Walau dah berlalu,Cik Sue nak abadikan jugak dalam blog tersayang ni.Sebagai kenangan sepanjang hayat.Pertama kali menembak,pertama kali menegendalikan sendiri pistol Glock17 memang teruja.
22 September lepas,Cik Sue di jemput ke Hari Media TLDM di KD Sri Gombak,dekat Jalan Semarak.Jam 11 pagi Cik Sue ,Kak Long Dila dn Husband dah sampai di KD Sri Gombak untuk pendaftaran dan taklimat,kami di sambut mesra oleh staf TLDM,dan di bawa makan tengahari serta sedikit taklimat ringkas.
![]() |
first time sampai sini |
ucapan dari wakil TLDM |
Selesai solat zohor,kami bergerak ke lapang sasar untu aktiviti seterusnya dengan bas TLDM.Destinasinya adalah Lapang Sasar Pulapol.First time ni nak guna senjata,dalam hati dah dup dap dup dap dah,sebelum ni Cik Sue penah la pegang M16 tu pun belajar bukak je masa kadet,belas tahun dah kottt.
![]() |
dah sampai,kali pertama ni,berdebor |
Sampai je kat sana,kami mengambil tempat dan duduk mendengar taklimat keselamatan dan demo penggunaan senjata.Jangan main-main atau nak bergurau senja buat lawak plak ye,kang berlaku apa-apa susah nanti,keselamatan di utanakan.
penerangan dan demo penggunaan senjata |
Majlis di rasmikan oleh Panglima Tentera Laut dengan menembak piring di lapang sasar yang disediakan.Selepas Panglima mengambil tempat kami di pertontonkan demo penembakan dari anggota IPSC yang menjuarai pertandingan di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
ketibaan wakit Panglima Tentera Laut |
Demo dari anggota IPSC |
Selesai majlis perasmian tiba masa kami pulak di beri latihan singkat dan cara yang betul mengendalikan senjata iaitu pistol Glock 17 yang di gunakan.Teruja dan agak cuak jugak Cik Sue,kami di beri 10 biji peluru setiap sorang untuk latihan.Jom tengok aksi Cik Sue heheheh.
Abg Didi in action~ tak sangka terer wooo |
amacam? hehehe |
![]() |
haaaa cikgu garang tu jangan main-main. |
![]() |
ni la kelongsong yang dah habis |
![]() |
nak menembak ke nak membebel mak cik oiii heheh |
![]() |
sempat senyum lagi tu dalam hati omak aiii |
Kemudian diadakan pertandingan antara media dan TLDM serta PDRM.Sayang grup Cik Sue tak sampai ke final tuk grup media,grup juara media bertanding pulak dengan grup TLDM dan PDRM.Dan jangan tak tahu grup media menang tau ,yeayyyy.
Acara ini tamat jam 6 petang dan kami balik semula ke KD Sri Gombak dengan bas.Pihak TLDM telah menyediakan bilik rehat untuk mandi dan solat,terima kasih banyak ye,layanan yang sangat memuaskan hati.
Malamnya pula kami di jemput ke majlis makan malam ala BBQ dengan kehadiran Panglima Tentera Laut Laksamana Dato' Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar yang sangat peramah dengan semua tetamu.Majlis juga di serikan iringan Quintet Gelombang Biru dari TLDM ,macam kumpulan band la dengan nyanyian dan muzik yang menyegarkan suasana.
mesra |
haaa izwan TV3 ni pun terer menembak,malam jadi emcee lak |
sporting tan sri ni |
Selain makanan yang sedap-sedap ( dengan selamba 4 5 kali ulang tambah heheeh) banyak jugak cabutan bertuah yang best,macam-macam hadiah yang menarik dan berbaloi untuk para pengamal media.Dannnnnn Cik Sue pun dapat jugaaa yeayyyyy.....macam tau-tau je Cik Sue perlukan barang tu hehehe...
![]() |
yeayyy |
![]() |
haaaa memang pucuk di cita la... |
kak long dila pun dapat lucky draw,dannnn jangan tak tahu dia n the geng juara pertandingan menembak pistol tau. |
First time Cik Sue pergi event melibatkan kementerian pertahanan ni,mula-mula rasa macam kekok juga tapi bila dah mesra rasa best pulak,lain kali jemput lagi ye .Insya Allah nak join lagi,seronok! Baru tahu macam mana tugas dan rutin serta aktiviti anggotanya.
Oh ya ,sapa yang berminat bolehlah mendaftar sebafai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut, macam-macam aktiviti ada,untung-untung boleh ikut diorang bertugas di lautan,menggunakan senjata dan macam-macam lagi.Tapi ada sesi pengambilannya.Antara kelayakannya adalah :
bersama wartawan TV3 dan pegawai perhubungan awam TLDM,terima kasih banyak |
bersama penembak tepat,Hidayan dari TLDM Lumut yang mengajar Cik Sue menembak petang tu,dia menang banyak kali dah ni kebangsaan dan antarabangsa. |
Oh ya ,sapa yang berminat bolehlah mendaftar sebafai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut, macam-macam aktiviti ada,untung-untung boleh ikut diorang bertugas di lautan,menggunakan senjata dan macam-macam lagi.Tapi ada sesi pengambilannya.Antara kelayakannya adalah :
Individu yang ingin berkhidmat dalam PSSTLDM sama ada sebagai anggota biasa(LLP) atau pegawai mesti memenuhi syarat asas seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Berumur diantara 18 hingga 40 tahun
- Sihat Tubuh Badan
- BMI antara 20 hingga 26.9
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
Penerima masuk tertakluk pada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah) dan lulus temuduga yang dikendalikan oleh Markas Tentera Laut.
So sapa nak join kena alert la iklan atau masuk kat web kementerian pertahanan ye.
bisik-bisik:
Serius seronok,Cik Sue dah la suka orang pakai-pakai uniform ni,nampak smart dan berkaliber hhehehe,dulu-dulu berangan nak jadi inspektor polis tapi tak cukup inci lak.
Seronok kenal kawan-kawan baru.Terima kasih banyak TLDM.
12 Comments
Best.. Nyesal tak g!
ReplyDeleteWow! Seronoknya... Memang best tu dapat pegang senjata api. Tahniah warga media. Terbaikk..
ReplyDeleteKalau berkesempatan
ReplyDeleteNak g jugaa
Pengalaman berharga...pernah kendali program mcm ni dlu tp M16
ReplyDeleteNak pegang pistol gakkk.. macam polis evo giteww kak sue... seronok aaa dapat pengalaman baru kan..
ReplyDeleteWow seronok nampak..bestnyer Sue..ada peluang nak jgak pgang pistol cam gini hehehe..yeyy dapat adiah gtu..
ReplyDeleteentri dr hati, nice
ReplyDeleteteringin nak men pistol.. huhu
ReplyDeleteHuntung lerrr.... Hwaaa.a... rugi lak x dpt joint ritu...
ReplyDeleteWahh seronoknya sue.
ReplyDeleteAlangkah seronoknya kalau dapat ke sana
ReplyDeleteTerbaik pengalaman ni :-)
ReplyDelete