Pengalaman pertama buat rawatan kulit muka di Skin Valet,Bangi

Dah berumur gini baru la ada kesedaran nak menjaga kulit muka Cik Sue ni.Terbalik pula kan,orang muda sekarang kemain lagi jaga kulit wajah ,nak flawless la,nak putih la,tambahan dengan macam-macam produk ada kan,eh tak salah pun bagus la tu.Cuma nak ceritanya Cik Sue zaman muda remaja kurang sikit nak layan skincare ikut peraturan bagai penjagaan muka tu,asal cuci muka pakai krim malam tu pun kalau rajin la,pastu kalau ada jerawat buh krim jerawat je,haaaaa betapa malasnya huhuuu.Sebab tu dulu muka kusam je,tambahan pulak masa sekolah dan belajar mana ada duit banyak nak beli-beli produk,pakai yang biasa-biasa je la.Dah kerja pulak ,ada duit,sibuk dok perabih berjalan dan makan hahhaa dasar ciksuesukamakan apa  nak buat,alasannnnnn je kan hahaha.


Skin Valet,Bangi

Baru-baru ni di sebabkan pengaruh rakan sebaya dan sekeliling yang semua cantik-cantik,lawa-lawa Cik Sue pun rasa nak juga merawat kulit wajah yang macam apa je ni supaya tidaklah rasa rendah diri duduk dengan mereka-mereka itu hahahah.Sempat ajak adik temankan dan jagakan si kecik tu sementara Cik Sue buat rawatan di Skin Valet,Bangi.Dekat je rupanya dengan rumah,tak sampai 15 minit pun memandu,Alhamdulillah mood si kecik tu baik je,tenang jap ibu.


Masuk je Cik Sue di sambut dengan mesra oleh penyambut tetamu dan di minta isi borang maklumat peribadi dulu,mana la tahu ada alergik apa-apa kan,kena la bagi maklumat sebab ni bukan buat facial biasa,ni nak buat rawatan ye.Lepas tu Cik Sue di panggil masuk ke bilik konsultan iaitu Dr Isma untuk analisa kulit.Fuhhh teruja pula nak tahu apa la rupa dan masalah kulit Cik Sue ni,dah nak cecah 40 ni ye,tak pernah buat pemeriksaan teliti kulit wajah huhuuu.Kita orang kampung dok pandai menda-menda gini #eh hehehehe.


Analisis dan konsultasi kulit wajah.


Sebelum buat rawtaan kenalah buat pemeriksaan dan analisi dulu ye kulit kita ni jenis apa,apa masalah dan apa rawatan yang sesuai untuk di ambil nanti.Sambil tu konsultan tu akan temuramah la kita ,apa yang kita makan,rutin harian penjagaan kulit wajah macammana,air berapa banyak minum air masak setiap hari dan macam-macam la berkaitan penjagaan kulit dan gaya hidup.Konsultan akan scan kulit wajah dengan mesin scan khas,haaaa walau muka nampak bersih dengan mesin ni akan nampak semua ye,segala parut baru lama,whitehead,blackhead semua akan nampak jelas nanti.

Untuk Cik Sue,memang dah jangka kulit berminyak dan berparut,tapi yang kuat berminyak adalah T-Zone iaitu dahi dan batang hidung tu.Memang nampak jelas sebenarnya kuat berminyak bahagian tu,dua belah pipi pula normal dan dagu pun agak berminyak (boleh la wat minyak dagu ni hahhaha).Cik Sue juga ada masalah liang pori agak besar itu yang menyebabkan kulit wajah mudah berminyak,whitehead dan blackhead pula kurang,ada tapi tak banyak,yeayyy.Parut pula memang banyak,ye la muda remaja dulu pernah naik jerawat batu tu,agak parah,bila dah baik memang tinggal parut la.Kata konsultan tu ,tina kulit Cik Sue tak sekata sebab parut tu juga,nampak bercapuk bila pakai foundation atau bedak.Jadi dia cadangkan Cik Sue buat rawatan SV Carbon Peel.


Rawatan SV Carbon Peel 

Rawatan ni sesuai untuk masalah kulit Cik Sue sebab ia berfungsi untuk sekatakan tona kulit,kecilkan liang pori,kecutkan jerawat dan menarik minyak berlebihan di wajah.Cik Sue di bawa masuk dalam 1 bilik,oh ye untuk keselesaan pelanggan ,1 bilik hanya untuk 1 pelanggan sahaja ye,jadi Cik Sue bawa je dak kecik tu masuk,elok je dia dok lepak dalam tu,dan last-last tertido sambil tunggu ibu siap,selesa sangat hehehe.Proses rawatan ni di jalankan oleh beautician pula,peramah orangnya,banyak tips dia bagi macam mana nak jaga kulit wajah dan penjagaan  yang boleh buat sendiri kat rumah.

1. Deep Cleansing.
Langkah pertama wajah di cuci secara deep cleansing atau cucian mendalam untuk bersihkan minyak dan lubang-lubang liang pori dari kotoran ,supaya rawatan lebih berkesan.Mula-mula cuci macam biasa lepas tu guna scrub dan alat pembersihan macam berus tu ye.



2. Steam Face.
Kulit wajah di wapkan untuk buka liang pori supaya senang nak letak bahan untuk merawat.Agak panas juga la tapi kalau panas sangat boleh bagitau beautician tu tuk laraskan suhu ye,jangan diam je pulak.Mula-mula agak perit gak dan panas tapi bila lepas buat tu Allahuuuu leganya mukaaaaa,rasa segar sangat.



3. Carbon Mask.
Yang ni pulak masker,untuk bersihkan liang-liang pori secara mendalam.Rasa tegang je muka pakai masker ni.



4. Laser Treatment.
Yang ni perit sikit muka,agak pedih tapi tak de la sakit sangat pun,macam kena titik-titik gitu.Rawatan ni tuk tarik keluar minyak dari liang pori yang terbuka tu ye.Lepas sapu masker yang hitam tadi,biar kering dan terus buat laser ni.Siap semua best gilerrrrrr rasa muka,rasa ringan dan bersihhhhh sangat.Lepas siap semua muka di bersihkan untuk di rawatan seterusnya.



5. Hydrating Mask 
Hydrating mask ni untuk lembapkan kulit wajah selepas semua rawatan di jalankan.Dan untuk tutup semula liang pori yang di rawat tadi.Bestttt sejukkkkkk je kat muka,lepas pakai,biarkan sekejap sampai kering,hampir-hampir terlena hehehehe...siap semua dan kulit wajah di bersihkan,sebelum selesai,beautician sapukan sunscreen sebagai perlindungan kulit wajah.




Akhirnya,dekat sejam setengah juga rawatan ni,Ya Allahhhh kali pertama rasa kulit muka ringan,bersih dan segar.Memang tak rugi datang buat rawatan kat sini,harga pun masih berbaloi bagi Cik Sue la.Siap semua terus rasa teruja dok belek dok usap kulit muka sendiri hahhahaha.Sampai balik rumah nak tidur pun dok belek kulit muka kikiki.


Memang Cik Sue rekemen sangat korang buat rawatan dan facial muka kat sini tau,layanan terbaik,rawawtan dan khidmat nasihat pun memang tiptop.Memang puas hati sangat,balik rumah puan encik suami perasan ,katanya makin glowing walau tak pakai apa-apa kat muka fuhhhhhh bangga jap rasa hehhhee



Korang boleh terjah Skin Valet ni ye,detail seperti di bawah.Abang-abang tu belanja la wife masing-masing konpem puas hati,di jamin.

Alamat :
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor

Telefon : 03-8922 9181

Facebook : Skin Valet Bangi

Instagram : @skinvalet_bangi

Waktu perniagaan : 10.30am – 7pm

2 comments

  1. Kat Jb ni ada je yer Skinvalet ni, macam rasa tak ada kan,..
    Lepas ni berseri-serilah muka Sue ..

    ReplyDelete