Cuti Chinese New Year di rumah...

Hujung minggu yang panjang,dari Sabtu sampai Rabu bercuti,tapi di rumah je la Cik Sue dan family,memang tak plan ke mana-mana pun,malas nak bersesak jem dan di tempat-tempat perlancongan dengan orang ramai dan anak kecil.Memang niat nak rehat dan setelkan kerja-kerja tergangguh di rumah.

Paling-paling pun keluar ke mall berdekatan je la,kebetulan dah plan dengan adik nak balik hujung bulan ni Insya Allah,jadi cuti ni lepak rumah je.





Sabtu petang sempat ke Aeon Mall Nilai kejap semata-mata Cik Sue teringin makan sizling hahahhaha gigih kan,sempat singgah Kaison,tengok orang makin ramai dan mula sesak,cepat-cepat ajak Mr D balik,sebelum masing-masing jadi stress heheheh...
Dok rumah time-time cuti ni memang membuntal je jawabnya kejap-kejap ke dapur,lapar saja hehehhe...


Malas masak kita tapau,sempat merasa KFC Parmesan baru tu,bolehlah tapi bagi Cik Sue pedas sikit,dan keju parmesan tu sikit nau huhuuu dasar hantu keju huhuu...tak puas...ada tambah keju sendiri kang.Boleh la not bad sangat.


Petang Isnin sempat keluar late lunch ngan si Zura Momot jap,dok je dekat tapi berzaman tak jumpa,lunch lite2 je kat Aroi Thai Ayer@8 Putrajaya,ada sebab lunch kat situ,sebabbbbbb Cik Sue nak beli tudung kat Butik Nurhannah hahhahah ala tudung rm10 je punnnn...kebetulan tak masak dan Mr D keje.



Antara menu masakan lepak di rumah cuti ini hehehhe rehat-rehat kat rumah konon malam Selasa tu nak gi jogging atau jalan-jalan Putrajaya,eh eh tetiba lak Humaira panas membahang badan tengahari tu.Mula-mula ok je ,bangun tido badan macam di panggang,check suhu Allahu dah 39 ,terus Cik Sue mandikan,jelum kepala dan lap badan tak henti,bagi ubat demam yang beli kat farmasi.Turun sekejap suhunya,pastu naik lagi.Cik Sue mula la risau dan cuak sebab Humaira tak penah demam sampai tinggi macam ni,stail dia demam selsema,suhu 37 paling tinggi tak sampai sehari terus kebah huhuuu.


Lepas 24 jam,tak turun juga suhunya dok main sekitar 38-40 ,terus ajak Mr D pergi klinik,doktor kata demam virus tengok sampai Jumaat kalau tak sihat juga,kena ambil darah.Dapat la ubat bontot klinik bagi,first time ni,blur lak cam mana nak guna,tapi memandangkan doktor suruh guna bila terlalu panas macam 40 tak turun-turun jadi kita simpan dulu,bagi ubat minum je dulu.


Alhamdulillah la walau pun demam Humaira masih nak makan dan minum walau ada masa-masa kena paksa,tapi dia tetap telan,good girl.Tak de la melepek sangat tak de tenaga.Malamnya tak tido Cik Sue dok pantau suhu ,risau lebih 40 dan takut kena "tarik" atau kejang.
Paginya Cik Sue yang tintong nak rebah,pening tak cukup tido,akhirnya Mr D terpaksa EL uruskan kami,beli makan,tolong mana yang patut,risau gak Cik Sue sorang kang rebah migrain situ,anak ke mana ibu ke mana kang.


Alhamdulillah sekarang Khamis malam,dah kebah sikit demamnya,nampak dah berpeluh dan selera makan.Cik Sue pulak yang rasa tak sedap badan huhuuu tapi sempat lagi buat puding roti malam-malam buta sambil layan Kuch Kuch Hota Hai kat Astro,kisahnya kuah kastard ada lebih yang sebelum ni dok dalam peti ais,ni ada roti apa lagi buat la,kejap je pun hehehhe.

Begitu la kisah percutian Raya Cina kami di rumah,seronok tengok kawan-kawan share gambar bercuti dengan keluarga ke destinasi menarik Malaysia dan luar negara,yang balik kampung nya,best kan.Cik Sue ok je dok rumah pun,sebab nak cuti time orang semua keje,baru lapang hahahahhaha....

Korang ke mana cuti baru ni? 

4 comments

  1. Alololo sian dia demam. Demam2 pun maintain comel

    ReplyDelete
  2. moga cepat sihat humaira, akak balik kampung cuti tu, puas makan manggis dan rambutan ;)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya tengok makanan. Humaira membesar dengan sihat, anak bijak anak solehah Aamiin ya Rabbal Alamiin :)

    ReplyDelete