Berbuka di Ladang : Goat2Go,Maeps,Serdang.

Korang pernah rasa berbuka sebelah ladang kambing? haaaa rare kan? Cik Sue berpeluang baru-baru ni berbuka sebelah ladang dan zoo,sebenarnya first time juga tahu lokasi ni,memang menarik.Terletak dalam kawasan Maeps,Serdang berbuka di Goat2Go Teknocafe memang menarik.

kemain budak kecik tu tau....

Berbuka di tepi ladang

Apa yang menarik kat sini? Konpem la lokasi yang bersebalahan dengan mini zoo binatangnya menarik perhatian Cik Sue.Mula-mula sampai dah teruja sebab parking yang luas dan lapang di depan zoo,tertanya juga mana tempat makannya,oooo ada cafe kat situ juga,berkonsepkan open cafe.Tempat yang cantik dengan dekorasinya,ruang makan yang luas dan terbuka,rasaaaa je angin bertiup.




Kemudahan yang di sediakan pun lengkap,ada surau yang selesa,bilik air dan tandas yang bersih.Surau pun dekat sangat dengan tempat makan,tak perlu nak jalan jauh-jauh.Stesen-stesen makanan pun dalam jarak yang selesa tuk kita ronda ambil makanan,ala-ala food court gitu.


Ada juga live band yang membuat persembahan dan lepas berbuka sementara mak ayah berterawih anak-anak boleh masuk ke G2G Animal Garden dengan harga promosi RM5 sahaja bila berbuka puasa di sini,menarik bukan? Ada la aktivti lain seisi keluarga selain dari berbuka puasa.

Menu Enak Masakan Kampung

Apa menu yang menarik? Fuhhhhh semua menu menarik dan sedap,terutama menu kambing,tak pasti pula di ambil dari peliharaan sendiri atau tidak tapi memang fresh dan sedap masakannya.Kambing golek pun sedap lembu dan juicy isi dagingnya.Yang sup dan kari pun walawehhhhh,rasa nak tapau bawa balik,padu betul.Berbaloi berbuka di sini untuk harga dan menu begini.

kambing golek yang sedapppppp...
sup kambing yg nampak biasa-biasa tapi padu beb rasanya dia,cukup semua rasa di tekakku.



kari kambing yang rasa nak tapau bawa balik cicah roti nan kat rumah sambil layan movie kat tv ehhhh...
Menu lain pun ada macam-macam lagi,ada pilihan nasi putih.nasi hujan panas,nasi minyak yang boleh di makan dengan pelbagai hidangan lauk-pauk yang tak kurang enaknya,ala-ala masakan kampung nenek-nenek kita.Ada Masak lemak ayam,Ikan keli berlada,5 Jenis ikan masin,Sayur Campur,Ikan Dori SweetSour,Daging Salai Masak Lemak.

Ada juga pelbagai pilihan sambal seperti belacan,sambal goreng,budu,cencalok dan sambal gesek,semua sedap-sedap dan dihidangkan dengan ulam-ulaman segar.Digandingkan pula dengan acar dan papadom memang lengkap terus hidangan di sini.Oh ya.Nasi Mandy Kambing pun ada,lengkap dengan sambal dan acarnya,seperti hidangan di kedai-kedai arab tu,menarikkan?











Selain makanan ala kampung,untuk peminat appetizer ala western pula ada juga di sediakan,Aglio Olio Spageti,Angle Pesto,Mac and Cheese,Tomato Bruchetta.Coleslaw dan Mushroom Soup.Haaaa feveret si Humaira la Mushroom Soup tu.


Untuk pilihan pencuci mulut pula ada pebagai piihan bubur seperti bubur jagung,bubur chacha,bubur pisang,bubur kacang hijau dan macam-macam agi.Pilihan kuih-muih tradisional pun ada seperti kuih kastur,kuih karipap,samosa dan kuih getuk.Dan seperti biasa buah-buahan dan kurma di sediakan dan ada jeruk juga tau,menarik tu,boleh hilangkan muak makan nasi tu ehhehe.Ada juga Cream Puff dan kek-kek pelbagai perisa.






Oh ya.ada live kiosk juga yang memasak makanan panas-panas dari dapur atau di sediakan terus bila korang nak makan seperti Kuey Tiaw Kerang dan Mee Goreng serta Gerai ABC dan Cendol.

Pilihan air kat sini pun best tau,banyak pilihan minuman panas dan sejuk.Minuman sejuk pun ada macam-macam dan sedap-sedap seperti Soda Herb (hilang muak makan kambing banyak hehehehe) Sunquick,Sirap Selasih,Air Jagung,Jus  buah naga/buah tembikai,Jus buah nenas,koktel,Air keladi dan Bandung Soda,haaaaa menarik giler pilihan air dia,jus buah semua fresh.Jarang buffet Ramadhan nak sediakan variasi minuman macam ni.



Dannnnn ada minuman panas yang menarik tau,korang dah makan banyak-banyak dan bercampur macam-macam tu,kot badan masuk angin atau rasa sebu korang boleh cuba Teh Halia yang di sediakan khas,teh di rebus dengan buah pelaga dan halia,kemudian di bancuh dengan susu segar dan susu pekat manis.Fuhhhh Cik Sue memang suka betul,maklumlah badan banyak angi,legaaa je rasa bila minum panas-panas ehhhh jangan dok melepaskan angin sembarangan pulak tau hehehe sebab tu kena minum last-last sebelum balik hahahhaha.



Jom Berbuka di Goat2Go.

Jom bawa keluarga atau ajak kawan-kawan datang bebuka di sini,lepas bawa diorang pusing-pusing mini zoo sebelum balik ye,mesti anak-anak suka.Harga pun masih berbaloi,untuk sebarang majlis ada dewan di sediakan di sebelah kafe ini iaitu G2G Garden Hall yang boleh memuatkan sehingga 300 pax.Jadi kalau syarikat korang nak buat majlis berbuka,bolehlah rekemenkan,malah boleh guna beberapa jam sebelum waktu berbuka untuk acara seperti family day ,majlis-majlis anugerah atau mesyuarat tahunan.



budak kecik tu seronok tak pernah tengo pelita.

Harga :

Dewasa RM59.90
Kanak-kanak (6-12 tahun) RM39.90 (bawah 5 tahun FOC)

Sila Hubungi :
Whatsapp : 
011-65593877 (Afrina)
017-2739051 (Yun)



2 comments