Hidangan berbuka lazat di Hanana Group ,Lugar De La Boda,Puchong

Hai semua,Cik Sue nak kongsikan satu lagi tempat dan pakej iftar untuk bulan Ramadhan akan datang ni.Pakej iftar yang diadakan di Lugar De La Boda ,Puchong anjuran Hanana Group memang menarik pada pandangan Cik Sue.

Asalnya tempat ini di bina untuk majlis perkahwinan dan keraian lain,tapi pada bulan Ramadhan ini,Hanana Group Sdn Bhd mengadakan buffet Ramadhan di sini,selain di Ambassador,Presint 15,Putrajaya.Tahun lepas rajin juga lalu di kawasan presint 15 tu dan nampak meriah je buffet di situ,Alhamdulillah tahun ni Cik Sue merasa hidangan lazat mereka di sini,tempat yang baru di buka tahun ini iaitu Lugar De La Boda di Puchong.

Selesa Dan Cantik.

Mula-mula sampai teruja Cik Sue tengok,walau dah banyak kereta dah masuk tapi kawasan parking masih banyak ruang dan luas.Dengan lampu teranag benderang,memang cantik untuk majlis perkahwinan,berbuka dan apa sahaja majlis diadakan waktu malam.



Nampak meriah sangat,sampai-sampai je Cik Sue dan Mr D terus cari surau sebab kami belum solat Maghrib,wahhhh cantik surau dan tandasnya.Masa sampai tu pun ada yang solat di ruangan terbuka khas di sebelah pentas.Mungkin untuk terawih bulan puasa nanti.







Ruangan makan pula luas dan susunan pun teratur senang nak bergerak,tidaklah tersenggol tetamu lain bawa pinggan mangkuk dan makanan nanti,dan jangan risau kalau nak makan dengan tangan ,sinki tempat basuh tangan banyak di sediakan. Sangat selesa tempat ni untuk bawa keluarga dan rakan-rakan gathering.








Menu Lazat dan Menepati Selera 

Menu  yang di sediakan agak meriah dengan konsep gerai terbuka dan di sediakan panas-panas untuk tetamu memang menepati selera Cik Sue sekeluarga.Jom tengok menu apa yang ada dan menarik di sini.



Menu pertama yang Cik Sue berbaris semestinya Kambing Grill,kat sini tak de kambing golek macam biasa tapi hirisan kambing yang di grill dan di makan dengan sos lemon dan black pepper,Ya Allahhhhh korang wajib cuba ,sedap yang amat,Cik Sue siap ulang 2 3 kali ambiltau,masuk kali ke 3 dah habissss haaa memang laku keras.





Selain kambing grill ada juga gerai Teppanyaki secara ala carte di sediakan panas-panas untuk korang.Jarang Cik Sue jumpa buffet ramadhan sediakan teppanyaki gini,dan Cik Sue dah cuba memang puas hati sebiji macam restoran.






Menu-menu lain pun tak kurang menepati selera kami sekeluarga,Mr D yang cerewet tu pun puji sedap-sedap makanan yang di sediakan,lauk pauk ala kampung,lauk daging dan kambing semua lembut dan sedap.Ada juga set-set nasi yang boleh di pilih seperti Nasi beriyani,Nasi Minyak,Nasi Tomato dan regunya lauk pauk kampung yang sangat kena dengan selera.

pilihan kerabu

hidangan nasi minyak 

piihan lauk pauk kampung

pilihan pencuci mulut
kek coklat tu sedappppp humaira habis dekat 8 ketul dia sorang,balik kenyang dengan kek je hahhaa



Dah kenyang makan nasi,sambil borak-borak nak balik tu boleh la cuba roti john,abc dan aiskrim yang di sediakan,satu lagi yang memang sedap kat sini korang kena cuba adalah Char Kuey Tiaw,sedap wehhhhh,yang ini pun Cik Sue menambah,siap suruh Mr D ambil 2 3 kali juga heheheh dasar kuat makan ngeeeee...



Siapa yang gemarkan laksa dan menu mee,mihun pun ada di sediakan,laksa asam dan mee/mihun sup.Supnya agak sedap di tekak Cik Sue la,tak seperti di setengah tempat yang kurang rempah,di sini terasa air rebusan dagingnya.





pilihan kuih muih melayu 

pilihan kudapan dimsum,cucur,keropok lekor dan wajib ada kurma untuk berbuka puasa.

pilihan minuman yang di sediakan,air panas pun ada lupa pulak nak snap gambar,ralit makan hehehe.


Harga berpatutan

ucapan dari owner Hanana Group Sdn Bhd

Harga yang di tawarkan bagi CikSue amat berpattan dengan apa yang di sediakan setaraf hotel ni,dengan kemudahan lengkap memang berbaloi dah harga tu:

Promosi Harga EARLY BIRD
Dewasa : RM59/ | Warga Emas : RM30/ | Kanak - Kanak (6-12 tahun) : RM30/.
Promosi "EARLY BIRD" hanya sehingga 9 Mei 2019.

Harga Asal
Dewasa : RM68/ | Warga Emas : RM38/ | Kanak - Kanak (6-12 tahun) : RM38/.

Harga Special Promosi!
1 Meja - 10 orang dewasa = RM580/.

Geng kuat makan semeja

budak kenyang makan kek je 




Jom ajak rakan-rakan dan keluarga berbuka bersama dan mengeratkan silaturrahim sesama kita di buffet Ramadhan anjuran Hanana Group ni,konpem korang puas hati,oh ya kalau jauh nak ke Puchong ,di Putrajaya Presint 15 pun ada juga kalau korang nak,harga pun sama je,makanan pun hampir sama.

Untuk tempahan maklumat seperti di bawah ,boleh call tuk booking tempat anda ye :

No.Tel :
016-3111074 (ZURAINI)
016-4318434 (LIANA)
016-6700752 (HANIS)
016-6700457 (FARAH)
016-6700473 (SHAIDATUL)
016-6700471 (SARAH)

Facebook : Lugar De La Boda
Instagram : @lugardelaboda
Website : Hanana Group
Alamat HQ:

Ambassador Putrajaya,
Hanana Group Sdn Bhd,
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik,
Persint 15, 62050 Putrajaya


Alamat Lugar De La Boda:
Lugar De La Boda,
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor

7 comments

  1. wowww menu dia.. tempat pun cantik dan nampak selesa. dekat dengan rumah abang Haida ni.. kena ajak dia try

    ReplyDelete
  2. Adoii menggodanya! Semua nampak sedap aihh. Tempat pun nice, lawa & selesa.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat ini. Sesuai untuk seisi keluarga untuk berbuka puasa nanti.

    ReplyDelete
  4. wahhh sedap n banyak pilihan makanan di sini

    ReplyDelete
  5. memang selesa sungguh kat sini..tak risau pun masalah parking.

    ReplyDelete
  6. terliur tengok makanan dia nih., ishhh

    ReplyDelete