Kalau sebut makanan dan restoran Jepun,ramai yang suka tapi tak berani nak mencuba di restoran-restoran Jepun yang biasa dan ada di mall atau shopping centre besar,bimbang tentang Halal dan bahan yang di gunakan.Seperti yang semua tahu makanan Jepun terutama sushi ni menggunakan mirin atau sake sebagai bahan dalam pembuatannya untuk tahan lama.Bagi yang rajin nak mencuba buat kat rumah,bolehlah buat versi sendiri bagi yang malas macam Cik Sue ni tengok dan lalu je la kat restoran-restoran ni heheehe.
Alhamdulillah sabtu lepas Cik Sue berpeluang makan tengahari di sebuah restoran Jepun muslim dan halal di Bangi.Konsep restoran ni menghidangkan menu ala food court tapi di ruang yang lebih selesa dan nyaman namun keutamaan menu adalah makanan Jepun.Maksudnya selain menu utama makanan Jepun ,mereka juga hidangkan makanan selera melayu dan western versi Malaysia,sesuai dengan tekak orang kita.
Restoran yang baru beroperasi sebulan lebih ini di miliki oleh 100% bumiputera orang melayu kita dan pekerja semua melayu dan Islam.Dari pemilik,chef dan pelayan semua melayu Islam.Menu jepun yang di hidangkan pula tidak menggunakan sake atau mirin tapi di ganti dengan cuka,gula dan garam yang hampir sama rasanya.korang tak perlu ragu tentang status halal kerana ia sama macam restoran melayu biasa seperti kedai-kedai tomyam atau warung pak mat atau mak munah di luar sana,100% melayu Islam,cuma restoran ini menghidangkan makanan Jepun versi Malaysia.Bahan yang di gunakan juga di bekalkan oleh pembekal yang mempunyai status halal
Jom kita tengok menu yang ada :
Kiri Tokyo Drift (RM23.90) & Kanan Chicken Teriyaki (RM18.90) |
Konichiwa Fried Rice (RM16.90) |
Assorted Sushi (RM3.90-RM8.90/pcs) |
Cheese Tori Karage (RM10.90) |
Okonomiyaki (RM15.90) |
Mee Udang Serai (RM15.90) |
Double Bed Cheezy Lovers (12.90) |
Grilled Chicken Chop (RM16.90) |
Antara minuman special yang di hidangkan :
Yang hijau Cucumber Boi (RM9.90),Konichiwa Kopi O Floats(RM7.90) Strawberry Milk Shake (RM9.90) |
![]() |
Ice Tower (RM35) |
Yang ni boleh kongsi kalau datang ramai-ramai .ada 2 pilihan Ice Lemon Tea dengan Watermelon Juice,malah boleh refill lagi kalau habis.Berbaloi kan.
Apa yang Cik Sue suka tentang restoran ini :
1. Mudah parking dan kedudukan strategik
Terutama tuk orang macam Cik Sue yang ada anak kecik nak bawak stroller bagai ni,parking area depan kedai sangat memudahkan,kami datang Sabtu tengahri tu pun tak penuh sangat parking.Kedai ni pun mudah nampak dari jalan besar bila nak cari dengan signboard yang jelas.
kelaparan hehehhe |
Ruangan dalam restoran sangat selesa,kemas dan hiasan yang simple,ruangan dapur yang boleh nampak chef mereka memasak,kalau ragu-ragu jenguk je dapur diorang.Susun atur meja yang kemas dan kerusi yang selesa.Layanan staf juga sangat baik.dengan kapasiti yang boleh memuatkan hampir 60 orang dalam satu masa.
Nah siap ada video masakan teppanyaki dari chef lagi hehehhe...
3. Pilihan menu yang pelbagai.
Bnus untuk Cik Sue,sebab suka makanan Jepun tapi Mr D tak suka jadi boleh order menu wester atau melayu,dan makan la awak saya nak makan sushi hehehe,tak yah nak gi banyak-banyak kedai tau nak tapau-tapau makanan kedai lain bawa sini heheh.
4. Chef yang berpengalaman
Chefnya adalah abang kedua kepada pemilik kedai dan berpengalaman hampir 32 tahun dalam Japanese Pantry Chef dan pernah mempunyai restoran sendiri di Dublin.Jadi menu jepunnya tak di ragui lagi,memang sedap.
dengan family kak afizah,humaira? mentido la apa lagi heheheh |
Dah kenyang baru boleh posing |
Bagi Cik Sue memang puas hati makan kat sini,yang penting boleh makan dengan tenang tanpa ragu status halalnya.Oh ya,Konichiwa Cafe juga menerima tempahan untuk majlis kecil-kecilan di restoran mereka,seperti majlis harijadi,reunion,farewell party atau apa saja majlis-majlis kecil.Boleh buat tempahan awal tempat dan menu sekali supaya senang mereka sediakan.Untuk majlis hari jadi ,hiasan dan deco di beri percuma,cafe ni juga menyediakan servis kiosk makanan jepun untuk majlis perkahwinan dan akan datang ada delivery untuk menu mereka.
Bagi yang ingin merasai sendiri menu dan makanan Jepun yang halal ni korang boleh dapatkan detail di bawah ye.Cubalah mana tahu kena dengan selera korang,dan pastinya Cik Sue akan repeat lagi datang sini.Daripada makan yang ragu-ragu ,baiklah ambil yang dah tentu halalkan?
KONICHIWA CAFE, BANGI
Facebook: Konichiwa Cafe
Instagram: @konichiwacafe
Alamat:
Jalan 6/7b, Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Nombor telefon: +60 12-200 2090
Masa Operasi:
Selasa-Khamis dari 12 tengahari - 10 malam
Jumaat dari 2 petang - 11 malam
Sabtu & Ahad dari 12 tengahari - 11 malam
7 Comments
Menariknya restoran dia, nampak cantik sangat. Makanan pun nampak menyelerakan, walaupun kita tak pernah makan makanan jepun.
ReplyDeleteAkhirnya bersua muka jugak kita yer sue ☺☺
ReplyDeleteNampak sedap nak cubalah nanti...
ReplyDeleteMenarik kak sue. boleh ni p.
ReplyDeletenmpak menariknya
ReplyDeleteAlja tak makan makanan Jepun, tapi bila tengok gambar ni, jadi sedap pulak sampai rasa nak try. InsyaAllah boleh lah try nanti :D hihi
ReplyDeletesedapnya lahai..boleh terjah
ReplyDelete