Kalau dulu,bau pun dah tutup hidung,kalau gi kenduri ada "dia" haaa memang tak makan la.Penah sekali makan "dia" sampai muntah-muntah,loya pening segala.Pastu serik nak dekat dah.Apa saja dari "dia" memang Cik Sue mengelak huuhuu..tak boleh dan tak nak,tambahan termakan dakyah dan fitnah asing kononnya membawakan kesihatan,kononnya la.
![]() |
susu nutrigoat yang sedap. |
Amenda Cik Sue ni???? Haaaaaa tu tengok kat bawah tu.....
Haaaaaa yeeeee,daging kambing,susu kambing....mbekkkkk hahahhaa....
![]() |
lamb slices tengah di grilll... |
Dulu serius tak leh nak makan,bau la,pening la.Tapi entah macam mana hari tu paksa jugak makan sate kambing,eh eh...elok plak sedap plak tu,apa lagi terus suka.Sekarang mesti cari kambing kalau pi western food.Dan sekarang siap beli sendiri kat market yang dah siap slice and perap sendiri ,grill je kat rumah bila nak makan,senang,anytime.
![]() |
Lamb grill with sosej cheese |
-sos bbq kimball
-sos black pepper
-daun selasih
-jintan putih
-kicap pekat anis
-serbuk cili atau paprika
Suka jugak kalau masak gulai atau kari ,perghhhhhh yang pekat tu kan,maveles.Hari tu pergi buka puasa yeos kat Shah Alam diorang hidangkan kambing masak kicap manis,perghhhh sedap weiii,lupa lak nak mintak resepi.
Rupanya banyak khasiat daging kambing,susu kambing ni,kita je dok dengar dakyah dan propaganda omputeh tu,pening la,kolesterol la darah tinggi la.Padahal ini kan makanan sunnah nabi kita.Tau tak apa khasiat Kambing ni?
Daging terbaik :
" Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing."-sumberPengurai Kolesterol Tepu :
"Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung."-sumber
Susu kambing susu terbaik :
"Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya."-sumber
![]() |
sate kambing ala indonesia ,first time jumpa cicah kicap,pedassss.... |
Haaaa...banyak lagi tau khasiat kambing ni,siap bleh jadi ubat lagi,so jom ramai-ramai kita makan ikut sunnah nabi jom hehehe...
Cik Sue sekarang memang menjadi kegilaan la,kalau sebulan tak dapat mau meroyan,tapi kalau orang tak pandai buat tak sedap gak kan/? liat la,hamis la...pandai-pandai la pilih ye,tak salah cuba dulu.
bisik-bisik:
Okeh nak pi grill lamb jap,banyak lagi stok dalam peti ais hehehehe....
6 Comments
Kalau tidak ada bau,tekak boleh terima lagi.
ReplyDeletealamak kak sue.. su pun tak suka kambing ni..
ReplyDeletegi la mana2 western food mmg takkan order kambing ni haa...hahaha.. adoi.. siap selalu kena perli, "rugi woo tak mkn kambing"..
minuman sunnah..dah lama nak cuba tapi bila dgr susu kambing...allahuakbar..syaitan menghasut..hehe..mmg tak boleh nak telan...apatah lagi daging kambing..
ReplyDeletedulu lini pun x makan daging n susu kambing bila dah kawen.....baru leh telan sbb ada peminat tegar kat umah
ReplyDeletebsalinkan anak sulung dulu baru dapat telan susu kambing.. haaaaaa..
ReplyDeleteAlahai sedapnyerr Sue ..Buat sendiri lagi jimat belanja ..hehehe
ReplyDelete