The Bites Cafe,Lake Fields,Sungai Besi
Kawasan Sungai Besi agak berkembang pesat dengan kawasan perumahan dan perindustrian,ini salah satu faktor banyak kedai makan,restoran dan warung di kawasan ini.Dengan mempertaruhkan pelbagai menu mudah untuk pelanggan memilih apa yang mereka mahu.Antaranya menu sihat dan menu diet seimbang.
Sabtu lepas Cik Sue sempat memenuhi jemputan food review,kali ni di Lake Fields,Sg Besi.Tak tahu pulak kawasan tu banyak kafe dan restoran.Parking pun banyak kawasan ni.Dekat je dengan Putrajaya.Menghidangkan menu sihat dan sedap,juga makanan western.Konsep kafe santai yang sangat tenang dan selesa.
 |
Bites Cafe |
 |
Ruang hadapan |
Masa Cik Sue sampai ramai jugak orang nasib baik meja dah di booking,di kawasan meja di luar agak panas sikit la kalau tengahari,mungkin pihak kafe boleh sediakan kipas mudah alih untuk keselesaan pelanggan.Di bahagian dalam agak selesa,nyaman dengan hiasan dan dekorasi yang cantik dan kemas,malah ada tempat rehat dan santai.
 |
Tempat rehat,sangat selesa. |
Okeh,jom kita tengok makanannya pulak.Bahan utama kebanyakannya telur,sayuran,daging dan ayam yang di gunakan,walaupun menu ala-ala breakfast tapi masih sesuai di makan bila-bila masa,Dan saiz setiap hidangan agak banyak,nak kongsi pun boleh.Jom tengok apa yang Cik Sue rasa :
 |
Egg Benedict (RM17.90)
Ada bayam,telur,beef bacon dan roti yang garing. |
Menu ini memang sangat sesuai untuk sarapan,dengan gabungan telur,roti dan beef cukup khasiat dan zat di tambah dengan salad dan sos.
 |
The French (RM15.90)
French toast di lapisi chicken slice,telur dan maple syrup. |
Sangat sedap bila kepingan roti di cicah dengan sirap maple tu,memang kena sangat.
 |
Breakfast Pizza (RM 14.90)
beef bacon,telur,bayam,cendawan dan keju. |
First time jugak jumpa pizza dengan telur mata heheheh,tapi rasa memang cukup lengkap ada masin,lemak keju masam tomato,rasa kepingan daging dengan telur kuning mencair,fuhhh.
 |
The Italian (RM14.90)
kepingan turkey,bawang,bayam dan tomato ceri |
Ala-ala telur dadar tapi ada kepingan daging turkey dan bayam,rasa memang sedap.Boleh try ni.Cik Sue yang suka makan sayur memang suka la ada bayam.
 |
The Mexican (RM12.90)
sosej ayam yang di balut dlm tortila,ada telur,cendawan dan keju. |
Menu ini makan petang-petang pun sesuai dengan sos tomato yang sedap tu.Harus cuba.
 |
Club Sandwich Waffle (RM12.90)
telur hancur,sosej,cendawan sos dan salad. |
Biasa sandwich daripada roti tapi yang ini dari wafel,memang lain,lebih ranggup.
 |
Grilled Chicken & waffle Sandwich (RM15.90)
wafel sandwich yang di tambah ayam gril dan telur mata. |
Menu ini lebih kurang wafel sandwich tapi ada ayam gril dan telur mata.Cik Sue suka sos cendawannya,memang sedap,Cik Sue rekemen korang cuba.
 |
Potato Salad (RM9.90) |
Potato salad yang biasa je kita makan tapi potato slaad di sini lebih rasanya dengan taburan parsley dan bawang goreng,ranggup lemak cukup rasa.
 |
Beef Bacon & Shrimp Pasta (RM18.90)
|
Pasta bersama kepingan daging,lepas agak muak dengan telur hidangan ini memang sedap di tekak.agak mengembalikan rasa dengan masin dan masam yang cukup,agak kering tapi masih sedap.
 |
Desert Waffle with Gula Melaka Ice Cream (RM11.90) |
Desert ini Cik Sue suka,gabungan ais krim Gula Melaka dengan wafel tu,perghhh sejukkk je tekak.
 |
Affogato with crushed cranberry almond
biscotti with Coconut Ice Cream (RM8.90) |
Ini juga desert yang agak menarik dengan almond dan ais krim kelapa,gabungan unik tapi masih sedap.
 |
Berries and banana pancake (RM13.90) |
Hidangan ini memang rugi kalau tak cuba,Cik Sue sorang pun boleh habiskan.Ngam-ngam je rasa sirap maple beri dan pancake kosong tu.
 |
grilled salmon fillet on crispy potato caje (RM37.90) |
Hidangan salmon dengan cendawan yang di grill,bersama sos yang sedap,khasiat yang lengkap ada ikan ada sayur.
 |
homemmade ice cream (RM9.90 each) |
Aiskrim homemade perisa bertemakan Malaysia menjadi signature kafe ini.Antaranya perisa teh tarik horlicks,nutella dan pandan kaya.Cik Sue suka nutella danpandan kaya.
 |
apple and awtaermelon juice 9.90 |
 |
hazelnut 11.90 |
 |
hot latte 9.90 |
 |
mocha 11.90 |
 |
cappuccino 11.90 |
Antara minuman yang ada di kafe ini,dan anda harus memcuba minuman kopi,latte dan sewaktu dengannya di sini,kalau tak menyesal,rugi tau memang sedap.
Kafe yang santai memang sesuai untuk berbual dan menghabiskan masa bersama rakan dan keluarga.Menu yang sihat lengkap dengan sayur buah ,daging dan ikan.Makanan memang terbaik.
Cuma cadangan Cik Sue kalau boleh pihak kafe letakkan kipas mudah alih di kawasan makan di bahagian luar kedai untuk keselesaan pelanggan kerna waktu tengahari agak panas.
11 Comments
Mknn dia sume sodap2..terliur gak tgk mlm2 buta nie haa..haha..tp hrga dia pn bole tahan power..hehehe.. Nk plih kna pkior 2,3 kali gak ni kak sue..kalau ade org sponsor xpe la..haha :p tp kalo skli skla bole kot try..hehe
ReplyDeletewahh! tertarik dan menarik dengan salmon tu! :))
ReplyDeleteada stok tepung pancake.. terus rasa nak pi masak skg gak!grr ciksue la ni mengumpan kite:p
ReplyDeleteBolehlah jalan2. cari makan dekat tempat ini nanti.InsyaAllah
ReplyDeleteterus jadi lapar tgk gmbar ni. wuuuu
ReplyDeleteYa Allah, lapar nya tengok gambar makanan semua ni.
ReplyDeleterepeat jom tapi hakak sue belanja.
ReplyDeletemenangis tengok!! sedapnya lahaiii
ReplyDeleteHmmmm nampak mcm best. Nak kena pi terjah jugak la
ReplyDeletethe mexican tuuuu!! sedaapppp
ReplyDeletedid u check if its halal certified?
ReplyDelete