Hai korang,ni Cik Sue nak tanya,biasa shopping barang dapur
kat mana? Kalau Cik Sue dulu-dulu zaman bujang dan berdua je tak de anak lagi
suka gi pasaraya sorang-sorang,tak suka ajak Mr D nanti sibuk penat la ,lenguh
la,nak balik la,lama sangat la pilih barang hehehe.Bila pergi sorang-sorang
aman sikit nak pilih barang,nak belek-belekkan.Tu masa boleh pergi
sorang-sorang la,sekarang dah ada “handbeg bergerak” aka Humaira ni,agak payah
ak gi pasaraya dan berlama-lama pilih barang kalau sorang-sorang.Terpaksa
tunggu Mr D ada,selalu hujung minggu je la,sebab kalau pergi sorang-sorang mana
nak tolak stroller mana nak tolak troli pasaraya lagi,kang Humaira meraung
lagi,adoiiii kang habis dok susahkan semua orang.Kalau terdesak sangat pergi
kedai runcit di kawasan rumah je,tapi selalu tak banyak barang yang Cik Sue nak
tu ada.

Tapiiiiiiii,baru-baru ni Cik Sue dah jumpa satu website
shopping barang dapur tau,bukan sekadar barang kering,barang basah pun
adaaaa.Ya Allahhhhhh,lega sangat,dah la ada penghantaran ke muka pintu lagi.Dan
yang bestnya ada barang-barang import yang halal juga,kekadang Cik Sue ni suka
masak hidangan western,memang mudah.Segalanya ada,dari bahan kering untuk
memasak,bahan baking,makanan siap di makan,malah barang-barang kelengkapan rumah,pencuci,ubat
nyamuk pun ada tau.
Honestbeemy Sangat Membantu.
Yaaaa,inilah dia laman www.honestbee.my
,mula-mula klik teruja Cik Sue,cukup lengkap,sampai rambang mata.Yang bestnya
dekat sehari pilih barang,siap boleh rehat jap makan minum,pastu sambung
shopping lagi hahahahha,ye la kat rumah je kan,apa ada hal.Sambil susukan
Humaira pun boleh klik-klik,Ya Allahhhh,syurgaaaa sangat rasanya hahhaha.
Konsep dalam honestbee ni ada banyak kedai,korang pilih je
barang-barag dari kedai tu,oh ya,siap ada kedai bunga tau hehehehe,sib baik Cik
Sue kurang minat bunga-bunga ni,eh tapi kalau orang hadiahkan ok jee. Kedai-kedai dalam honestbee ni ada kedai
barang-barang runcit,kedai barang makanan Jepun,La Juiceria yang jual air detox
tu pun ada tau,kot malas nak buat jus,order je.
Harga Berpatutan,Banyak Pilihan.
Dari segi harga memang berpatutan,beza pun Rm1-2 je,tapi ok
la siap hantar ke rumah.Kalau keluar beli sendiri pun sama jugak kita keluar
duit untuk minyak,parking lagi,malah masa lagi tuk cari dan pilih barang.Ni
kita pilih sementara tunggu barang sampai boleh buat benda lain dah,jimat masa.Cik
Sue juga tertarik dengan web ni sebab banyak pilihan,kalau pasta tu macam-macam
jenama ada,kalau cheese tu berjenis-jenis,siap ada yang Cik Sue tak tahu
pun.Seronok je memilih.
Proses Pembelian Yang Mudah dan Lancar
Honestbee ni memang mesra pelanggan,webnya pun mudah nak
faham.Cara nak membeli-belah senang je :
![]() |
apps honestbee |
2.Signup sebagai pelanggan,dah siap login ,settingkan lokasi penghantaran klik di sebelah nama korang di bahagian atas sebalah kanan tu dan mula membeli belah.
3.Dah siap,klik troli anda dan check senarai arang yang anda pilih,oh ya diorang akan beritahu kalau barang tu dah abis stok atau ada ruangan di bawah setiap barang untuk korang letak pilihan barang ganti (replace) kalau-kalau habis stok nanti,kira macam pilihan kedua la,tapi kalau tak isi dulu pun tak pe.Sebab masa shopper diorang carikan barang kalau habis stok diorang akan wasap tanya,nak ganti dengan barang apa atau diorang bagi cadangan barang replave tu,paham dok?
4.Ok klik check out,masukkan nombor telefon,dan tetapkan masa penghantaran,korang akan di tunjukkan jadual hari dan masa,jadi boleh pilih ye.Oh ya,boleh juga masukkan pesanan seperti sila call sebelum hantar,haaa Cik Sue la tu hehhee.
5.Seterusnya cara pembayaran,korang boleh pilih nak bayar dengan debit card atau cash masa penghantaran,macam Cik Sue pilih cash je senang,kalau-kalau ada barang habis stok dia akan revise balik list barang dan resitnya.
6.Kalau ada kupon Voucher masukkan,dan place order.Diorang akan bagi emel confirmation.
7.Sebelum penghantaran,shopper yang belikan barang korang akan wasap atau call kalau ada apa-apa masalah seperti pilihan barang atau apa-apa je lah.Sampai proses penghantaran,rider tu akan call.
8. Bila dah sampai,sila check barang korang dan resit akan di beri.
Haaaaa senang je,Cik Sue hari tu buat lokasi penghantara ke office Mr D sebab masa tu Cik Sue tak de kat rumah,jadi Mr D akan terima dan bawa balik.Mudah je,sebab kita boleh tetapkan apa yang kita mahu.Memang berbaloi.Balik rumah tengok barang dah ada kat dapur Mr D bawa balik,happy la Seorang Cik Sue bila semua dah tersedia,tinggal masak je.
![]() |
yeayyyyy barang dah sampai |
![]() |
hambikkkk berplastik2 |
![]() |
antara barang cik sue beli |
Jadinyaaaaaa Cik Sue pun nak korang cuba servis honestbee ni
dengan belanja korang voucher diskaun,syaratnya :
-pembelian minimum rm100 (diskaun rm20)
-Sah sehingga 30 June 2017
-terhad kepada sekali pembelian dan pelanggan kali pertama
sahaja
Ini kodnya HBSPECIAL
Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok di link media
social mereka ye :
Web www.honestbee.my
Ps: Selamat Shoppinggggggg.
7 Comments
sayangnya tk cover tmpt lisa. kalau cover nti kan lisa rajin masak . #ehh hahaha
ReplyDeleteMudahnya, jimat masa dan tenaga.
ReplyDeleteMinyak masak basso tu sama ngan juju tau sbb beli kt honestbee best lah servis lajuuuuu
ReplyDeleteAmboiiii sakan kaksue shoppingg. Tapi memang nampak memudahkan la kaksue . Semua hujung jari jee
ReplyDeleteAkak selalu shopping kat Bens sebab x jauh dari opis en tunang, beli barang dapur memang kat situ je..dah ada website ni senang la keja akak..hehe..tadi check alamat ok masih dalam kawasan delivery diorang...nak cuba la
ReplyDeleteWAHHHHH ! Goyang kaki je boleh dpt brg dapur. huhu
ReplyDeletetak yah kua..
Memang memudahkan.. Kalau la ada di Kelantan..
ReplyDelete----
ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017
http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html