Siapa yang tak suka masakan kampung? majoriti kita yang berasal dari kampung atau yang memang dari bandar pun pasti suka makan masakan ala-ala masakan kampung atau masakan ibu di rumah kan.Lauk pauk yang enak dan unik,tradisi masyarakat Melayu.
Korang tinggal sekitar Sepang? Kajang? Bangi? Putrajaya? dan mencari masakan kampung yang sedap dan kena dengan tekak? meh Cik Sue cadangkan Ummiza Cafe ni,takkan mengecewakan korang.Terletak di laluan Jalan Jenderam Hulu dan berhampiran Miat,serta Unikl,lokasi di dalam suasana kampung dengan pokok menghijau sangat menenangkan.Tidak perlu risau tentang parking kerana restoran ini punya halaman yang luas,senang untuk parking kereta.
papan tanda di tepi jalan |
![]() |
hadapan restoran |
![]() |
bahagian dalam kedai |
![]() |
surau juga di sediakan untuk kemudahan pelanggan |
ikan goreng garing~nampak biasa tapi sedap,rangup. |
ikan kembung berlada ~sambal berlada memang sedap |
keli berlada ~ menjadi rebutan,ranggup dan sedap tak terlalu pedas |
Asam Pedas Tenggiri~ wajib cuba,cukup rasa,bagi Cik Sue memang terbaik |
Ayam Goreng rangup-simple dan sedap di ratah sahaja |
Ayam Masak Merah-sedap! macam mak masak kat rumah! |
Ayam Kicap Bercili-tak pedas pun,wajib cuba. |
Ayam kampung masak lemak- Ini memang wajib cuba,tak rasa memang rugi, sedap betul,Cik Sue sarankan anda cuba. |
sambal udang petai-Udang fresh,tak terlebih masak,sedang elok,sambal manis pedas secukupnya. |
kari daging dengan kentang-fuhhhh macam pergi kenduri kawin di kampung, ini cicah lempeng pun sedap ni. |
Gulai rebung madu- okeh ini rare dan sedap,cubalah,tak de bau pelik-pelik, kuah yang secukup rasa,sedap di lidah Cik Sue. |
Masak Lemak Pucuk Ubi-Ini Cik Sue buat ratah je ni,2 3 mangkuk pun boleh,tak pedas mana pun. |
Sup Cendawan-sedap! cendawan segar tak terlebih masak. |
Kobis Goreng-biasa-biasa,kena dengan lauk pauk lain. |
Sambal Bilis-arghhhhh masih teringat kerangupan dan sedapnya sambal ini,ramai orang boleh buat tapi tak ramai yang buat sedap,tapi yang ini memang terbaik (Cik Sue siap tapau hehehh) |
Ulaman dan sambal belacan,pelengkap hidangan. |
Ini semangkuk Cik Sue ratah saja,sumpah sedap. |
![]() |
donut |
![]() |
pelbagai kuih |
![]() |
kaswi |
![]() |
kami menjamu selera |
![]() |
Kelabbloggerbenashaari di Ummiza Cafe |
Ummiza Cafe
No 229 Batu 29 Kampung Jenderam Hulu ,Sepang
landmarknya berhampiran Miat dan Unikl,
korang juga boleh waze Ummiza Cafe
Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569
Komen Cik Sue :
-Memang berbaloi untuk buat majlis makan-makan di sini,kawasan parking yang luas,kedai yang selesa,siap boleh tambah khemah di hadapan.
-Makanan dan menu yang di masak sendiri oleh keluarga tuan restoran,setakat yang Cik Sue rasa tiada tambahan bahan MSG.
-Masakan yang terbaik,bukan masak cincai asal ada,tapi memang puas hati makan.
-Harga makanan yang berpatutan tidak terlalu mahal.
-Suasana dalam kampung.
bisik-bisik:
Memang akan jadi port Cik Sue ni,dekat je dengan rumah ,nanti nak ajak Mr D cuba sarapan pagi pulak dengar khabar kawan-kawan sekitar sini Nasi Lemak dia agak sedap,nanti kita cuba ye.
24 Comments
Sedapnyaaa masakkan kampung kat sini... Lapar terus perut ni tengok gambar tu semua
ReplyDeletesangat sedap masakan Ummiza cafe... terliur tengok..
ReplyDeleteKecoq aih pepagi....huwaaaa...tak ajaaaaakkkk...
ReplyDeleteserius sedap giler kannn...
ReplyDeleteHuwaaaa~.... Untung lah dekat rumah.
ReplyDeleteNanti nak gak pekena nasi Lemak UMMIZA
Huwaaaa~.... Untung lah dekat rumah.
ReplyDeleteNanti nak gak pekena nasi Lemak UMMIZA
Huwaaaa~.... Untung lah dekat rumah.
ReplyDeleteNanti nak gak pekena nasi Lemak UMMIZA
sedap dan menyelerakan..
ReplyDeletepasti akan datang lagi!
Memang sedap! Nak pergi lagi nanti
ReplyDeleteyang penting ada logo WIFI free tu!
ReplyDeletehehe!
Masakan kampung memang paling best kan :)
ReplyDeletetiba-tiba lapar .. hahaha
ReplyDeletekalau p makan mesti cari surau.. hehe apa2 senang kan.
aduhai kecur liur tgk gambar2. cam nk gi sana skrg jug.hihi
ReplyDeletebest la sebab dekat ngan rumah..bila2 masa leh lepak sini kan....jeles...
ReplyDeletek,sue.. jom kita repeat hari sabtu ni
ReplyDeleteSODAPNYE MAKANAN TUUUUU .. HEHE .. SIMPLE TP NMPAK MENARIK .. NK POGI GAK TP JAUHHH .. EKEKE
ReplyDeletetgk gambar pon dah nmpak sedap... masakan kampong mmg sedap
ReplyDeletetempat selesa, tengok gambar makanan pon dah terliur ni
ReplyDeletekak sue ni..sajakan tunjuk makanan sedap2..lapar dah ni..bole la try gi sana..dekat dah tu =)
ReplyDeleteSedapnya nyum nyum nyum. Yaya memang peminat no 1 makanan kampung macam ni
ReplyDeletemmg nak repeat lg..terasaaa betul masakan dia..mmg sedappp
ReplyDeletelapar...laparrr...lapar nengok laukk
ReplyDeletegeramnya tgk lauk pauk tuuuuuu!
ReplyDeleteaduii..bulan puasa ni. Mujur esok nak raya
ReplyDelete