb stew tu
Deletecik ngah review ttg mkn pulak...hebat sungguh...mcm sedap jer...
ReplyDeletemana la tak bulat kan...heheheheh
Delete