Cosmoderm Manjakani Hygiene : Terbaik untuk keintiman wanita

Bagi seorang wanita,penjagaan bahagian intim sangatlah penting ye,adik, kakak, cik dan puan-puan sekalian.Rasanya majoriti wanita tahu tentang ini,kurangnya penjagaan bahagian ini,boleh mengakibatkan berbagai masalah ye,bukan saja fizikal tapi emosi juga.Iritasi,kegatalan,ruam dan macam-macam lagi masalah yang akan timbul jika tidak di jaga dengan betul.

Dan selalunya bila timbul masalah kita para wanita akan malu nak mencari solusi atau menceritakan masalah waima dengan doktor pun,rasa malu yang menebal tu juga memburukkan keadaan dan akhirnya murung sendiri.Haaaaa nampak tak? betapa pentingnya penjagaan dan kesihatan bahagian intim dan sensitif wanita ni,jangan main-main ye.Tu belum lagi yang ada keputihan la,jerawat di bahagian tu la (ada okeyyyyy sila google) dan macam-macam lagi la.

Malah bagi wanita Islam,penjagaan kebersihan bahagian intim ni sangat-sangat penting ye,jika tak di bersihkan secara betul sehingga tida najis dan suci ,solat dan ibadat tidak sempurna ye,lagi-lagi yang ada keputihan,sangat perlukan penjagaan rapi dan tatacaranya.Macam-macam tips ada untuk di amalkan,boleh klik SINI  ,selain dari tips itu semua,Cik Sue nak kongsikan cara Cik Sue pula dengan menggunakan Cosmoderm Manjakani Hygiene Feminim Wash.



Cik Sue dah lama guna produk ni dari awal kahwin lagi sebab ada masalah ruam dan kuat berpeluh,maklumlah masa tu kerja di site seharian dan cuaca panas,berpeluh bagai,mudah la naik ruam dan tak selesa.Sejak guna produk ni sampailah sekarang Alhamdulilah tak de masalah,dan terasa sangat bersih,kekadang siap bawa botol kecik untuk ke mana-mana atau travel.


Bahan Semulajadi Terbaik 

Cosmoderm Feminime Wash ini mengandungi bahan-bahan semulajadi yang baik untuk bahagian intim wanita malah nenek moyang kita dulu pun menggunakan bahan ini cuma tak de la di proses dan masuk dalam botol gini hehehehe.Antaranya adalah Manjakani,Kacip Fatimah dan Sirih.Teringat Cik Sue masa awal-awal datang haid zaman remaja,arwah nenek pernah ajarkan ,ramas daun sirih dalam air suam dan guna untuk basuh bahagian intim supaya kuman dan bakteria jahat akan mati,serta lebih bersih tiada gatal-gatal tambah-tambah lepas bersukan atau aktiviti luar.Rupanya memang banyak khasiat Daun Sirih ni.

Manjakani pula sebenarnya Cik Sue tak pernah tahu macam mana rupa benda alah tu hahahha,masa pantang bersalin baru la kenal hehehe ma yang tolong rebuskan dan minum airnya,huhuuu tak sedapppp,tapi untuk cepat sihat telan je la.Rupanya manjakani ni orang dulu-dulu kata kawan karib para wanita,macam wajib la wanita yang berumahtangga dan dah bersalin tuk ambil,memang hebat khasiatnya.

Kacip Fatimah pula memang semua tahu la,herba wajib dan sinonim untuk wanita,bukan saja untuk bahagian inim malah dalaman dan tenaga bagi para ibu dan isteri,boleh lihat khasiatnya di SINI  


Untuk yang dah berkahwin dan baru bersalin tu  memang Cik Sue syorkan sangat la pencuci intim Cosmoderm ni,bukan sahaja untuk kesejahteraan rumahtangga je ye,untuk kesihatan dan kebersihan diri juga.Kena jaga dan penting supaya tak de masalah lain timbul.Cosmoderm Feminim Wash ni menyegarkan dan wangi tau,lepas guna rasa best sangat hehehhe.Antara kelebihan lain produk ni : 

Kelebihan Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash
- Membantu mencerahkan dan menyamankan kulit di bahagian intim
- Haruman yang lembut dan eksotik
- Membantu meredakan iritasi kulit
- Membantu mencerahkan celahan peha dengan penggunaan yang kerap
- Membantu mengimbangi PH di kawasan vagina
- Sesuai digunakan untuk semua golongan wanita


Cara penggunaan pun mudah je,dah la botol cantikkan,dah ada pump,senang sangat nak bawa ke mana-mana :

Pamkan sedikit di tapak tangan yang lembap,bersihkan bahagian intim dengan lembut dan bilas dengan air bersih.Korang akan terasa kesegarannya.

Produk ni di datangkan dalam botol cantik warna pink bersaiz 375ml dengan harga RM18.90 dan yang bersaiz  150ml hanya RM12.90 sahaja,sangat la mampu milik ye puan-puan.Boleh check di laman web cosmoderm dan terus beli.

Oh ya kalau Cosmoderm Manjakani Hygiene Wash ni tuk para isteri dan ibu-ibu ,untuk anak dara dan remaja pula lebih sesuai ambil Cosmoderm Soothing Hygiene Wash yang botol kuning,boleh check kat SINI ye.



Jom dapatkan botol anda sendiri dan sama-sama menjaga untuk kesejahteraan diri,ecehhhh heheheh boleh klik link kat bawah ni ye tuk maklumat lanjut dan mana nak beli,Cik Sue tak jual,Cik Sue tau beli je ngeeee.


Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash
Cosmoderm Manjakani Feminine Hygiene Wash
Terjah Cosmoderm juga di :

Facebook: https://www.facebook.com/Cosmoderm/
Instagram: https://www.instagram.com/cosmoderm/

3 comments

  1. dah guna.memang bestlahhh. Betul-betul in love sekarang dengan manjakani feminine wash nu

    ReplyDelete
  2. nak intim jugaklahh. hahahahahhahahaha

    ReplyDelete