Jom ramai-ramai ke Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre


Semalam sambil-sambil bawa adik jalan-jalan ke Kuala Lumpur sempat Cik Sue ke Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre berdekatan Suria KLCC tu.Alang-alang suami kerja kat kawasan berdekatan,senang la Cik Sue parking kat pejabat dia je.Kalau korang nak datang boleh je parking di Suria KLCC atau naik pengangkutan awam.




Pameran ini berlangsung dari 24 Januari-26 Januari 2019 ,di Hall 1 hingga 4 ye,bermula jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari ,haaa cepat-cepat serbu macam-macam ada.Bawa je duit lebih-lebih dan beg nak masukkan hasil shopping anda hehehe.Bukan makanan je ada,pelbagai produk halal untuk di pasarkan dalam dan luar negara.Pameran ini juga berlangsung sempena Malaysia 2 Japan for 2020 Olympics dalam usaha membawa produk halal dari Malaysia ke Jepun sempena Olimpik 2020 nanti.Produk dari usahawan tempatan di beri platform untuk di pasarkan dan di perkenalkan ke negara luar,termasuk makanan yang mudah di bawa dalam perjalanan,produk kesihatan,penjagaan diri,kosmetik halal dan produk seharian.Perasmian Expo di rasmikan oleh Menteri Pembangunan Keusahawanan,Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan di hadiri Duta Jepun ke Malaysia serta para pembeli dari luar negara.



Pengalaman baru datang pameran sebegini kena register guna telefon je,pastikan ada data ye,nanti dah daftar dalam talian kat depan pint utu,akan dapat QR Code,Scan kat mesin depan pintu masuk,dapat stiker.tampal dan boleh terus masuk.Bagus juga sebenarnya,tak perlu berbaris panjang-panjang.Oh ya pintu masuk pameran di Hall 4 ye dan kena keluar pintu Hall 1 sahaja.
Mak-mak yang datang silalah bawa duit lebih ye,yang datang dengan anak-anak tu pun sila bersedia,macam-macam nanti yang di capai di minta terutama makanan,siap ada aiskrim durian yang sedappppp sangat tau,Cik Sue beli yang bekas kecil je,nak beli yang besar jauh nak balik maunya cair dulu.Jualan rempah-rempah ,pes masakan,dan inovasi produk makanan Malaysia memang akan buat korang rambang mata tau.Jadi sila bersedia.Haaa macam Cik Sue penuh gak la stroller Humaira tu hahaha.





Dah la best jalan-jalan dalam tu,selesa dengan susunan booth yang teratur,toilet dekat,tongsampah banyak.Siap ada tempat duduk untuk rehat lepas penat pusing-pusing lagi,cantik je.Info tentang pameran pun banyak di papan-papan iklan yang di pasang sepanjang laluan.
Selain makanan,Cik Sue pun sempat dapatkan produk penjagaan diri dan kosmetik Cosmoderm yang memang Cik Sue dan adik pakai dari dulu lagi.Ada diskaun tau,cepat la serbu.Produk-produk kesihatan halal hasil kajian usahawan Malaysia pun ada,korang boleh dapatkan pelbagai info kat sini.








Peluang berniaga

Bagi korang yang suka berniaga online atau offline,mak-mak surirumah macam Cik Sue ni datang sini jangan lepaskan peluang ye tuk dapatkan kontek atau cari produk yang boleh korang niagakan haaaa sambal menyelam minum air gitu.Ramai juga yang tengah mencari agen dan dropship tu,tanya je mana produk yang korang berkenan atau suka,atau agak-agak laku kalau jual hehehe.Cik Sue dah aim dah 2 3 produk hehehhe.Ambil peluang orang kata kan,apasalahnya sekarang semuakan di hujung jari,buat tambah-tambah duit dapur juga.
Bijak tak? Hehehhe





Verify Halal untuk Kaki Travel

Bagi korang yang suka travel mesti benda pertama fikir makanan yang nak bawa gi melancongkan,terutama negara yang susah nak dapat makanan halal tu.Haaaa kat pameran ni bukan sejadar makanan,produk kegunaan seharian,produk kosmetik dan macam0macam lagi ada tuk korang guna bila melancong ye,info-info halal di negara luar pun ada tau ,korang boleh download apps Verify Halal di Apps Store ,ada macam-macam info kat situ tau,status halal restoran-restoran,produk dan makanan dalam dan luar negara.



Jom datang ramai-ramai,sempat lagi ni,hari ni dan esok,memang tak nyesal lah datang.Info lanjut korang boleh baca di MalaysiaHalal Expo 2019 Persediaan Olimpik 2020 di Jepun



13 comments

  1. rugi kalau tak jengah ni...sure harga berbaloi dan banyak pilihan kan

    ReplyDelete
  2. Senang nak cari makanan halal kat jepun bila pergi nanti.

    ReplyDelete
  3. best nya ni. kalau lah dok dekat, dah lama pi jugak ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. Baru pergi tadi.. Aduh, macam-macam ada.. Memamg tak jangka bnyk mcm tu kiosk yang ad..

    ReplyDelete
  5. Dia punya best merayap dalam ni sampai ke petang kami kat sini..

    ReplyDelete
  6. alaa hari ni dah last.. tunggu Halfest la kot nanti. heheh kot2 balik kampung time tu boleh snggah =D

    ReplyDelete
  7. Memang thorbaekk event MHE 2019 ni!

    ReplyDelete
  8. Canggih jugak event ni yer.. register pun pakai kiosk yer... banyak dak beli sue? Perghh tgk mcm2 produk ada tu. Nyesal pulak x p

    ReplyDelete
  9. yanie siap2 buat pre-reg .. senang sket sbb dr jauh kan

    ReplyDelete
  10. Dah pegi... Rugi pegi hari last. Best meriah! MHE 2019 patut buat lagi.. Program yang bagus untuk usahawan Malaysia

    ReplyDelete