Kempen Sasucare sempena Ulangtahun ke 3 Sasuke Outlet

Korang pernah dengar nama Sasuke Premium Outlet tak? Haaaa Cik Sue first time dengar ni,ingatkan kedai makan ,maklumlah nama Jepun kan,rupanya butik pakaian preloved menjual pakaian terpakai dari Jepun yang berkualiti tinggi.Lama dah diorang kat Malaysia,dari 2016 lagi rupanya,dan dah banyak cawangan pun.Pakaian yang di jual bukan ala-ala bundle longgok tau tapi yang berkualiti dan berjenama,ni Cik Sue dah pergi shopping sendiri pun.Harga pula sangat la sesuai untuk rakyat marhaen macam Cik Sue ni hehehhe.Bukan pakaian dewasa sahaja untuk kanak-kanak pun ada.


Sempena ulangtahun ke 3 mereka Sasuke Outlet melancarkan kepen SASUCARE,iaitu singkatan Sasuke dan Care sebagai tanggungjawab sosial mereka dengan kerjasam KINDNESS MALAYSIA,perlancaran diadakan pada 18 April lepas di De Palma Hotel Ampang juga sempena bulan kesedaran Autisme sedunia.


Kempen ini berlangsung selama 3 bulan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2019 untuk membantu rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur untuk menampung keperluan asas dan pendidikan.Korang boleh menyumbang dengan membeli sambil menderma di outlet-outlet Sasuke berdekatan kawasan anda.Pembelian lebih RM30 akan di ambil RM1 untuk sumbangan kempen ini.Hasil dari jualan akan di salurkan kepada rumah kebajikan yang memerlukan.Mudahkan,sambil shopping pakaian cantik-cantik,dapat juga pahala menderma kepada anak-anak yang tak bernasib baik.



Pada majlis pelancaran yang lalu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Petaling (PPDK Petaling) di pilih sebagai penerima dan ahlinya di raikan dalam majlis ini.Seronok mereka menrima sumbangan dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir.Majlis di rasmikan oleh Ketua Wanita Wilayah Puan Idawatie Pariman dengan memotong kek perasmian.Serta penyerahan cek sumbangan kepada pengurusan PPDK Petaling.





Selain itu sesi cabutan bertuah untuk pelanggan Sasuke Outlet juga di jalankan oleh artis jemputan Tauke Jambu dan hadiahnya agak lumayan iaitu Ipad dan Baucer tunai.Kempen SASUCARE ini memberi peluang kepada pihak Sasuke mendekati masyarakat dan memberi sumbangan serta khidmat mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa,keturunan dan agama.


Shopping di Sasuke Premium Outlet, Bangi .

Sabtu lepas Cik Sue sempat ke outlet Sasuke di Bangi,memang rancang nak cari baju basahan raya Humaira macam tshirt dan jeans.Mula-mula masuk wahhhh cam macam butik mahal-mahal,sekali tengok baju kanak-kanak semua bawah RM30 je,wahhhhh berbaloi ni ,kualiti pula memang elok lagi ,kain sedap pakai,malah ada yang cantik macam baru lagi.


Bukan baju kanak-kanak je,ada jaket lelaki wanita,seluar jeans,tshirt pelbagai gred dan jenis,handbag wanita pun ada,blouse,skirt dan macam-macam la pakaian.Bagi Cik Sue memang berbaloi sangat la sebab masih cantik dan kualiti elok lagi.Baju Humaira dapat la 3 pasang ,dengan harga sehelai RM15 je.Cik Sue pun dapat la tshirt rm15 juga,puas hati dengan harga,kualiti dan layanan yang mesra.


ni salah satu baju Humaira beli kat sasuke outlet,macam baru,tak de kesan pakai pun.
Outlet lain Sasuke Premium Outlet ni selain Bangi,ada di Kajang,Danau Kota,Kg Pandan dan Bandar Seri Permaisuri.Jom terjah.

Untuk maklumat lanjut boleh klik :

Web www.sasukeoutlet.com
FB www.facebook.com/sasukepreloved
IG www.instagram.com/sasukepremiumoutlet_official

7 comments

  1. Bagus Sasucare ni banyak kempen amal yang di anjurkan

    ReplyDelete
  2. first time tahu pasal sasuke ni kaksue. bangi ada eh? nanti nak terjah

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni ingatkan sasuke ni pharmacy.

    ReplyDelete
  4. Haritu jalan2 ada nampak satu kat kajang. Next time nk singgah la

    ReplyDelete
  5. Tadi baca kita ingat nama kedai Dr Fazley tadi , pastu baca lagi..ooo SUSUcare hehehehe..
    Bila plak nak buka di JB yer...best ni...boleh beli untuk anak saudara ...

    ReplyDelete
  6. Pernah dgr nama sasuke dlm citer naruto je. Hihi. Tak sangka kedai baju rupanya

    ReplyDelete
  7. wah, boleh cari baju murah kat sini.

    ReplyDelete