Blouse Plus Size yang cantik di Zucca Blouse


Dilema berbadan plus size aka berisi,payah nak cari saiz baju yang  cantik-cantik kan? Itu la masalah Cik Sue,waktu memilih baju, dah berkenan design dan corak,saiz pula tak de huwaaaa…sadis sangat rasanya.Nak tunggu kurus baru nak shopping baju lawa-lawa jenuh juga hahhaa maklumlah motto hidupnya “ impian nak kurus,hobinya makan”  apo nak di kato kikiki.

Zucca Blouse





Tapi sekaranggggg tak de masalah dah,bila kawan bagi link web Zucca Blouse  ,try klik www.zucca.com.my ni mesti korang yang ada masalah macam Cik Sue suka tau,dah la harga memang mampu milik bukan cekik darah ye,berbaloi dengan design terbaru dan corak cantic-cantik ye puan-puan sekalian.Zucca Blouse ni menyediakan blouse design terkini untuk wanita bersaiz L ke atas ye,ada yang sampai 3XL juga.Tapi sebelum pilih baca detail dulu ye,diorang dah bagi range saiz yang muat kat situ.


Banyak pilihan,Rambang mata.

Lalu Cik Sue pun rambang matalah memilih pilihan blouse terbaru sempena tahun baru ni kan (apa kaitan tah tahun baru ngan baju baru hehehhe…perangaiiiii)  dannnnn stress pula semua cantic dan semua berkenan opppssss en suami bagi  beli 3 helai je ye huhuu.Lalu leburlah RM ku di web ini,dannnn tak sampai seminggu,sampai la bungkusan di pintu rumah,terujanya terus Cik Sue buka di temani anak dara yang excited macam la baju dia hahha.

Teruja nak tengok baju-baju yang di order.

Siap dapat free gift  lagi,yeayyyy saya sukaaa…

Yesss,tiga-tiga dalam keadaan elok dan cantik

Alhamdulillahhhh semua sampai dengan elok dan cantic,kualiti kain pun bagus,tak panas.Memang puas hati.Bila pakai saiz pun elok terletak di badan,selesa.Jom tengok baju Cik Sue beli.

Nah kalau nak tengok video Cik Sue unboxing parcel blouse Zucca ni : 



 MQ173 (4553)-MAROON RM39


Suka design ni sebab corak kat lengan dan bawah baju tu,macam corak sari sikit-sikit ngeee dan jenis straight je ke bawah macam blouse basic ala-ala baju kurung kedah pun ye.Boleh juga pakai dengan skirt atau kain silang ni.Kain jenis Moss Crepe tak panas dan tak jarang ye.Untuk detail  size korang klik sini https://zucca.com.my/products/MQ173-(4553)/1838 Sesuai untuk acara kasual dan majlis-majlis formal,kalau formal pakai la dengan kain atau skirt,nak kasual kita pakai dengan jeans je heheh



MQ036(1014)-DARK BLUE RM29


Blouse yang ni Cik Sue pilih sebab nak padankan dengan skirt yang ada,konon nak sepasang la hehhe.Lebih feminism dan nampak ayu sikit (ayu keeeee?) .Siap ada riben kat leher tu,padahal pakai tudung bukan nampak pun Kikiki,suka sebab ada shape sikit blouse ni,konon-konon pakai loose kebaya la.Pastu sesuai juga pakai ke majlis atau kuar ke mana-mana,kain tak pasti jenis apa tapi tak panas dan tak jarang juga.


Blouse yang ni kosong tak de corak,cantk jugakan kalau pasangkan dengan skirt bunga-bunga atau tudung bunga-bunga.Macam nak gi cari skirt la pula hehehhe.Ci k Sue juga suka stail lengan baju ni ada butang dan tak ketat,ngam-ngam je,bila nak ambil wuduk lipat je la ke atas.Oh ya detail untuk yang ini korang boleh klik sini https://zucca.com.my/products/MQ036(1014)/1496



MQ142 (4534)-GREEN RM39


Haaaaa yang ni kelakar,Cik Sue tersalah pilih,baju ni tuk saiz XL sedangkan Cik Sue pakai L je.Lepas dah order baru perasan,jadi dok doa la moga-moga tak gedoboh sangat.Sekali sampai besar juga,bahu 18 inci Kikiki,tapi Mr D kata ok je,boleh sorok lemak-lemak berlebihan,eeeeeee  kurang asam punya laki hahhaa.Ambil warna hijau sebab Cik Sue tak banyak warna ni baju dalam almari,tapiiii baju ni kainnya best,sejukkkk je dan agak flowy macam ala-ala lembut gitu.Depannya ada  lapisan ala-ala jaket,ada butang cantik kat leher seketul.




Dan yang paling suka kat baju ni,kat lengannya ada zip,memang menudahkan nak ambil wuduk atau nak basuh berak adik,buka zip lipat je ke atas hehehhe.Detailnya kat sini ye https://zucca.com.my/products/MQ142-(4534)/1764  . Tak pe la,nanti kalau rasa besar sangat kita oter je la,apa susah.Cik Sue kan suka buat kerja diy ni hahahhaha.


So,cantik tak pilihan Cik Sue tuk bergaya di 2019 ni? Kalau korang nak shopping blouse plussize murah dan cantic,Zucca Blouse la tempatnya.Rekaan terkini ,senang di suai padankan untuk sebarang aktiviti,kualiti kain pun bagus dannnnnnn yang paling Cik Sue suka harga murah-murah jerrrrr.Kebanyakannya bawah RM50 ye,murahla kan,beli dua tiga helai sekali pos.

Cik Sue ni pun rasanya diam-diam ada lagi parcel sampaikan,ayyoooo pening Mr D hahaahha
Kalau korang nak shopping cari diorang kat link di bawah ni ye,cepat-cepat ada yang tengah sale tu,iyeee dah la murah,ada sale lagi.



12 comments

  1. akak dah terjah dah website zucca..
    murmur dan cantik2 semua..hihi..

    ReplyDelete
  2. comel2 la baju dia cik sue..saiz kcil skit ada ko sue?

    ReplyDelete
  3. tutup mata lahhhh, nanti tergoda teruk.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Pilihan sue semua cantik2 .. pandai pilih .. cun sokmo

    ReplyDelete
  5. cantik dan murah , warna merah tu paling cantik hehe

    ReplyDelete
  6. Kak azni suka yg sue pakai dark blue n kain putih tu .. nampqk selesa ngan sie

    ReplyDelete
  7. cantik... labuh,patuh syariah.Berkenan tgk sue pkai dark blue dan merah tu.Sesuai dgn sue..

    ReplyDelete
  8. alaaa size cecomel untuk lisa takde ke :P

    ReplyDelete
  9. cantik semua blouse ni, yang penting longgar dan selesa, harga pun berbaloi

    ReplyDelete
  10. Ai suka baju yang warna merah tu.

    ReplyDelete
  11. ni lajuu nak pergi tengok ni. sebab size comel cem CT ni ahak aak..
    memang kena cari plus size =P

    ReplyDelete