Ulangtahun ke 5 Boat Noodle : Restoran "street food Thai" pilihan rakyat Malaysia

Siapa yang tak kenal Boat Noodle kat Malaysia ni? Tambahan peminat0peminat Thai street food atau makanan jalanan Thai.Restoran pilihan untuk pelbagai lapisan umur,termasuk la Cik Sue si penggemar segala mee tomyam,sup dan teh ais Thai tu hehehehhe.Dengan harga yang murah dan konsep mangkuk kecil-kecil tu ,dengan kesedapan makanannya ,memang pilihan utama la kan.

Happy 5th Anniversary Boat Noodle.

Korang tahu tak Boat Noodle dah genap  5 tahun di Malaysia pada tarikh 17 March 2019 yang lalu  haaaa lama jugak tu,patutla menjadi pilihan ramai dan perjalanannya bukan mudah ye ecehhh.Bermula 2014 dan kini sudah mempunyai 48 cawangan dan terbaru di The Garden Mall,Kuala Lumpur.Cik Sue sempat menghadiri parti harijadi Boat Noodle rabu lepas di The Gardens Mall,memang meriah sangatttt,happening dengan macam-macam aktiviti,fuhhhh balik dengan kekenyangan dan seronok.



Dengan kehadiran para pengamal media online dan wartawan ,Boat Noodle sangat menghargai sumbangan kuasa media sosial dalam menaikkan restoran mereka.Jadi di parti ni kami memang bergembira dengan pelbagai acara yang buatkan kami kekenyangan dan gelak tak berhenti hahahaa,kecoh tau,kali pertama Cik Sue datang majlis yang meriah gini.Oh ya,kat majlis ni merasa la buat sendiri hidangan mee diorang tu,ada staf yang tunjukkan cara dan kita boleh sediakan sendiri,masing-masing ambil peluang nak rasa buat sendiri.








Ada pertandingan makan paling cepat,susunan mangkuk tertinggi,cabutan nombor bertuah yang Cik Sue tak bertuah pun ehhh  ,photobooth untuk ambil gambar,suka sangat Humaira,ada hadiah mangkuk Boat Noodle dengan nama sendiri cantikkk   ,soalan-soalan kuiz yang menawarkan voucher makan dan macam-macam lagilah.Memang meriah yang asal-asalnya nak balik awal tapi tak jadi,siap tunggu sampai habis majlis hahahhah.






Kekenyangan dengan menu sedap,rasa sama walau bertahun.

Bukan saja meriah dengan aktiviti tapi meriah dengan makanan dan segala menu di hidangkan sampai kami terbungkang kekenyangan sampai ke rumah hhahaha,yang Cik Sue puji,rasa setiap menu tetap sama walau bertahun dah bertapak,tak berubah.Dan setiap cawangan pun sama je rasa dan menu yang di hidangkan.Boleh di katakan semua dalam menu kegemaran CikSue tapi paling suka segala mee-mee mangkuk kecil dan sangkayanya tu,di sini la pilihan Cik Sue kalau nak makan yang sedap.

















Haaaaa hambekkkk,semua nak rasa,nak makan,sampai mengah di buatnya.Puas hati sebab memang sedap,memang berbaloi dengan harga,tak rugi bawa keluarga dan kawan-kawan.Haruslah Boat Noodle jadi piihan nak berkumpul dengan kawan-kawan kan.Ya Allah menelan air liur balik rasa dok tengok gambar makanan ni.Ada repeat lagi ni kan,,,haaaa sebab tu diorang pakai slogan "Makan,Stack and Repeat" stail makan susun-susun mangkuk hehehehe.

Ayutthaya 2.0 dan Noodle Master Card

Sempena ulangtahun ke 5 mereka.Boat Noodle membawa kembali menu Ayutthaya 2.0 yang mana pilihan mee di hidangkan dengan cendawan Enoki dan pilihan ayam atau daging.Di tabur bawang putih goreng,daun ketumbar dan serbuk chili.Cik Sue memang suka sebab kuahnya rasa lebih beherba dan lemak-lemak campuran santan sikit,ala-ala tomyam lemak,kuahnya pekat,melekat,pedas tu seimbang dengan rasa rempah,semangkuk memang tak cukup ye.Korang kena cuba tau.




Selain kembalinya menu Ayutthaya 2.0 tu ,Boat Noodle juga perkenalkan Noodle Master Card,di mana korang boleh makan banyak-banyak dan reedem lagi tambahan mangkuk bila sampai jumpah tertentu ye.Wahhhhh bolehlah ajak kawan-kawanmakan sama-sama dan susun mangkuk tinggi-tinggi dan reedem hehehehhe.Caranya mudah je :


Korang kena order dan makan 20 mangkuk untuk dapatkan 1 stamp atau cop dan bila sampai bilangan cop yang di perlukan ,bolehlah redeem :

20 bowl of noodles : 1 stamp
3 stamps : redeem 5 bowls of noodles
6 stamps : redeem 10 bowls of noodles
9 stamps : redeem 20 bowls of noodles

Haaa pergi cepat ajak kawan-kawan dan keluarga,sampai 30 April je tau.




Terima kasih banyak Boat Noodle meraikan kami,memang seronok ,kenyang dan puas hati,balik dengan gembiranya.Semoga Boat Noodle terus sukses sebagai restoran pilihan utama  di Malaysia kelak.Untuk maklumat lanjut korang boleh ke :

Website : MyBoatNoodle
Instagram : @myboatnoodle
Facebook : MyBoatNoodle


Happy 5th Anniversary Boat Noodle dari Cik Sue,Humaira dan Kbba9


6 comments

  1. aloh la sdapnya..xajok doh kita..hihi

    ReplyDelete
  2. Meriahnya! Tak dapat join sebab hari bekerja event ni...enjoy tgk semua.

    ReplyDelete
  3. Sedap lah. Suka makan boat noodles.

    ReplyDelete
  4. adudududu tengok hat yang dalam mangkuk tu ...dah start menjejes =p~

    ReplyDelete