Shellout Sedap dan Murah di Sepang : Dlaila Shellstation

Dari lepas pantang hari tu lagi sebenarnya teringin nak makan shellout,tapiiiiii Mr D tak minat seafood sebab dia tak pandai makan,ngengadakan? Kalau Cik Sue kopekkan udang atau ketam baru dia makan,nasib la awak dapat bini penyabar tau hahahha.So kebetulan adik bongsu teringin nak cuba,Cik Sue ada geng la,kami adik beradik memang hantu seafood,ratah saja pun boleh.


Tunggu en somi balik kerja terus ambil adik kat tempat kerja,terus gerak ke lokasi untuk mengenyangkan perut,tak de la jauh mana dengan tempat kami,dalam15 minit je.Lokasinya di White Garden Food Court,Kuarters KLIA,Sepang.



Yeeeeee,ni la kedainya Dlaila Shellstation,haaa betul la tu kedai kak laila tokey mee udang MMA Santai Corner,Bandar Baru Nilai,boleh baca SINI ,kali ni dia buka gerai shellout pulak,selepas mee udang viral,laksa sarang,bubur nasi,menu telur mayong glamer dia tu.Tapi lokasi kali ni kat sini pulak ye,yang kedai mee udang tu kat Nilai.


D'Shellstation ni menghidangkan 2 jenis kuah iaitu Black Pepper dan Butter Cream Milk,ada juga Mantou Bun yang di makan dengan butter cream,lembut sangat bun nya.Harga pula memang mampu milik dan berbaloi bermula RM22 hingga RM80++ ,ada pakej-pakej yang boleh di pilih ikut berapa orang yang nak makan ye.Kami pilih set tuk 2 orang je sebab Mr D tak makan sangat seafood so Cik Sue order makanan lain dari gerai lain kat dia,banyak juga pilihan makanan kat food court ni.Tak pun order je anika sup dengan nasi kat dlaila supppower kedai kak laila jugak sebelahnya.


Kebetulan masa tu tak ramai orang,sekejap je tunggu dah sampai hidangan kami,1 set Mantou Bun dengan Set Shellout untuk 2 orang dengan nasi sekali.Terus ngap la apa lagi masing-masing dah lapar hehehhe.




Fuhhh hingga menjilat jari,set ni lengkap ada kepah,ketam,udang,sotong,pepahat,lala,sotong dan kupang.Memang boleh rasa semua seafood dalam satu pinggan.Rekemen la sapa nak makan shellout murah dan berbaloi boleh datang sini.Mantou Bun tu pulak lembut cicah dengan butter cream sedapnyaaa tak cukup 1 set tu sebenarnya hehehe.


So sapa yang nak cuba boleh Waze je White Garden Food Court,Kuarters KLIA.Cari kedai Dlaila Shellstation,Insya Allah puas hati, atau korang kontek je kak laila cari kat fb dia

 https://web.facebook.com/dlaila.suppower

p/s.
Nak kena repeat ni kena ajak geng backpackers lak hehehhe...

Post a Comment

15 Comments

  1. kita lagi dari anak first nak makan dekat kedai klaila, tapi ntah bila nak dapat..hahaa..nampak sedap..nak paksa gak en somi

    ReplyDelete
  2. ya Allah, telan air liur banyak kali dah nih..tq info sis..blh pg nanti..jemput singgah blog saya sis..

    https://dotneeda.blogspot.my/2017/10/jangan-abaikan-perkara-ini-ketika.html

    ReplyDelete
  3. Nampak gambar pun memang sedap... Boleh lah cuba makan shell out nanti kat sini.. TQ for sharing anyway

    ReplyDelete
  4. teringin nak pergi! dah dekat dengan rumah sewa adik ni

    ReplyDelete
  5. xpernah lagi merasa shell out kak laila

    ReplyDelete
  6. Alaaa bila laa nak dapat pi ni, dah lama teringin nak rasa...

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi rasa makan shell out nih

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi rasa makan shell out nih

    ReplyDelete
  9. bila la dpt serbu dan rasa ni.. tak de teman , alahai

    ReplyDelete
  10. tengok gambar pun tau sedap.. huu~ lapar..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sedapnya sue oii.. nak g jugak tapi jauh noo hahaha..

    ReplyDelete
  12. ala.. x sempat lagi nak pergi.. huhu.

    ReplyDelete