Raikan Anak Yatim Di Bulan Mulia : Terima Kasih McDonald’s dan PPZ-MAIWP

Di bulan yang mulia ini, umat Islam memang di tuntut untuk meraikan fakir miskin dan anak yatim, menghulurkan bantuan dan memudahkan kehidupan mereka,tapi bukanlah semata-mata di bulan Ramadhan sahaja,di masa yang lain pun perlu juga.Cuma di bulan mulia ini meraka lebih diraikan tambah-tambah untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih ceria.Supaya kita si pemberi dapat sama meraikan kegembiraan mereka menyambut hari raya,semoga dengan bantuan dan sumbangan yang di hulur oleh pelbagai pihak mampu mengukirkan senyuman di wajah mereka.


Bagi Cik Sue sendiri,kalau berkaitan anak yatim ni memang agak mudah tersentuh hati,nampak mereka ceria seronok dengan kawan-kawan tapi sebenarnya jauh di sudut hati kita tak tahu apa yang mereka simpan dan rasa bila melihat keluarga orang lain yang lengkap.Cik Sue sendiri ada anak-anak saudara,dan sepupu-sepupu anak yatim,pastinya tidaklah di lupakan setiap kali Ramadhan dan Aidilfitri.Selain bantuan kewangan ,selalu juga cari masa menggembirakan hati mereka supaya tidak terasa kekosongan. Teringat pula zaman buat kerja amal mengajar tusiyen di rumah anak yatim dulu-dulu zaman bujang,rindunya kat adik-adik tu,mereka lebih menghargai kita sebenarnya bila dekat dengan mereka,sangat dahagakan kasih sayang.


Iftar Anak Yatim bersama McDonald’s-PPZ MAIWP 

Alhamdulillah ,Ramadhan kali ini Cik Sue sempat meluangkan masa berbuka puasa dengan anak-anak yatim yang di raikan oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMHC) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat,Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada khamis lepas di Masjid Usamah Bin Zaid,Wangsa Maju,Kuala Lumpur.


Majlis berjalan lancar dan meriah,malah bertuah bila dapat mendengar tazkirah dari Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,Mufti Wilayah Persekutuan yang hadir sebagai tetamu terhormat.Antara tetamu lain yang hadir adalah  Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff,Ketua Pegwai Eksekutif PPZ-MAIWP dan En.Azhar Darbi Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman,McDonald’s Malaysia.



Sumbangan yang bermanfaat 

Pada majlis ini McDonald’s berbesar hati meraikan lebih 500 anak-anak dari 10 rumah kebajikan dengan harapan dapat memberi senyuman kepada mereka sempena sambutan Ramadhan dan Aidilfitri nanti.Setiap anak yantim menerima sumbangan duit raya dan setiap rumah kebajikan meneriam sumbangan RM5,000 dari RMHC.Antara penerima adalah :

Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah
Rumah Perlindungan Nur Qaseh
Rumah Anak Yatim Nur Iman,Danau Kota,Setapak.
Titian Kasih,
Pusat Jagaan Kasih Murni.
Darul Fikir.
Baitul Hasanah.
Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha
Rumah Penyayang Darul Ilmi
Baitul Ehsan.


Cik Sue memang memuji usaha McDonald’s Malaysia yang banyak menjalankan aktiviti kebajikan terutama kepada kanak-kanak,contohnya melalui Pertubuhan Kebajikan  Ronald McDonald Malaysia .Malah dalam bulan Ramadhan ini juga mereka banyak menaja moreh-moreh di banyak lokasi surau masjid ,IPT seluruh negara.Semoga usaha begini dapat di teruskan.


Yang terbaru juga McDonald’s meraikan Anugerah Guru Inspirasi untuk tahun ketiga bagi memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang memberi  impak positif kepada pelajar,manakala Bulan Komuniti pula satu inisiatif sebulan Oktober setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Malaysia di penuhi dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Tersentuh juga rasa hati melihat wajah-anak-anak yang hadir pada majlis itu,sempat juga Cik Sue berbual sebelum  pulang,ramai yang seronok sebab boleh mengumpul duit raya untuk keperluan belajar dan seharian nanti.Ada juga yang ingin menabung untuk bekalan masa depan,Alhamdulillah,terima kasih kepada McDonald’s Malaysia.


Semoga dengan aktiviti begini dapat menyemarakkan lagi usaha yang sama dari syarikat-syarikat lain di Malaysia serta dapat mendidik kita umat Islam lebih prihatin dengan keperluan anak-anak yatim dan fakir miskin.


Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan kita di terima.

#McIndahnyaRamadan #McDonaldsMalaysia

9 comments

  1. Lepas nitak was was nak sumbang duit pada McDonald's

    ReplyDelete
  2. wahhh ALhamdulillah Mcdonald buat program CSR macam ni

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. bagus betul event yg mcm ni... 1st time datang sini done follow blo sue izza. jemput singgah dan follow blog saya juga ya. terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, banyak event² charity dari McD.

    ReplyDelete
  5. Bagus charity macam nih.. nasib anak2 yatim ini terbela..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah , bagus MCD ni sejak orang islam ambik alih ...semoga sumbangan bermanfaat dan berterusan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, terbaik..

    ReplyDelete
  8. terbaik McD buat aktiviti CSR sebegini

    ReplyDelete