Mudahnya bersedekah dengan Aplikasi Oh Free Food

Zaman sekarang segalanya di hujung jari,hampir 80% urusan kehidupan sekarang memerlukan teknologi.Seiring dengan itu kini korang boleh bersedekah melalui aplikasi sahaja,boleh berkongsi rezeki dan mengelakkan pembaziran,unikkan? Tambahan pua nak masuk bulan Ramadhan ni yang selalu orang membazir adalah makanan kan? Cik Sue la tu,masak banyak-banyak tak reti nak bajet lepas tu dok simpan je la dalam peti ais,dah jemu ,buang Allahuuuu kufur nikmat betul rasa.Jadi adanya aplikasi ni kita boleh sedekahkan kalau dah rasa terlebih masak atau beli tapi pastikan yang beum di sentuh la ye ,bukan bagi saki baki tau.

Yang terbaru melalui aplikasi Oh Free Food,yang mana korang kena download dulu di Play Store atau Google Play.Aplikasi ni bukan sahaja untuk si pemberi malah penerima pun boleh download,mana la tahu anda antara yang memerlukan.Mulanya terfikir juga macam mana fakir miskin,gelandangan dan orang-orang yang tak mampu ada handphone nak guna aplikasi ni,foundernya terangkan ada sukarelawan yang akan ambil makanan yang di sedekahkan dan hantar kepada gelandangan.Oooooo bagus juga tu,tak payah susah-susah sukarelawan nak cari pemberi dan penderma,buka je aplikasi ni dan ambil makanan di sekitar mereka dan hantar ke mereka yang memerlukan.


Siapa yang perlu muat turun aplikasi ini ?

Sebaiknya semua orang kena download dah aplikasi ni,bila-bila masa boleh guna.Mana tahu kan,ada lebihan makanan yang belum di usik dari membazir tak de sapa makan,basi dan buang baiklah beri kepada yang memerlukan,ajak kawan-kawan ,jiran-jiran sekitar tempat tinggal untuk download senang sikit nak hantar.Ye lah kita bukan tahu ada jiran-jiran yang kelaparan,tengah sesak duit nak beli makanan untuk keluarga,berkongsi lebh indah kan.

Tapi Cik Sue nak sarankan juga untuk golongan di bawah ini untuk download aplikasi ni,siapa?

1. Peniaga pasar malam-bila tak habis hasil jualan tambahan yang dah di bungkus dan tak boleh simpan lama,apa kata upload je kat aplikasi dan sedekahkan kepada yang perlu.
2. Pengusaha katering dan restoran-sama juga jika ada lebihan makanan boleh upload untuk sedekah.
3. Pelajar kolej dan universiti -Selalu kurang duit maklumlah tinggal jauh dari keluarga,dan banyak duit guna untuk urusan pembelajaran,korang boleh download dan request makanan yang di iklankan,dapatlah berjimat dari pada pemberi2 buang sahaja makanan tu.
4. Sukarelawan atau orang perseorangan yang melakukan kerja-kerja amal.
5. Pihak hotel atau resort/pekerja hotel bahagian makanan-boleh upload makanan-makanan yang tak habis,untuk di sedekahkan.
6. Peniaga makanan kering atau online-Boleh beri sample atau pek sebenar sebagai promosi,mana tahu ada si pemberi lain yang tengok dan nak rasa produk makanan anda,dah free marketing kat situ,untung kan? 

Tapi sebenarnya semua kena download tau,memang berguna kalau bukan sebagai penerima sebagai pemberi apa salahnyakan gandakan pahala dengan cara mudah seiring teknologi.


Bagaimana menggunakan aplikasi Oh Free Food ini ?

Mudah je caranya pertama sekali kena la download dulu aplikasi ni ye kat handphone masing-masing.

1. Buka aplikasi Oh Free Food,korang akan nampak butang "share a food" ,tekan butang tu,dan masukkan gambar serta detail makanan yang ingin di sedekahkan tu,contohnya berapa pek,untuk berapa orang dan sampai pukul berapa,juga cara ambil samada korang hantar atau ambil sendiri di tempat anda.






2. Dah masukkan semua tekan je share,nanti korang check la ada atau tak yang request makanan tu ye,dah share tu post korang akan keluar kat paparan home ye.



3. Bila ada yang request korang boleh tekan accept jadi orang lain dah tak boleh ambil dah makanan tu,pastu chat  la dengan orang yang request tu ,dealkan macam mana dan pukul berapa nak ambil.



Mudah je kan? Nak suruh datang ambil kat rumah pun boleh,jadi mak-mak atau surirumah tu boleh bersedekah tak perlu  keluar pun.Cik Sue pun dah cuba sedekahkan sambal hitam,memang mudah sangat.


Korang cubalah download dan guna,mesti seronok bersedekah dengan cara mudah,jimat dan senang bersedekah kepada orang yang memerlukan.Jom download ramai-ramai ajak kawan-kawan,jiran-jiran ,rakan-rakan opis  jommmm....

FB : ohfreefoodofficial
IG : @ohfreefoodofficial
Website : www.ohfreefood.com


4 comments

  1. Bagusnya kak ada apps camni! Tq share. Xtahu pun wujud. Lepasni boleh war warkan bagi ramai lagi tahu.

    ReplyDelete
  2. 1st time dgr app camni. Tapi idea yg sangat bagus sbb dapat bantu kita dari terus dgn amalan pembaziran makanan

    ReplyDelete
  3. bagus sangat ada apps seperti ini..kena warwarkan dengan lebih meluas lagi

    ReplyDelete
  4. mudah dah sekarang nak menderma. tapi kan,, kalau ada apps ni mesti orang tuu berkemampuan beli telefon canggih download apps ni kan. maksudnya... mesti ada lagi yang memerlukan daripada mereka.

    ReplyDelete