Sapa suka makanan Jepun angkat tangannnnnn....yeayyyy sep sikit kita geng,sejak bila ntah Cik Sue suka makan sushi la tempura la,memang kalau di buffet hotel atau apa-apa majlis memang Cik Sue akan ambil la,kecuali wasabi hahahhaha pedas oiiii tak tahan.
Baru-baru ni Cik Sue sempat mencuba seleksi menu baru di Restoran Kazumi,Hotel Bangi-Putrajaya.Berkonsepkan fusion menu,hidangan yang di hidangkan memang menarik perhatian sapa yang datang,Cik Sue pun teruja sampai tak tahu nak pilih yang mana,siap tanya cadangan menu dari pelayan kat situ mana yang sedap.Kali ni Cik Sue bawa adik bongsu dan si kenit Humaira lepak makan mencuba menu baru ni.
Kebanyakan menu-menu baru ni satu portionnya banyak tau,boleh kongsi,makan sorang tak habis kalau bukan jenis tangki besar la hehhehe.Cik Sue pun order kongsi-kongsi ngan adik mana yang nak rasa tu.Jom tengok menu yang ada dalam seleksi menu Fusion diorang ni.
Kushi Yaki
Skewer daging dan seafood serta sayuran dengan sos khas.Yang ini kami tak order,orang meja sebelah yang order kikiki,tumpang ambil gambar je hahahaa gigih minta izin.Ni banyak tau,boleh kongsi makan 4 orang juga la.Isinya nampak berjus lagi tak terlalu kering,rasa jangan tanya ai okeh,tak try yang ni heheheh.
Chirashi Sushi
Hirisan ikan import seperti tuna dan mackeral serta seafood di hiris nipis dan di hidangkan dengan sup miso.Yang ini pun bukan Cik Sue yang order ye hehehhe.
Surf & Turf
Haaaa,yang ni Cik Sue order,mengah oiiii nak habiskan,padan muka.Ingatkan kecik sekali datang hambikkkk sedulang ko.Ada daging teppanyaki,udang tempura,ayam goreng salut serbuk roti,ikan mackeral grill dan potato salad.Serius semua sedap,lembut cukup rasa.Kalau korang datang lunch atau minum petang 2 atau 3 orang order yang ni sudah,kenyang okeh.Ni pun jenuh Cik Sue kongsi ngan adik nak habiskan.
Fire & Ice
Cik Sue order yang ni sebab teruja tengok orang meja sebelah ada hidangan api-api bagai wahahahha ngek tul.Ia himpunan pelbagai sushi dan ketam kulit lembut yang di bakar dan di buat sushi,sos soya masin dan wasabi di sediakan.Dannnnn sedap oi sushinya,segar betul terasa kemanisan isi ikan dan ketamnya.Yang ni tak besar sangat,biasa-biasa je,sorang pun boleh habiskan.
Flying Noodles-Inaniwa Udon
Haaaa mee terbang/terapung lagi tu heheheh.Yang ni adik Cik Sue order,mee udon makan dengan kuah sos telur masin,sedap kuah dia,tapi macam cepat muak sikit maybe sebab mee nya kembang dan besar kot.
Minuman-Jus Oren dan Nenas
Agak sedap jusnya tak manis gula,origial rasa manis buah je,kami pilih buah oren dan nenas nak hilangkan muak makan banyak heheheh.
Ice Flower Honey Green Tea
Ini selalu wajib orang order kan kalau ke restoran Jepun kan? ke tak? hahaha tapi pelayan kat sini sibuk suruh Cik Sue cuba dia kata sebagai air detox juga.Fuhhh Cik Sue ngeri sikit kalau green tea ni hahahha kelat.Sekali sampai try minum sedapnyaaaaaa,ada kelopak bunga,wangi dan manis madu di campur,sampai habis Cik Sue minum hehehhee.
Ni pulak pencuci mulut,aiskrim rasa teh dengan kek green tea,aiskrim tu sedapppp tapi kek tu Cik Sue kurang skit sebab ada rasa kelat green tea hehehhe.
Oh ya,untuk Humaira pun ada,Cik Sue lupa la apa namanya ni,tapi telur yang di kukus macam puding lak,sedap tapi muak sikit.Banyak gak Humaira makan 3/4 mangkuk tu dia habiskan.
Kalau korang yang kerja-kerja formal atau nak bawa klien /pelanggan makan makanan Jepun boleh la bawa datang sini,puas hati makan,semua sedap-sedap.Ada sudut yang kita boleh tengok diorang sediakan sushi tu,oh ya dari pelayan sampai chef semua melayu,so tak payah berlatih cakap Jepun la kikiki.Ruang makan pun selesa,bersih dan nyaman.
Kot la bos korang minta bawa pelanggan dari Jepun makan ke kan,boleh la cuba.Nak buat tempahan meeting sambil makan-makan pun boleh,hi tea ke,lunch ke.Boleh tempah awal-awal.
Kazumi Japanese
Lunch 12.00pm-2.30pm
Dinner 6.30pm-10.00pm
(Monday-Closed)
Hotel Bangi-Putrajaya, Off Persiaran Bandar
43650 Bangi, Malaysia
Tel : 03-8210 2222
Untuk maklumat lanjut korang boleh klik FB diorang ye :
Facebook Kazumi Japanese Cuisine
0 Comments