Istimewa iftar tahun ini berkonsepkan "International Iftar" iaitu hidangan antarabangsa dan pastinya juadah warisan melayu.Cik Sue sempat mencuba beberapa menu yang di hidangkan di majlis review tempoh hari.
![]() |
peneman setia,handbeg bergerak |
Antara menu baru yang menarik hati Cik Sue adalah Nasi Briyani Buloh yabg lebih kurang macam lemang tapi sebenarnya nasi briyani yang di masak dalam buluh,Sedap ,beraroma dan lembut nasinya.Satu lagi menu menarik Ikan Bakar Istimewa yang di bungkus atau di liputi garam dan di bakar,selalu Cik Sue tengok chef-chef buat dalam Channel AFC je ,kali ni rasa sendiri,sedapppp,isi ikan lembut sangat,tapi tak de la masin melampau,just nice orang kata.Korang kena cuba ok.Menu baru yang lain adalah Kaki Lembu Panggang,yang ni Cik Sue tak sempat rasa.
![]() |
Nasi Briyani Buloh |
![]() |
Ikan Bakar Istimewa |
![]() |
tortilla |
![]() |
pizza |
![]() |
Humus |
Selain dari hidangan antarabangsa,Menu warisan melayu juga tak di lupakan antaranya Kari Kambing Rusuk Nangka Muda,Rendang Tok,Daging Hitam Manis,Nasi Dagang,pelbagai pilihan makanan Arab,pelbagai hidangan mee,Bgi penggemar makanan pantai timur pula ada di sediakan Nasi Kerabu lengkap dengan Solok Lada,Daging Bakar Dan Ayam Percik.
![]() |
set nasi kerabu |
Aneka Lauk-Pauk Melayu.
Selain menghidangkan lebih 300 menu untuk berbuka puasa,Cik Sue suka berbuka di sini sebab parking yang banyak dan mudah,family yang ada anak kecil pun senang macam Cik Sue ni bawa stroller baby semua,banyak akses seperti lif dan laluan yang boleh di gunakan.Satu lagi suraunya luas dan bersih,suka,selesa sangat.Picc ni pun cantik kawasannya,tenang je kalau lepak sini.
Jadi kalau korang rasa nak bawa keluarga dan rakan-rakan pejabat atau nak cadangkan kat bos untuk majlis buka puasa boleh hubungi nombor di bawah ye.
Harga :
Dewasa RM98
Kanak-kanak 6-12 tahun RM49
Untuk tempahan :
Putrajaya Catering Services
Convention & Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd
Telefon : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Email : enquiry@pcs.my
Web www.picc.com.my
FB www.facebook.com/piccmalaysia
8 Comments
terliur plak tgk nasi kerabu,.
ReplyDeleteperghh... serius terliur tgk menu2 dia. lagi2 Nasi Briyani Buloh & set nasi kerabu. macam sedap je tgk nasi briyani buloh tu
ReplyDeletebanyak nya menu dia.. wahh teruja pulak rasa.. tambahan nasi beriani buluh tu dengan solok lada.. nyum nyum..
ReplyDeleteyanieyusuf.com
Nasi Briyani dalam buluh tu pertama kali saya tngok ni, tak pernah tau wujud. Hmm selalunya kalau masak macam ni, mesti rasa dia lebih sedap.
ReplyDelete..
perghhhh. makanan dia menyelerakan. unik nasi briyani tu
ReplyDeletepertama kali datang sini, memnag banyak gile rmenu dia
ReplyDeletenanti bawa lisa pergi situ ye kak sueee
ReplyDeletemakanan dia semuanya menyelerakan!
ReplyDelete