Hai ibu-ibu dan bakal ibu-ibu sekalian,korang nak tahu tak, Cik Sue ada berita baik ni, khas untuk korang.Yang bakal-bakal ibu tu dah habis ke buat persiapan nak sambut si comel korang, dan persiapan untuk berpantang? Yang ibu-ibu menyusu dan ada bayi tu, tengah cari barang bayi anda ke? atau cari aksesori cantik-cantik dan comel untuk keselesaan korang dan bayi? Yesssss meh baca sini Cik Sue nak war-warkan berita baik.
Pembukaan meriah cawangan Moms House Baby Shop,Bangi Gateway.
Sabtu lepas Cik Sue sempat hadiri pembukaan yang meriah butik barangan bayi serta keperluan ibu mengandung,menyusu dan berpantang iaitu Moms House Baby Shop di Bangi Gateway, Seksyen 15 , Bangi.Memang meriah, seawal pukul 11 pagi Cik Sue dah sampai sebab di khabarkan ada pelbagai aktiviti menarik semasa pembukaan ni. Selepas pendaftaran Cik Sue terus ambil tempat di bawah khemah yang di sediakan, Cik Sue pilih tempat duduk di hadapan pentas, senanglah sikit nak tengok kan.
Lepas dah duduk baru Cik Sue tahu majlis hari ini akan di rasmikan oleh pelakon cantik manis Sari Yanti dan pengasas Bella Ammara iaitu Belle Al-Yahya sebagai tetamu istimewa.Tapi sementara menanti ketibaan mereka untuk perasmian banyak aktiviti lain yang diadakan untuk pengunjung.
Humaira la paling seronok sebab ramai geng-geng sebaya dia, pastu siap pasang lagu Didi and friends la, lagu Omar dan Hana la, haaaaa berjoget-joget dia kat situ. Cik Sue datang situ kebetulan nak beli barang dan jumpa orang, dah tahu ada perasmian apa salahnya sertai sekali kan, sambil tu nak tengok apa yang murah sempena jualan pembukaan ni.Pusing-pusing dan lepak boleh pulak jumpa Cik Long Fiza Fantagiro datang beli barang, kemain la dia shopping, jualan murah kan. Sempat la kami tengok aktiviti yang berjalan sekejap.
Antara aktiviti yang di jalankan adalah cabutan nombor bertuah,demonstrasi pemakaian bengkung berpantang ,baby wrap dan promosi produk Biobax dari wakil masing-masing. Dok tengok demo berkenan pulak dengan baby wrap sebab ada je yang tak perlu lilit-lilit tu, dah ada yang instant punya, okeh masuk list tuk beli nanti hehehhee tapi Mr D la kena pakai,Cik Sue ada masalah pinggang huhuuu.
Beberapa produk turut bekerjasama dengan butik ini untuk pembukaan yang penuh meriah antaranya :
- EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd
- Vita Water
- Mimie ismail's wardrobe - bums&bums
- Biobax Cool Therapy HQ
- Joielle Baby
- D' Aura HQ
- Virus Marketing
- Serimama Milkbooster & Set Berpantang.
- Bella Mom's
Sambil-sambil tengok aktiviti dan barang-barang kat butik tu,Cik Sue di perkenalkan dengan produk makanan bayi terbaru dari pembekal barangan bayi iaitu Little Baby Grain,di mana beras dari kualiti terbaik di campur dengan bijirin sesuai untuk pemakanan bayi yang dah boleh makan solid food. Tapi masa ni baru di perkenalkan je, akan di keluarkan untuk jualan tak lama lagi. Sempat bagi Humaira rasa, suka pulak dia sampai 3 cup dia ambil sendiri hehehehhe
Lepas tu ada pulak pertandingan bayi comel, tapi Cik Sue tak sempat nak daftarkan Humaira, seronok dia tengok geng-gengnya bergaya, comel-comel belaka. Macam-macam fesyen di hias oleh mak ayah. Macam-macam gelagat bayi dan kanak-kanak yang masuk bertanding.
Jam 1 lebih barulah tetamu VIP muncul untuk majlis perasmian dan penyampaian hadiah. Memang meriah kehadiran mereka dan memang di nantikan,majlis perasmian pun berjalan dan cabutan nombor bertuah di jalankan. Seterusnya Sari Yanti dan Belle Al-Yahya menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap acara dan pertandingan.Oh ya,Bella Ammara pun dah ada produk ibu-ibu bawah label Bella Mom.
Jualan Murah Sempena Pembukaan.
Sempena pembukaan penuh meriah butik ini,pelanggan boleh nikmati harga istimewa barangan bayi, ibu mengandung, alatan meyusu dan berpantang. Nak tahu apa yang murah dan best korang kena la datang tau, tengok sendiri, bagi Cik Sue memang berbaloi la harga jualan murah ni, ada yang Cik Sue beli kat kedai lain lebih mahal. Jualan pembukaan ini berlangsung dari 20 Mac -20 April 2018 sahaja,jadi cepat-cepat terjah ye.
Amacam, rambang mata kan,haaa kalau mak-mak yang nak melahirkan ni memang teruja la nak beli barangan menyambut baby baru, butik ni memang lengkap, dari kepala sampai ke kaki la kata orang cukup semua ada. Bawa duit pilih yang mana nak.
Okeh,cepat-cepat terjah di alamat kat bawah ye,ajak la encik suami tu bila lagi kan nak sama-sama shopping barang baby baru dan kelengkapan berpantang nanti.
B-17-G Bangi Gateway Shopping Complex,
Persiaran Pekeliling Seksyen 15,,43650 ,Bangi,Malaysia
Facebook https://web.facebook.com/momshousebabyshopbangi/
Instagram www.instagram.com/momshousebabyshopbangi
11 Comments
Bestnya.. comel-comel je barang baby kan..
ReplyDeleteWahhh ada sales, kena pergi terjah ni.
ReplyDeleteEsoknya fiza g cawangan dia kat jalan sg merab.hihihi. bestt mcm2 adaa
ReplyDeleteseronok ni kalo dapat pergi sini.. banyak pula tu offer. Bole jadi gila shopping ni..
ReplyDeleteWow banyak pilihan kat sini
ReplyDeletetq for the info. lepas ni boleh la saya gi serbu
ReplyDeletegood info.. best la kedai ni
ReplyDeleteowh kat bangi je...sejak xde baby kecik tak tau dah kedai2 baby kat bangi ni hihi
ReplyDeleteMacam2 adoo...kena terjah ni sapa2 baby .. hehehe
ReplyDeleteAla ruginya tak dapat pergi mesti banyak sale kan hihi geram tengok maira tu muka bijak sangattt
ReplyDeleteaduh geram kalau pergi tempat barang baby ni..ahaa
ReplyDelete